By NORHALIMAH

Berkongsi rasa,tips dan cerita

LightBlog

tempat kami berkelah=)Temerloh tersayang Tepat pukul 10 saya bertolak dari rumah dengan kere...

terima kasih untuk hari ini,Aisyah=)

tempat kami berkelah=)Temerloh tersayang

Tepat pukul 10
saya bertolak dari rumah dengan kereta putih tersayang,
agak lewat,Aisyah kata lewat sikit sebab dia ada hal.
Kami ada rancangan,alhamdullilah berjaya juga.
Saya menuju ke arah Temerloh sendirian.
Baru saja memulakan perjalanan,kelihatan dari jauh,saya nampak dari cermin sisi mak saya lihat saya sampai saya hilang dari pandangannya.
Begitulah hati ibu,risau agaknya.
Perjalanan diteruskan,bukannya jauh sangat.
Mungkin sudah biasa berulang-alik dari zaman persekolahan.
Ada "roadblock" JPJ berdekatan dengan Hwa Lian.
Saya dah agak saya mesti kena tahan.Hehe
Ini bukan kali pertama,kali kedua dah.Jadi saya tak lah gabra sangat.
Anggota JPJ tu nak tengok lesen saya,apa lagi.
Dia kata saya ni macam budak2 je,saya pun terus bagi lesen.
Lesen P yang bakal tamat pada bulan April tahun depan.hehe
Dia kata patutlah memang budak pun,sempat lagi berborak dengan anggota JPJ.
Macam-macam pulak dia tanya saya.Belajar kat mana?Cuti ke? n lain2..
Hampir 5 minit saya kat situ.Bukan ada apa pun.
Jom teruskuskan perjalanan.
Alhamdullilah,akhirnya saya tiba di tempat yang dijanjikan.
Di mana? Esplanade Temerloh.
Tak ramai orang hari ni,Aisyah pun belum sampai.
Saya tunggu dalam kereta je dulu.
Tak lama kemudian,Aisyah sampai.
Baju yang sama dengan saya.
Memang dah berpakat.
Aisyah terkejut sebab saya bawa sesuatu yang baru.
Aisya tau.hehe
Kami terus mencari tempat untuk kami duduk.
Kat atas je,kat bawah panas.
Sekarang kami pun bukaklah bekal.
Hehe.Time for our picnic.=p
Macam-macam yang Aisyah bawa,tetima kasih.
Makan-makan sambil borak-borak.
Bila kami dah bertemu,maka akan terkeluarlah segala cerita.
Dah lama kami tak punya peluang macam hari ini.
Hampir 2 jam lebih kami di situ,melihat telatah manusia yang lalu-lalang.
Memerhatikan air sungai Pahang yang mengalir tanpa henti.
Memikirkan macam mana orang buat jambatan Temerloh.
Melihat orang yang ke hulu ke hilir dengan bot.
Macam-macamlah.
Selepas itu kami ke masjid untuk menunaikan solat Zuhur.
Setelah selesai menunaikan solat,kami menaiki kereta menuju ke bandar Temerloh.
Parking di hadapan Ekonomi Berjaya.Itulah tempat tujuan kami.
Masuk saja,tak beli apa.Memang itulah yang kami selalu buat.
huhu.
Lepas itu,kami makan ABC di gerai bersebelahan Pustaka Saujana.
Alhamdullilah sampai juga hajat nak makan ABC.
Sedapnya!
Hampir sejam kami di situ.
Setelah penat jalan-jalan di kedai sekitar tu,kami pun pulang.
Hantar Aisyah ke rumah dan terus sahaja pulang ke rumah guna jalan highway.
Cepat..
Alhamdullilah hari ni sangat best!=)
Terima kasih Aisyah.
Our next plan: KL@Kuantan(cannot decide which one)InshaAllah Nova pun akan join sekali..Lengkaplah 3 serangkai...Selamat kembali ke geng P.A.P ,Nova!

1 ulasan:

JuMaNaiLiaH berkata...

salam..waah..bestnye dua org sahabat ni..sentiasa bersama susah senang=)