By NORHALIMAH

Berkongsi rasa,tips dan cerita

LightBlog

Cuti mid sem hampir tamat.Esok dah nak balik Nilai. Masih banyak tugas yang belum terlaksana. Dalam kesibukan menyiapkan tugas,saya masih se...

:::Semalam:::

Cuti mid sem hampir tamat.Esok dah nak balik Nilai.
Masih banyak tugas yang belum terlaksana.
Dalam kesibukan menyiapkan tugas,saya masih sempat pulang ke kampung mak semalam.
Semalam saya tidak dapat memandu kereta.
Keadaan saya tidak mengizinkan.
Apapun saya gembira dapat pulang ke kampung semalam.
Pengalaman yang cukup bererti.
''Mengumpul'' buah-buahan untuk dibawa pulang.
Maklum sahaja musim buah-buahan telah ''melanda'' Malaysia..
Huhuhu
Durian,langsat,rambai,rambutan dan manggis...
Alhamdullilah rezeki kami.
Tak sempat nak rakamkan saat-saat semalam..
Mungkin kerana terlalu leka menghargai setiap saat..
Sayangnya saya tak boleh nak ''jolok'' buah-buahan=(
Mungkin lain kali,inshaAllah...



P/S:Selamat kembali belajar=))

0 ulasan: