By NORHALIMAH

Berkongsi rasa,tips dan cerita

LightBlog

Alhamdullilah,sudah 4 hari saya kembali semula meneruskan pengajian di medan ilmu ini.Pada mulanya,saya agak risau.Kini saya tinggal sebilik...

Seronoknya belajar short sem...

Alhamdullilah,sudah 4 hari saya kembali semula meneruskan pengajian di medan ilmu ini.Pada mulanya,saya agak risau.Kini saya tinggal sebilik dengan rakan-rakan yang sudah dikenali. Walaupun pada awalnya saya mengeluh(manusia memang cam ni) kerana bilik agak jauh dan tinggi tetapi bila difikirkan semula,banyak kelebihannya.Allah bagi sesuatu pasti ada sebabnya.Sekarang kami semua kelihatan sudah biasa cuma rutin harian agak berbeza. Saya turun naik untuk pergi kelas je.Simpan tenaga untuk pelajaran...



Short sem kali ini semuanya nak ''rush'',kami sebagai pelajar perlu menumpukan sepenuh perhatian dalam pelajaran.Saya ambil subjek bahasa Arab.Indahnya bahasa Arab ini.Setiap perkataannya sangat istimewa.Bahasa Arab bahasa syurga. Saya mula belajar bahasa ini secara formal di bangku sekolah menengah.Kini saya meneruskan perjuangan untuk mendalami bahasa ini di universiti.Level kali ini agak mencabar.Banyak perkataan baru yang baru saya jumpa.Saya masih perlu banyak belajar.Saya suka Nahu.Kaedah-kaedahnya telah mencuri hati saya semenjak saya mula mengenali subjek ini.Sedikit sebanyak dapat membantu kita dalam memahami ayat-ayat al-Quran.



Jadual saya memang agak penuh.Alhamdullilah 32 jam sudah dikurangkan menjadi 28 jam.Pagi dan petang,saya belajar Arab.Seronoknya..Kelas saya majoriti pelajar muslimat.Kebanyakannya,saya belum kenal.Ustaz Hamimi dan Ustazah Rokiah yang mengajar kami.Syoknya belajar! Segala kerja dijalankan dalam kumpulan.Ustaz sering bergurau bagi mengelakkan kami berasa bosan.Nampak cam ringan sikit. Ustazah pun seronok=)

Saya harap sem ni berjalan dengan lancarnya.Ni pun baru balik kelas.Rehat dengan kawan2.Excited ni sebab satu sem tinggal bahasa arab.Semoga berjaya.
InshaAllah...=)

2 ulasan:

helang timur berkata...

salam,
exam start 21hb..
doakan yer..
:]
maaf hari tu hp pengsan..heheh

wslm
ooo
xpe=)