By NORHALIMAH

Berkongsi rasa,tips dan cerita

LightBlog

salam Dah masuk hari Selasa. Saya sendiri tidak memahami apa perasaan saya sekarang. Segalanya bercampur. Kenapa??Mungkin banyak ujian yang ...

perasaan yang sukar difahami

salam
Dah masuk hari Selasa. Saya sendiri tidak memahami apa perasaan saya sekarang. Segalanya bercampur. Kenapa??Mungkin banyak ujian yang menimpa diri ini. Ujian yang mengajar saya untuk berfikir tentang hikmah di sebaliknya.Saya perlukan seorang teman yang boleh menjadi pendengar dan penasihat buat diri saya yang lemah dan tidak berdaya ini. Saya tidak mahu membebankan teman baik saya. Biarlah saya saja yang tahu apa yang terjadi sekarang. Mungkin apa yang terjadi mengajar saya untuk lebih mendekatkan diri dengan Allah.
Saya berasa agak teruja. Esok saya akan balik. Paman ambil kat sini. Saya pergi untuk menyelesaikan hal keluarga. Semoga segalanya berjalan lancar. Rindunya kat kampung saya di Johor. Saya tak sabar nak jumpa ibu tercinta sebab mak lah tempat saya bercerita=)
Tidak dilupakan kepada saudara kita di bumi Palestin yang sedang berjuang mempertahankan Islam dan tanah air tercinta,semoga kalian terus tabah.

2 ulasan:

ibrahemazamanzain berkata...

salam..
mohon Allah mudahkan semua urusan Halimah. Harap semua akan berjalan lancar. Doakan apa yang terbaik untuk Halimah.

inshaAllah..
tq..