bismilahhirahmanirrahim.
pena bertinta menaburkan kata-kata.
terus menukilkan kisah seterusnya dalam kembara hidup kurniaanNya.
foto di atas sudah mengambarkan apa yang akan saya lakarkan pada kali ini di dinding blog ini.
alhamdullilah Jumaat lepas diberikan peluang Yang Maha Pencipta untuk sama-sama menghantar ibu saudara ke Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya.
Rezeki Mak Cik Kiah tahun ini.
Dijemput menjadi tetamu Allah adalah suatu hadiah yang paling bermakna.
Sampai di kompleks pada kira-kira jam 4 petang.
Itupun setelah sesat kerana saya tersilap masuk simpang.
Tapi saya suka sesat sebab boleh jumpa jalan ke tempat lain. "Statement"saya ni mungkin tak ramai yang setuju.
Apapun,terima kasih saya ucapkan buat seorang sahabat yang memberi tunjuk ajar tentang jalan ke sana. Banyak membantu saya cuma saya ni memang mudah keliru bila dah banyak simpang.
Kembali kepada kisah asal.
Kotak fikiran saya mula memutar waktu lalu.
Sudah hampir 7 tahun peristiwa itu,namun masih segar di ingatan.
Sewaktu menjadi tetamuNya bersama arwah ayah,ibu dan juga ibu saudara,Mak Sham.
Kisah yang paling indah yang inshaAllah bersemadi dalam kotak fikiran.
Melalui sebuah kisah menuju rumah Allah yang terletak betul-betul di pusat bumi.
Kali ini,ibu saudaraku pula menjadi tetamu Nya.
Terpancar riak wajah bahagia dalam diri setiap jemaah ketika saya memerhatikan mereka.
Suatu perasaan yang tidak mampu digambarkan dengan kata-kata.
Itu pasti kerana pasti anda akan rasa mahu kembali ke sana lagi,inshaAllah.
Kembali kepada tajuk entri saya.
Sewaktu sampai di kompleks,sudah ramai jemaah haji yang mula membanjiri kawasan tersebut bersama keluarga dan sahabat-handai.
Daripada pemerhatian saya, majoriti yang hadir lebih awal adalah yang tinggal jauh dari kawasan Kuala Lumpur. Seperti ibu saudara saya juga.
Kami berehat dulu sementara menunggu waktu solat asar.
Waktu solat Asar,jemaah masih kurang,masih nampak ruang yang kosong dalam surau.
Usai menunaikan solat Asar,,pandangan mata saya fokus ke arah seorang mak cik.
Entah kenapa dia senyum,saya pun senyum. Kami saling berpandangan seolah-olah dia mengenali saya.
Kami turun tangga bersama. Saya memerhatikan langkah mak cik,mengiringinya dari belakang. Dia memalingkan pandangannya ke arah saya. Saya terus menegurnya dengan sapaan salam. Mak cik ni berasal dari Perak.Sempat kami berbual. Dia meluahkan rasa bahawa dia seperti pernah melihat saya di tanah haram pada bulan Jun tahun lalu sewaktu menunaikan umrah. Saya tergamam seketika. Ya Allah,benar memang saya dan ibu menunaikan umrah pada tahun lepas dan memang pada bulan Jun,subhanallah.
Kemudian mak cik itu terus mengajukan soalan kepada saya,"Anak pergi pakej yang singgah di Kaherah?". Saya menjawab, tidak mak cik. Saya belum berpeluang menjejakkan kaki ke bumi Mesir lagi.
Katanya seolah-olah memang pernah kenal saya. Saya menambah rancak perbualan,"mungkin kita pernah bertemu di rumah Allah, Tanah Haram,mak cik. Saya kembali kepada memori sewaktu menunaikan umrah tahun lalu,memang saya suka berborak dengan orang tua berbanding insan yang seusia saya. Mungkin mak cik tersebut antara mak cik yang pernah saya tegur? Saya sendiri tidak menemui jawapannya. Sedangkan saya sendiri rasa yang saya seperti mengenali dia sebelum ini. =) Terus saya sampaikan pada mak kisah ini.
Selepas solat asar,kami berpindah kawasan berehat berdekatan dengan tangga menuju kafetaria. Saya duduk di situ sambil mencuba lensa kamera nikon kepunyaan sepupu saya yang sudah lama menjadi idaman saya. Bila saya boleh memilikinya? Masih menjadi tanda tanya. NIKON D5100,tunggu saya. Saya sukakan lensa kamera. Pada saya,setiap foto punyai makna tersendiri yang tidak mungkin berulang lagi. Kata orang,biarkan foto berbicara.=)
Selepas itu,saya dan kawan ke kawasan bazar. Meninjau keadaan di sana. Sempat juga minum petang bersamanya. Terima kasih Nadzirah temankan saya sehari suntuk.=_)
Solat maghrib hampir tiba. Kami ke surau lebih awal. Berdasarkan pemerhatian saya,surau akan penuh dalam masa yang singkat, Memang tepat sangkaan saya. Berpusu-pusu jemaah menunaikan solat,alhamdullilah=) Waktu nak turun tangga ambil masa lebih kurang 20 minit tapi itu ada ertinya sebab mengajar kita erti kesabaran.
Selesai solat,kami ke kafetaria untuk makan malam. Naik ke tingkat satu. Laparnya,sebab sehari suntuk saya dan mak belum "jumpa"nasi putih. Alhamdullilah ada rezeki kami makan malam. Makan malam bersama anak sepupu saya,Ijlah dan Hanan yang masing-masing berusia 3tahun dan belum cukup setahun. Pandai sungguh mereka ni,telatah mereka buat saya geli hati.^_^"Budak kecil ni comel lah!
Waktu hampir menunjukkan pukul 9.
Pengumuman untuk mengambil dokumen dan barang keperluan yang disediakan TH buat jemaah haji. Itu menandakan mereka akan "check-in"seketika lagi. Saya suka memerhati keadaan kerana di situ ada idea dan saya dapat belajar sesuatu. Masing-masing sibuk menampal pelekat,bersalaman dengan keluarga tercinta. Saya sempat mengirimkan sehelai kertas yang terkandung doa dan mengucapkan sesuatu buat ibu saudara saya yang akan bertolak. InshaAllah mudah-mudahan Mak Cik Kiah memperoleh haji mabrur. Selamat berjalan lancar. Rasa sedih itu pasti ada tapi saya yakin ia disulami dengan rasa bahagia untuk menjejakkan kaki ke tanah haram. InshaAllah.
Usai bersalaman bersama keluarga,saya,mak dan sahabat meminta diri. Risau pula balik tengah malam,tambah pula esok ada kelas di UIA. Kami iringi permergian semua jemaah haji KT27 dengan doa. Moga dikurniakan haji mabrur disusuli dengan rasa takwa yang tinggi dan istiqamah dalam diri. Bersabarlah dalam ujian melanda dan ambillah peluang untuk sentiasa mengucapkan kata-kata yang baik kerana di sana mustajab setiap kata-kata. Insha Allah.
Hari ini, ibu bapa sahabat saya pula yang memulakan langkah ke sana. Semoga segalanya berjalan lancar buat ayah dan ibunya. Insha Allah,haji mabrur=)
Doakan saya dan mak berpeluang menjejakkan kaki ke sana lagi untuk menunaikan ibadah umrah. Jika ada rezeki,menunaikan haji=)
saya rindukan 2 kota suci itu,hati saya membisikkan yang saya mahu kembali lagi ke sana.
Wassalam
NHAR
0 ulasan:
Catat Ulasan