Pengalaman Buat ECV di Andorra.
Hai semua. Assalamualaikum.
Haa da bersawang blog aku ni. Lebih selesa bahasakan diri sebagai aku untuk entri ni dan akan datang.
Alhamdulillah rasanya ada yang dah tau aku dah selamat bersalin anak kedua kami, pada 6 Ogos lepas. Tapi tak ramai tahu aku pregnant haha. Ramai kata and even jiran aku ada kata tak tahu pun aku pregnant. Aku ngan suami mmg tak share sangat. Mana yang jumpa aku tahulah aku pregnant.
To be honest kan, this was my third pregnancy. Aku miscarriage last year seminggu sblm raya. So after tu aku ambil masa gak nak recover especially mentally la. Bukan senang ye. So kalau korang berhadapan dengan orang yang baru keguguran, jangan simply nak cakap je suka hati mulut tu ye. Sebab sensitif.
So berbalik pada tajuk aku tu. Aku dapat tahu kandungan aku breech atau bahasa mudahnya, songsang masa aku dah 35 minggu. Time tu aku g check up pertama kat swasta. Kat Andorra Sri Kembangan.
Alhamdulillah rezeki dapat juga impiam aku tercapai, bersalin kali ni nak consult dengan Dr Khamsiah, pakar O&G.Tujuan utama aku pilih Andorra sebab aku dan suami nak semua terjaga dari segi aurat dan dari review yang kami baca dan pengalaman kawan2,kami rasa boleh usahakan untuk deliver kat Andorra. Jadi perlukan kegigihan dan pengorbanan. Nanti aku cerita dalam entri lain.
|
Baby masa tu mcm first picture. Kalau normalnya baby dah engage macam second picture
|
First appointment dengan Dr Khamsiah, Dr bagitahu aku baby songsang. Tapi Dr sangat cool, entah kenapa aku tak terlalu rasa gelisah. Aku tenang sebab Dr punya reaksi menenangkan aku. Dr tunjukkan imej kat mesin scan. Yes kepala baby tak masuk laluan pun, kat atas. No wonder aku rasa sakit mcm nak koyak kulit bahagian bawah breast.
Aku terus teringat husband aku pun rasa mcm kepala kat bahagian tu. Dr Khamsiah ni memang menenangkan bagi aku, mcm seorang ibu. Dr Khamsiah bagitahu aku banyakkan sujud, ada rezeki inshaAllah baby pusing. Dr bagitahu kami, ada harapan baby pusing lg. Masa masih ada. Dr juga bagitahu aku, alternatif lain if baby x pusing selain ceaser ialah cuba buat ECV.
ECV? Apa tu? Jujur time Dr cakap aku tak tahu apa ECV tu then Dr terus explain. External cephalic version.
Dengan kata mudah, pusingkan baby secara urutan dengan pakar. Dalam kes aku dengan Dr Khamsiah. Tapi time tu Dr bagi seminggu, kot2 baby turun pada laluan, tak breech dah.
So kitaorang pun balik. Masa first appointment ni aku bawa anak sulung aku, Ilyas. Dr mmg pandai interact dengan budak. Ilyas ni pun Dr kata anak rambut blonde. Ok kembang jap aku sbg maknya haha. Dr siap bagi Ilyas tekan button kat mesin scan baby. Button print dan button untuk dengar jantung baby. Dari situ aku perasan Ilyas makin faham yang dia akan jadi abang tak lama lagi. Thank you Dr Kham for assisting me 🙂🙂
Then minggu ke 36,appointment aku kedua di Andorra. Aku sebenarnya setiap kali appointment Andorra aku rasa excited, mood happy. Suasana best tu efek aku. Hihi Walaupun aku cuak kali ni sebab tak tahu kedudukan baby camna. Dah pusing ke masih breech? Sepanjang seminggu tu macam2 aku buat selain sujud lama. Then masuk bilik Dr. Dr Kham tengok perut aku pun dia rasa perut aku dan Dr kata baby masih tak pusing. Tengok kat mesin scan, yes baby tak pusing lagi, masih breeech. Then Dr bagitahu ada 2 pilihan, cuba buat ECV atau proceed pada ceaser untuk melahirkan pada minggu akan ditetapkan.
So mana pilihan kitaorang. Aku dan suami dah bincang kat rumah. Aku banyak juga buat pembacaan pasal ECV. Dr Kham bagitahu possibility nak berjaya 70%. Dr juga bagitahu tengok keadaan aku dan baby boleh je cuba ECV. ECV ni tak semua orang boleh lalui, bergantung pada keadaan ya. Ada keadaan risiko yang tidak mengizinkan untuk buat ECV, boleh buat bacaan ya dan tanya pada yang pakar.
Aku dan suami decide untuk buat ECV. Dr Kham bagitahu hari tu juga boleh buat. Terkejut aku. Hehe kena admit terus. Elok juga tapi aku risau. Aku sehelai sepinggang. Takot gak kena bersalin terus in case pape jadi. Sebab aku ada baca kalau tak berjaya dan baby punya CTG tak lawa, maybe kene tolak terus ke OT. Dengan beg bersalinnya tak bawak, nun tinggal kat Pahang. Ilyas time tu tinggal ngan mak aku kat rumah Bangi. Kitaorang plan nak balik Pahang juga by that day.
|
Macam ni proses ECV
|
Tapi suami aku kata inshaAllah ok. So kitaorang pun setuju. Aku kena admit. Dr pesan dah tak boleh makan, untuk ECV. Aku lapar tapi tahan jela hihi. So aku admit wad 4 bedded je sebab kejap je Dr kata.
Tula first time aku admit kat Andorra. Kitaorang tunggu je kat bahagian klinik appointment. Nurse ambil dari situ bawa ke wad naik wheelchair. Oh ye sama jugak setiap kali appointment, korang just bagi buku kat reception, then nanti staff akan bawa korang naik lif untuk appointment. 5 stars untuk Andorra.
|
Muka lapar ke ni huhu |
|
Katil lepas buat ECV haha |
Aku pun admit. Aku kena tukar kain hospital untuk proses ECV. Actually lama juga tunggu sebab Dr Kham ada operation delivery baby. Yes ramai nak ngan Dr Khamsiah. Jadi ada possibility appointment akan delay juga jika ada patient nak bersalin. Once korang pilih Dr mana, Dr tu yang akan bagi service terbaik sampailah lepas deliver baby kat Andorra ni.
Sementara tu nurse masukkan ubat, monitor CTG baby dan keadaan aku. Dr sampai dah petang. Sempatlah aku solat Zohor dan Asar kat surau wad. Sampai je Dr Khamsiah ni terus minta maaf kat aku sebab lambat sikit, lama mama tunggu tak makan. Aku ok je, inshaAllah. ECV tu Dr Khamsiah yang buat.
Masa tu aku cuak gak tapi aku kena kuat sebab baby kuat. Suami aku pun tunggu kelaparan sekali. Suami aku sejenis kalau aku sakit2 nak beranak ni, dia pun tak selera makan, tunggu je. Aku lak memang jenis nak berkepit je ngan dia especially situasi gini. Suami aku ada dan aku yakin dia mesti doakan isteri dia n anak dia ni. InshaAllah semua selamat.
Dr pun mulakan proses ECV. Sambil tu mesin2 pun dipasang sebab nak monitor baby punya jantung. Dr mulakan dengan basmallah, dan mula pusingkan baby. Kejap je prosesnya. Alhamdulillah Dr kata berjaya. Aku pun terpinga-pinga, tanya dah siap ke Dr. Alhamdulillah aku nak nangis rasa. Allah memudahkan lagi. Ini rezeki Allah bagi kat aku dan suami.
Sakit tak? Ni jugakla soalan suami aku lepas siap. Rasa la juga .Tipulah tak rasa sebab baby dah besar. Terasa lah Dr pusingkan tu tapi berable je. Sakit lagi masa contraction okay. Itulah antara cabaran aku pregnantkan anak kedua kami. Apapun aku bersyukur, kali ni semua cantik, check up okay sepanjang pregnancy dan Allah bantu baby pusing.
Alhamdulilah Dr kata baby pusing dah dan sentiasa doa supaya baby tak pusing balik. Yes ada je kes baby breech balik. Jadi doa selalu. Dr terus peluk aku dan suruh nurse bawa menu makanan haha sebab Dr kata aku mesti dah lapar. Suami aku pun kata makanlah apa nak makan. Aku pun senyum sampai telinga dengan perut berkeroncong haha
Suami aku balik jap rumah bangi, ambil mak dan anak aku ilyas.
Kat Andorra ni mcm style hotel. Nak makan apa order. Kalau mcm admit kejap cam aku masa ECV, tak de la pakej punya. Nanti makanan sampai kena bayar teruslah. Kalau pakej bersalin tu, masa discharge baru settle sekali. Aku order burger daging style aku pun tak pernah sepanjang hayat aku makan. Nama hidangan tu pun aku tak ingat. Waiter hantar ,bayar dan makan. Tak habis aku makan sebab banyak dan memang nak tinggalkan utk suami aku yg kelaparan jugak. Aku call husband aku bagitahu aku tinggalkan makanan ni, habiskan tau. Hihi kitaorang memang akan habiskan. Sebab mahal bayo haha. Tapi memang sedap, Chef Zubir punya cafe. Anak aku iLyas pun tolong habiskan.
|
Ni la makanan tu. Rotate kan phone anda hihi |
Alhamdulllah semua berjalan lancar. Rezeki Allah bagi. Aku discharge malam terus balik Pahang. Memang sampai je letih semuanya. Alhamdulillah. Terima kasih suami sebab support aku melalui perjalanan ECV. Terima kasih Dr Khamsiah dan staff nurse 🥰
Dari sini aku dah boleh rasa delivery baby nanti mesti lagi best kat Andorra.
Nanti aku sambung cerita pengalaman bersalin kat Andorra pulak. 🙂
Thanks sebab baca aku bebel tau. Hehe.
Jangan lupa doakan aku cepat sembuh tau. Lagi sebulan ni nak pantang yuhuu.
Kak Limah
Follow Us
Were this world an endless plain, and by sailing eastward we could for ever reach new distances