Monday, May 04, 2015

Selamat pengantin baru.

Coretan daripada Nor Halimah Ahmad Ramli at 11:20 PM
Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdullilah baru2 ni dapat g akad nikah dan resepsi seorang adik yg dah lama aku kenal.
Family dia da treat aku ni mcm keluarga angkat diaorang gitu.
Asalnya dulu ayah aku kan ngajar kat sekolah Lebak.
Satu habit ayah,dia sangat suka bawak balik anak2 murid dia balik rumah,terutama masa pertandingan sebab dia akan train diaorang untuk tilawah,hafazan n etc.
haha teringat pulak yg aku pun pernah kena train,ayah memang strict time tengah train,masa tu aku masuk hafazan dan bercerita haha

Kadang tu yang tak masuk pertandingan pun dia bawak balik,bagi aku ada kawan2,sebab tu sampai sekarang aku sangat rapat dengan member2 sekolah rendah dan masih keep in touch dgn students ayah. Kadang tu boleh throwback zaman naik basikal sama2 ngan aku kat area rumah aku. Hai la ayah ni sweet sebenarnya,dia tau aku keseorangan,dia bawak balik kawan utk aku. Students ayah aku semua ingat la kalau cakap pasal ustaz Ramli,i'm proud of you, Betullah orang kata "father will always be a hero to his daughter" . Aku memang admit part tu.
Berbalik pada wedding adik ni,nama dia Iejah. Aku dulu rapat ngan kakak dia,Kak Dhiah sebab ayah pernah bawak balik rumah tidur kat rumah kami masa akak ni darjah 3,masa tu aku prasekolah kot. Sampai sekarang kitaorang still contact walaupun daj 8tahun ayah tak de.

Iejah ni siap pesan masa aku raya rumah dia tahun lepas supaya aku datang majlis dia. Alhamdullilah aku diberi kesempatan untuk hadir majlis akad nikah dia. Sekali lafaz Iejah sah bergelar isteri kpd Azlan,orang Terengganu. Aku sangat happy:)Sampai aku ngan mak duk sana sampai si pengantin dah tukar baju tidur haha. Pukul 12 lebih baru kitaorang balik duk sembang panjang.
Esoknya aku ngan mak g majlis resepsi. Aku suka la g kg area Lebak,meriah dan sangat mengimbau kenangan aku suka merayap zaman sekolah g rumah kawan2. Yela zaman dulu mana ade kes culik,hehe aku pon "travel" la.Lepas tu aku suka sebab dpt jumpa kenalan yg lama dah tak jumpa. Wedding baru ni aku jumpa mak cik kantin sekolah lebak,aku pun dgn selambanya cuit mak teh,"mak cik kenal saya x" haha of kos la mak cik tercengang,dah berbelas tahun kot,bila kata halimah anak ustaz Ramli dia pun buat throwback zaman aku sekolah suka sangat belanja orang bermangkuk2 makanan haha Seronokla sebab aku dapat rasa betapa indahnya perkenalan yg da lama dan ikhlas tu. Terima kasih sgt sebab buat aku rasa mcm aku ada kampung ketiga gituh. Aku akan sentiasa ingat warga sk lebak ni hehe:)

gambar dengan akak pengantin ,Kak Mardhiah :)

Nah ni gambar pengantin minggu ni.Aku macam biasa kalau pengantin aku kenal haruslah aku mendapatkan gambar bersama pengantin walaupun di luar rumah tanpa pelamin hehe Terima kasih adik sekeluarga:) Nanti kalo muin ngan adik sorang lg nak kawin, nak dtg lagi hehe
ok Selamat pengantin baru Liejah&suami.
Semoga sentiasa dirahmatiNya^_^

ni versi DSLR family pengantin  


ni dari  lenovo aku haha blur gituh


0 comments:

 

Flavor of my life Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea