Friday, May 08, 2015

Make up ?

Coretan daripada Nor Halimah Ahmad Ramli at 8:49 PM 2 comments
Bismillahirrahmanirrahim.

Sejak dua menjak ni,aku terlebih "rajin" taip-taip ni. Disebabkan aku belum kerja lagi,bolehlah aku membebel kat sini sesuka hati tanpa ada bos memanggil aku. Haha.
Kali ni aku nak cerita pasal mekap. Aku ni dulu tersangatlah tak ambil tahu pasal mekap ni. Term MUA tu pon dulu aku tak tau apa dia. Sekarang ni pulak lain da,sampai MUA pun dah jadi mcm kakak aku. Haha.*Kak baiyah,sorry tak sempat lg nak blaja ngan akak mekap
Aku kenal akak tu dari rumah sepupu aku lps tu aku siap ikut dia join satu event mekap pengantin kat Taman Layang2,Kepong. Haha suka hati aku je.

Mungkin jugak naluri perempuan suka cantik,aku tak terlepas,cuma aku lambat sikit nak kenal barang2 mekap ni. Dulu masa first year aku selalu tadah muka main mekap ngan rumate aku,Bella. Rindunya zaman dulu.

Sekarang ni aku pulak jadi suka,google youtube pasal mekap,cari blog cite pasal mekap,apakah ini? Aku yg dulu lantaklah apa nak jadi ngan muka sku.Sekarang pun nak kata aku kaki mekap bila keluar tak jugak,kdg tu "terlebih confident" pergi jalan "naked" face sahaja haha

Dalam MUA yg aku suka tgk hasil kerja diaorang, contohnya Aimierifdi,Kak Awin,Fahadaismail,naela(exclassmate aku),dan ada la youtubers yg aku suka juga,yang penting nampak natural,dan tak ubah muka seseorang tu.

Sebagai newbies,aku nak share je ape yg aku suka guna bila main mekap.


1-BB Cream IN2IT (beli kat watsons je)
2- Miss Rose Concealer (beli online kat fb Hani Kryolan page)*akak MUA rekemen
3- Kryolan Foundation *aku beli yg ikut gram je,RM25 kot kalau x salah,beli kat fb Hani tu

 
4- Silky Girl lips gloss
5- Maybelinne lip balm (biru pink tu time aku beli kat watson,harga RM9.99)*yg ni fav aku dalam beg mesti ade,gara2 sepupu aku rekemen,
6- Maybelinne lip balm
7-Maybelinne lips gloss 
8-Lips pallete (beli kat fb Hani tu,aku tak ingat harga dah)


9-Relian Mascara *best sebab ade fibre sekali utk buat bulu mata nampak panjang haha Seingat aku harga RM25
10- Celak yang mcm lipstick tu aku beli kat Mekah tapi mmg jarang pakai sbb kelopak mata aku mesti comot kalau pakai,siapa yg mata ala arab boleh la try
11-Silky Girl Eye liner
12-Avon eye liner


13- Naked Eye Shadow *mostly kaler earth
14- Naked blusher,highlighter
15- Silky girl loose powder *aku lagi suka loose powder dari compact powder,yg ni barang kedua yg ade dlm handbag.
16-Pixy *yg ni aku rasa salah beli kaler sbb tone x sama ngan warna kulit muka aku,memang jrg pakai plus sbb aku tak brp sesuai ngan compact powder
17- Berus -berus ni paling aku tak sangka aku akan beli haha (Beli kat fb Hani gak)

Tu je barang aku ada,yang online memang semua aku beli kat Hani Kryolan,boleh search kat fb. Harga pun berpatutan dan mcm2 ada.

Sekarang aku suka masuk website hansagae cuci mata je haha. Yg ni ade lagi,malas da nak beli lagi.
Aku bukannya jenis pakai sokmo mende2 ni,certain waktu je.
 Tapi mask kat hansagae mcm menarik hehe
Ada sebarang tips utk mekap,boleh la sudikan share dgn aku yg xtau ape sangat ni:) 

Oh ye sambil tu nak lawo camne pun ,ingat Allah da ciptakan kita sebaik kejadian,secantiknya^_^ 
Jangan sampai buat sesuatu yg dilarang.

Wassalam.


Thursday, May 07, 2015

Pengalaman First Interview Kerja...

Coretan daripada Nor Halimah Ahmad Ramli at 9:47 PM 0 comments
Bismillahirrahmanirrahim.

huhu setelah sebulan lebih,barulah rasa nak share pengalaman masa first aku kena interview kerja. 
Kire yg ni first aku kena panggil interview,agak ekspress. Aku hantar resume melalui senior Uia. Die foward je la resume tu.
Interview kat sebuah bank pelaburan,huhu dengar bank pelaburan pun sebenarnya dah cukup menggerunkan aku yang tambah pulak fresh graduate -_- Interview kat nun tengah bandar,dekat ngan area Pavilion tu. 
Malam tu aku alami penangan nak interview punya pasal,tak tido nyenyak aku dibuatnya. Tidur malam tu mmg totally tak berkualiti kot haha 
Mak aku pesan,baca je selawat banyak2 hadap je,diaorang pun manusia hihi

Pagi-pagi lepas Subuh dah g,aku pilih naik public transport je sebab tu kawasan jem. Memang tak la nak naik kereta,nak drive bagai,baik aku meluncur je naik lrt. First aku naik bas dr sri gombak,pastu naik lrt sampai dang wangi. Memandangkan tak nampak teksi situ,patah balik g naik lrt turun kat masjid jamek,jalan kaki g lebuh pantai amek teksi situ. Lalu balik kat Dang Wangi tadi,jem nau. Meter teksi naik dengan melonjaknya,mata aku duk terkebil tengok sambil, "hai bilalah nak habis jem ni" Driver tu siap suh aku tido. Memang tak la aku nak tdo uncle. Aku kene alert nak lagi naik ngan teksi kat tengah bandar haha

Interview aku pukul 10. Aku sampai agak awal. Sejam sebelum haha. Mak ai bangunan tu buat aku yang org kampung ni ternganga dgn gaya2 org dlm tu yg bergaya. Aku rasa mcm rusa masuk kampung. eh betul ke peribahasa aku ni?
Aku pon naik pergi kat receptionist bank tu kat tingkat 13. Dia suh aku duduk dulu,dia da tahu aku ni nama ape nak dtg iv. Tak lama lepas tu ade sorang puan datang bawak aku g bilik iv.

Aku yang kat belakang dia ni cuak tu xyah cakap la,maklumlah first time terus g yg besar2 camni. Aku pun diletakkan kat satu meeting room,dan puan tu suruh aku isi resume pastu dia borak2 sikit dan pergi masuk office.

Aku pun isi la borang. Dalam bilik kaca tu aku nampak la staff lalu -lalang. Setengah jam lepas tu, ada seorang lelaki dan seorang perempuan dtg dengan puan tadi. haa mereka yang akan interview aku. Yg encik tu Dato' yang puan tu,head of compliance department bank tu.

Nervousnya aku, mostly diaorang tanya background aku. lepas tu basic question pasal banking ie: mudharabah,musyarakah,etc.,pasal komitmen. Agak lama aku kat dalam tu,aku jawab je ape aku rasa nak jawab,walaupun aku sangatlah nervous ketika itu ye. Interview tu in English and Malay.Tapi mostly english. Nasihat aku, macam mana pun ,walaupun kita bukanlah dari background family yg guna english as medium of language,just ckap je dan usaha nak belajar. Aku teringat dulu aku pernah cakap ngan mak" knapa tak htr akak sekolah omputih" hehe Masa tu aku stress zzaman matrik sbb medium yang diaorg guna english. Yelah zaman sekolah selalu tulis tulis je english ni. Tapi mak aku ni sangat positif, dia pesan" mak ni tak pandai nak ajar akak skrg,akak dengar baik2 belajar elok2,inshaAllah mudah nanti" Itu aku pegang ,aku suka kata2 positif dari negatif dan aku rasa aku sangat bertuah sebab punya mak dan arwah ayah yg sangat positif dan tak pernah cakap yg negatif pada aku. To be honest aku sangat tak suka bila dengar budak2 sekarang cakap "bo...,b..." tu dgn kawan2 dan aku selalu harap seandainya ditakdirkan jadi ibu aku tak nak anak2 aku cakap yg negatif2 dan aku harap aku takkan pernah sekali cakap yg negatif. Pada aku,kata2 positif tu doa yg hebat dan penenang pada insan yg mendengar. Ok.
Zaman universiti tu gunakan sebaiknya untuk improve semua tu. Sesekali dengarlah lagu omputih hehe * itu apa aku buat sambil baca lirik lagu. Masa sesi iv aku anggap macam aku tengah sembang tapi in a formal situation la. Walaupun ade gak aku sangkut nak jawab tapi tak pe,just enjoy and take it as a valuable experience for your next interview or anything.

Dah nak habis tu dia tanya la aku ade ape2 lagi nak tanya. Aku pun tanyalah beberapa soalan. Yang ni aku nak share before g iv aku ada buat research, korang tanya la, ape pandangan interviewers pada kite wktu iv session. Jadi kita boleh improve utk akan datang :) Anything take it positively. Aku still ingat respon interviewers tu bila aku tanya soalan tu, " good question that candidates rarely ask,you are really positive person......"Lepas tu dia komen la aku,aku ni senang je apepon aku maintain senyum je kot haha Sampai puan tu cakap "awak suka senyum". Itulah yang aku mampu buat.Lepas habis iv aku pun balik,siap singgah jalan tar cuci mata,padahal bukannya dpt kerja lagi.

As a conclusion, aku tak tahu kenapa aku happy sebab aku dapat pengalaman yg sangat berharga. Pengalaman tu sangat berguna utk iv aku yg kedua dua minggu lepas. Good start sbb dpt iv dimulai dgn syarikat besar. Walaupun tak dapat position tu aku rasa,aku ok je hehe. Sebab rezeki tu kan kat tangan Allah. Kita cuba yg terbaik tapi yg terbaik utk kita hanya Allah yang tahu:)

Wallahua'lam.

Monday, May 04, 2015

Selamat pengantin baru.

Coretan daripada Nor Halimah Ahmad Ramli at 11:20 PM 0 comments
Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdullilah baru2 ni dapat g akad nikah dan resepsi seorang adik yg dah lama aku kenal.
Family dia da treat aku ni mcm keluarga angkat diaorang gitu.
Asalnya dulu ayah aku kan ngajar kat sekolah Lebak.
Satu habit ayah,dia sangat suka bawak balik anak2 murid dia balik rumah,terutama masa pertandingan sebab dia akan train diaorang untuk tilawah,hafazan n etc.
haha teringat pulak yg aku pun pernah kena train,ayah memang strict time tengah train,masa tu aku masuk hafazan dan bercerita haha

Kadang tu yang tak masuk pertandingan pun dia bawak balik,bagi aku ada kawan2,sebab tu sampai sekarang aku sangat rapat dengan member2 sekolah rendah dan masih keep in touch dgn students ayah. Kadang tu boleh throwback zaman naik basikal sama2 ngan aku kat area rumah aku. Hai la ayah ni sweet sebenarnya,dia tau aku keseorangan,dia bawak balik kawan utk aku. Students ayah aku semua ingat la kalau cakap pasal ustaz Ramli,i'm proud of you, Betullah orang kata "father will always be a hero to his daughter" . Aku memang admit part tu.
Berbalik pada wedding adik ni,nama dia Iejah. Aku dulu rapat ngan kakak dia,Kak Dhiah sebab ayah pernah bawak balik rumah tidur kat rumah kami masa akak ni darjah 3,masa tu aku prasekolah kot. Sampai sekarang kitaorang still contact walaupun daj 8tahun ayah tak de.

Iejah ni siap pesan masa aku raya rumah dia tahun lepas supaya aku datang majlis dia. Alhamdullilah aku diberi kesempatan untuk hadir majlis akad nikah dia. Sekali lafaz Iejah sah bergelar isteri kpd Azlan,orang Terengganu. Aku sangat happy:)Sampai aku ngan mak duk sana sampai si pengantin dah tukar baju tidur haha. Pukul 12 lebih baru kitaorang balik duk sembang panjang.
Esoknya aku ngan mak g majlis resepsi. Aku suka la g kg area Lebak,meriah dan sangat mengimbau kenangan aku suka merayap zaman sekolah g rumah kawan2. Yela zaman dulu mana ade kes culik,hehe aku pon "travel" la.Lepas tu aku suka sebab dpt jumpa kenalan yg lama dah tak jumpa. Wedding baru ni aku jumpa mak cik kantin sekolah lebak,aku pun dgn selambanya cuit mak teh,"mak cik kenal saya x" haha of kos la mak cik tercengang,dah berbelas tahun kot,bila kata halimah anak ustaz Ramli dia pun buat throwback zaman aku sekolah suka sangat belanja orang bermangkuk2 makanan haha Seronokla sebab aku dapat rasa betapa indahnya perkenalan yg da lama dan ikhlas tu. Terima kasih sgt sebab buat aku rasa mcm aku ada kampung ketiga gituh. Aku akan sentiasa ingat warga sk lebak ni hehe:)

gambar dengan akak pengantin ,Kak Mardhiah :)

Nah ni gambar pengantin minggu ni.Aku macam biasa kalau pengantin aku kenal haruslah aku mendapatkan gambar bersama pengantin walaupun di luar rumah tanpa pelamin hehe Terima kasih adik sekeluarga:) Nanti kalo muin ngan adik sorang lg nak kawin, nak dtg lagi hehe
ok Selamat pengantin baru Liejah&suami.
Semoga sentiasa dirahmatiNya^_^

ni versi DSLR family pengantin  


ni dari  lenovo aku haha blur gituh


Ya,saya belum bekerja tetap.

Coretan daripada Nor Halimah Ahmad Ramli at 8:55 PM 0 comments
Bismillahirrahmanirrahim
Tajuk entri kali ni seperti menjawab pertanyaan mereka2 tentang aku.
 alhamdullilah tamat belajar pada bulan Januari lepas,masuk sekarang hampir 4 bulan lebih mengganggur.
Bukan tak cari,belum rezeki Allah nak bagi ntang tu :) Interviews pun dah pergi. Oh yer lain kali nak cerita pasal pengalaman first pergi interview sebab aku rasa yg tu pengalaman berharga kot.

Tapi bila cakap pasal rezeki, aku dapat rasakan yg Allah bagi rezeki untuk aku skrg ni melalui jalan-jalan yg lain,betul sangat apa ustazah Halima,seorang lecturer aku pernah ingatkan, " Rezeki comes with different portions for each one of you and for sure that kind of portion is the best for you".

Contohnya, mcm sekarang,ya aku bukan kerja tetap lagi tapi sungguh rezeki tu dtg jugak,first of all kite jgn tafsir rezeki tu duit je:) Aku dpt spend masa dgn mak,yg aku nak sangat buat dulu,macam masa ayah ada jugak. Keadaan kesihatan mak yg memerlukan utk sentiasa check up,tipulah aku kata kalau aku tak sedih tgk mak kene g sendiri zaman aku belajar dulu,tipulah kalau aku kata aku tak sedih sbb x dpt temankan ayah kat hospital hingga saat terakhir ayah menghembuskan nafas terakhirnya di hospital. Tapi alhamdullilah semua tu aku dpt buat skrg utk hantar mak g check up. The moment bila mak aku kata," mak punya darah mesti stabil kalau akak yg hantar" wallahi aku tak dapat nak explain & aku sangat bersyukur Allah bg aku kesempatan yg aku ada ketika mengganggur ni utk berbakti pada mak. Pada aku itu rezeki bahagia ada seorang ibu yg sangat awesome.
Beberapa bulan lepas, aku dapat peluang tolong mak cik pak cik aku disebabkan keadaan kesihatan mereka dan selepas dilanda banjir. Pada aku,itupun dah rezeki,,

Alhamdullilah juga sbb aku ada org2 yg selalu support aku utk business online walaupun hanya start sbg dropshipper. Dulu aku pernah business mcm ni,jd aku gunakan sedikit pengalaman yg ada sambil baca kisah2 org yg dah berjaya. Sekarang ni aku sambung balik tapi fokus pada tudung/shawl,boleh follow ig amniheejab,fb pun ade. Alhamdullilah setiap customer yg dtg tu bawak rezeki,walaupun hanya bertanya still diaorang adalah potential customer. Sebab aku pun customer,aku faham kalau mereka tamya mcm2, to be honest aku antara yg suke online shopping. Jdinya kadang tu member2 sedara mara tanya aku kat mana jual jubah,shawl,etc online yg bagus. Aku pun lelaju je rekemen kan hehe Doakan aku berjaya dan tak mudah give up ye^_^

Plus sekarang aku ada banyak masa,jadi aku ambil je kerja cek translate abstract utk assignment dan taipkan assignment yg dah siap. Mungkin ni rezeki nak k..... hehe Alhamdullilah,betullah ape Allah janji sebab kdg tu aku x expect pun sumber tu dtg dr mcm2.

Dulu mula2 serius aku mcm stress gak pasal ni tapi lelame aku dah malas ambil port apa yg orang  kata in a negative way. Just take it positively,itu yg aku tengah buat sampai sekarang. Biasalah sesetengah akan kata yang negatif spt downkan kite tapi just try fikir org tu ingatkan kita,risaukan kita hehe Tak kurang jugak yg sangat memahami lah pada aku dan keep bagi semangat mcm keluarga aku dan org yg rapat2 ngan aku. Terima kasih sangat2,aku sangat appreciate dan inshaAllah aku tetap akan usaha dan aku percaya rezeki Allah nak bagi mcm2 dan akan bagi pd the most appropriate time. Itu yg aku pegang sampai sekarang.

Kepada yg belum dpt kerja mcm aku ni,jangan risau. InshaAllah ade rezeki ,cuma lambat atau cepat. Tapi usaha doa jangan tinggal. Keep thinking positively semua,jom kite reramai fikir camtu:) Doakan aku dpt yg terbaik utk aku dan boleh bahagiakan semua org.

Wassalam.
NHAR 1608
 

Flavor of my life Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea