By NORHALIMAH

Berkongsi rasa,tips dan cerita

LightBlog

Bismilahirrahmanirrahim Alhamdullilah,tercapai juga apa yang saya duk "mengidam". Nak makan sushi. Nak pergi Sushi King ta...

Sushi oh Sushi!


Bismilahirrahmanirrahim
Alhamdullilah,tercapai juga apa yang saya duk "mengidam".
Nak makan sushi.
Nak pergi Sushi King tapi tak de geng yang makan sushi free hari ni*_*
Maka alternatif lain,saya buatlah sushi sendiri.
Bunyi sedih kan? Tapi tak pe,dah lama tak buat sushi ni. hehe
Petang tadi saya ke pasar raya bersama mak mencari bahan-bahan nak buat sushi.
Memang nak beli bahan sushi semata-mata-_-
hehehe...
Mak temankan sedangkan mak tak makan sangat sushi.
Gara-gara anaknya yang nak sangat ni.
Saya tak nak cerita kisah sushi tapi nak kongsi macam mana nak buat sushi.
Mudah je,inshaAllah. Janji cuba dulu.

Bahan-bahan

Bahan A

1 cawan beras sushi (saya guna jenama Sumo)
2 cawan air

Bahan B(kacau semua ni sampai larut ye)

2 sb cuka
1 sk gula
1  1/2 sk garam

Bahan C

Carrot(potong memanjang)
Telur dadar yang dah digoreng
Timun jepun(potong memanjang)
Isi ketam(potong memanjang)
Hot dog-rebus dan potong memanjang
Seaweed
Tikar sushi

Cara-cara

1- Mula-mula kita masak dulu bahan A,macam kita masak nasi,guna je rice cooker. Cepat dan mudah:)
*ni beras sushi sumo tu

2- Lepas dah masak nasi sushi, kita tuang je bahan B yang dah larut tu kat nasi sushi dan gaul. Lepas dah gaul,inshaAllah akan dapat rasa sushi^^


*ni seaweed yang saya guna

3-Lepas tu kita sediakan tikar sushi,letak seaweed.

4-Selepas dah bentang seaweed tu,kita letak nasi sushi tu,ratakan nipis dan kemas.
*ni saya baru letak,tak cukup kemas lagi :)

5-Kemudiam masuk je carrot,telur dadar,timun jepun ,isi ketam atau hot dog yang kita dah potong memanjang tu.
6-Akhir sekali gulung dengan kemas dan potong. Pastikan pisau tu tajam,baru kemas:)

Selamat mencuba semua!^^






2 ulasan:

Assalamualaikum. Tiba-tiba mood 60-an datang. Mula-mula saya tengah dengar lagu zaman kanak-kanak. Lagu keluang man. Hehe:p *padaha...

lagu-lagu zaman P.Ramlee:)

Assalamualaikum.
Tiba-tiba mood 60-an datang.
Mula-mula saya tengah dengar lagu zaman kanak-kanak.
Lagu keluang man.
Hehe:p *padahal diri ni dah tua,sedarlah..:p
Mak dengar, mak cadang cuba dengan lagu ketipang payung.
Sekejap,apakah maksud ketipang?
Ada sesiapa yang tahu,tolong bagitahu saya ya:)
Terus saya search lagu tu kat youtube. Saya sendiri memang suka lagu tu:)
Lirik yang best dan rentak pun ceria,yuhuu!
Ni antara rangkap lirik lagu tu,

Ala payunglah payung, ketipang payung
Payung Sutera nak raja muda
Ala tolonglah tolong, cik abang tolong
Janganlah marah pada adinda


Teringat cerita Nujum Pak Belalang^^
Lepas tu saya terus sambung dengar lagu 60an lagi.
Lagu tiada kata secantik bahasa, tiru macam saya, engkau laksana bulan,di manakan ku cari ganti,saat yang bahagia,laju-laju buaiku laju dan macam2 lagi.
Mak pun suka.hehe sebab lagu-lagu tu mak tau:)
Walaupun ada yang cuba nyanyikan lagu-lagu ni semula, saya tetap suka versi original,lagi asli^^
nah saya tinggalkan anda dengan lagu ni,saya pasti ramai yang tahu.
ehehe
Aci-aci buka pintu.






lagu ni juga sua sue kemuning


0 ulasan:

Bismillahirrahmanirrahim Buat semua warga pelajar UIA. Selamat bercuti semua. Jaga diri semua. InshaAllah jumpa lagi 3 minggu. ^_^ ...

Selamat Bercuti :)

Bismillahirrahmanirrahim
Buat semua warga pelajar UIA.
Selamat bercuti semua.
Jaga diri semua.
InshaAllah jumpa lagi 3 minggu. ^_^



*fikir nak ke mana cuti ni :P dan nak sambung aktiviti bersama nikon tersayang ^^

0 ulasan: