By NORHALIMAH

Berkongsi rasa,tips dan cerita

LightBlog

assalamualaikum lagi beberapa jam ramadhan akan melabuhkan tirainya. bermulalah bulan syawal yang dinantikan seluruh umat islam terutama kan...

menjelang hari raya...

assalamualaikum
lagi beberapa jam ramadhan akan melabuhkan tirainya.
bermulalah bulan syawal yang dinantikan seluruh umat islam terutama kanak-kanak^_^
beberapa hari ni agak kelam-kabut,buat persiapan raya.
persiapan kali ini sangat berbeza,seolah-olah ada sesuatu yang akan berlaku.
tiba-tiba mood rajin "terlampau" melanda kami,saya dan mak.
alhamdullilah,akhirnya selesai misi saya mengecat ruang tamu rumah.
tukar "design" baru. masih setia bersamamu,hijau warna kegemaranku.
inilah yang terjadi tatkala Nor Halimah bertukar menjadi seorang "interior designer".
tak dapat dinafikan saya suka akan kerja itu^_^


hasil kreativitiku^_^

sikit lagi!

cat yang dibatalkan kerana tak memenuhi kehendak mak

walaupun penat memanjat dinding,saya suka!
sebelum...keadaan selepas tanggal wallpaper

dah siap cat,kemas pulak.
habis comot lantai.
mak pula kata saya dah macam anak siapa entah.huhu
sangat comot!

hari ni
persiapan terakhir.
buat kuih.
yang sempat je,almond london,cornflakes,biskut,muffin dan kek.
sempat lagi pergi beli tudung untuk mak.
ramainya orang shopping last minute.
esok,nak pergi sembahyang raya.
raya pertama di Pahang tanpa ayah tersayang.
nak pergi ziarah kubur ayah,sangat rindu akan detik bersama ayah.
segalanya tinggal memori ,yang akan tetap bersenadi dalam ingatan anakandamu ini,ayah.
no one can replace him in my life.
perginya ayah membawa seribu satu hikmah di sebalik ujian itu.
saya jadi saya sekarang!jangan berharap pada orang lain,Halimah!
esok juga akan pulang ke kampung bersama mak.
pertama ke kampung mak yang lebih kurang 40 miniy perjalanan.
beraya di sana.
seterusnya akan kembali ke kampung ayah yang tetap the best in my heart!
perjalanan yang agak jauh ke negeri Sultan Mahmud mangkat dijulang.
setahun sekali berkumpul di teratak peninggalan nenek dan atok.
pastinya bergegar rumah tu.saya rindu saudara mara di sana.
inshaAllah 4 jam lebih.
raya ke 2,bercadang nak ke BP,menziarahi sahabat baik mak dan ayah.
dah lama tak jumpa.
Pak Cik Nin,Mak Cik Rubi,along,angah,ude dan Aty,tunggu kami.
raya ke 2 juga nak habiskan raya di kampung.
Raya ke 3 dah nak balik Pahang tapi petang kot.
Masih mempertimbangkan satu undangan ke Parit Sulong.
tengok keadaan saya ye.

Apapun
saya NOR HALIMAH AHMAD RAMLI ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri.
maaf zahir batin.
kepada semua yang lalu dan singgah di laman saya.
Salam penuh kemaafan.
Jaga diri baik2~

doakan saya selamat di sepanjang perjalanan.

0 ulasan: