Friday, December 31, 2010

::selamat melangkah ke alam 2011::

Coretan daripada Nor Halimah Ahmad Ramli at 8:59 PM 4 comments


bismillahirrahmanirrahim
alhamdullilah,masih dipinjamkan nikmat-nikmat yang tak ternilai harganya.
Hadiah daripada Yang Maha Pencipta.
Beberapa jam lagi,kita bakal melangkah ke tahun baru,menandakan berakhirnya episod sebuah kisah 2010.
Kenangan lama meninggalkan 1001 kesan dalam diri,baik suka mahupun duka.
Kenangan lama bukannya untuk kita terus hidup dalam kenangan itu tetapi jadikannya sebagai titik pengajaran dalam mencipta dan melalui episod baru 2011.
Kehidupan itu penuh warna-warni. Laluilah dengan sebaik mungkin.
Setiap kisah yang terlakar dalam diari kehidupan,pasti ada sebabnya.
Cuma manusia itu sering lalai dari merenungnya dan memikirkannya.
Kita seringkali menyangka apa yang kita inginkan itu adalah yang terbaik,sedangkan apa yang Allah tetapkan itu adalah yang terbaik untuk kita.
Sempena tahun baru,pasti kita sudah merancang azam-azam baru.
Jadi jangan biarkan azam-azam itu ibarat habuk-habuk yang berterbangan tanpa arah tujuan.
Selamat melaksanakan azam-azam baru,kita merancang,Allah pasti menentukan yang terbaik.
Bertambahnya usia kita menandakan semakin dekat kita dengan Yang Maha Agung.
Semoga tahun baru menjadi tahun yang lebih baik dari sebelumnya.
Semoga lebih mendalam cinta kita kepada Yang Maha Pencipta.
Akhir kata, saya N.H.A.R mengucapkan selamat memulakan langkah baru ke alam 2011 kepada semua yang mengikuti blog saya.Terima kasih.
Mohon maaf atas segala salah dan silap diri ini.Bersihkan hati,sucikan diri. Semoga menjadi insan yang sentiasa dalam rahmat-Nya.
sama-sama kita perbetulkan niat kita
انما الاعمال بالنية
Wassalam

Tuesday, December 28, 2010

Bunga itu tampak cantik pada zahirnya tapi tidak semestinya ia mekar mewangi.

Coretan daripada Nor Halimah Ahmad Ramli at 4:04 PM 0 comments


bismillahirrahmanirrahim.

Benar kan? Kita seringkali melihat bunga yang cantik tetapi apabila kita cuba mendekatinya jarang sekali bunga yang cantik itu berbau harum mewangi.
Sebaliknya cuba kita perhatikan ada sesetengah bunga itu nampak cantik tetapi apabila kita mendekatinya,rupanya tajam berduri.
Bunga dan wanita,dua perkara yang barangkali punya banyak persamaan.
Begitu juga,apabila kita membicarakan tentang kecantikan,perkataan cantik itu cukup sinonim dengan diri setiap wanita. Cantik itu subjektif,berbeza dari
perspektif setiap wanita. Yang pasti,jika ditanya semua wanita,pasti mereka suka cantik.
Salah satu perkara yang sering dilakukan oleh seorang perempuan jika mahu memastikan dirinya kelihatan cantik zahir,sudah pasti cermin menjadi pilihannya. Perkataan mar'ah dan mir'ah sangat dekat. Begitulah hampirnya diri seorang wanita dengan kecantikan.
Ada yang merasa kurang yakin kerana tidak ca
ntik? Anda rasa anda hodoh? Ternyata anda salah sama sekali. Allah itu suka akan keindahan,jadi sudah pasti setiap manusia itu cantik kejadiannya. Cuma kecantikan itu berbeza antara satu sama lain. Setiap wanita berhak untuk cantik.
Apakah definisi cantik itu? Jika kita lontarkan persoalan ini kepada kaum lelaki,sudah pasti takrifan mereka berbeza. Ada yang mengatakan cantik wanita itu pada wajahnya,tubuhnya dan tak kurang juga ada yang mengatakan cantik akhlaknya.
Namun dalam Islam,definisi kecantikan itu perlu berpandukan pada kayu ukur dalam islam itu sendiri. Itulah kecantikan yang sebenarnya.
Cantik pada zahir itu pasti akan lenyap jua akhirnya. Sebagai contoh,cantik wajah pasti akan hilang ditelan usia yang meningkat,wajah akan berkedut. Memang terdapat banyak cara untuk menahan semua itu tetapi itu semua bukanlah kecantikan yang sebenar. Bukan cantik yang abadi.
Malangya definisi cantik seringkali terarah kepada si bertubuh langsing,berwajah cerah.Di situlah lahirnya pandangan yang keliru tentang makna cantik.

Cantik yang dimaksudkan ialah cantik budi dan akhlaknya. Itulah juga misi junjungan besar Nabi s.a.w-untuk menyempurnakan akhlak manusia.
Dalam Islam, pengertian cantik adalah kecantikan hakiki dan ideal adalah kecantikan yang bersumber pada dimensi ilahiah (hati) .Bagi muslimah dan mukminah sejati keinginan untuk menjadi cantik bak bidadari syurga merupakan dambaan dan keinginan yang terperi.
Rasulullah Shalallahu alaihi Wa Salam bersabda: “Ketahuilah, di dalam tubuh itu ada segumpal daging. Bila ia baik maka baik pulalah seluruh tubuh. Dan apabila ia rusak maka rusak pulalah seluruh tubuh. Ketahuilah itu adalah hati. (HR Bukhari dan Muslim)

Kecantikan itu bermula dari hati.Ya, mata menilai kecantikan pada rupa. Akal menilai pada fikiran. Nafsu menilai pada bentuk tubuh. Tetapi hati tentulah pada akhlak dan budi.Misalnya,seorang utu mungkin sangat cantik luarannya tetapi sayangnya hatinya jauh sekali dari definisi cantik itu. Sebaliknya seorang wanita mungkin pada pandangan mata manusia tidak secantik bidadari,namun akhlaknya yang indah mampu lebih menarik orang untuk bersamanya. Jagalah hati,dari hati lahirlah kecantikan abadi.
Rasulullah saw juga telah pernah menegaskan, sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah. Wanita solehah ialah perhiasan rumah-tangga, perhiasan masyarakat dan perhiasan negara. Jika ada ibu yang solehah, anak-anaknya tentu mendapat manfaat. Mereka akan terdidik dengan baik.Jika ada isteri yang solehah, suami pun akan mendapat manfaat. Para isteri ini akan memudahkan urusan rumah-tangga, menjalinkan hubungan keluargha dengan penuh kasih-sayang dan lain-lain.Jika seorang sahabat itu solehah dan cantik budi pekertinya,pasti kecantikan itu disenangi ramai dan kecantikan itu dapat ditebarkan ke arah sahabat-sahabat yang lain.
Secantik mana pun wanita itu,imanlah yang paling utama. Sebagai perisai supaya si wanita tidak terjerumus ke arah yang salah.Jangan sesekali menggunakan kecantikan yang ada pada diri kita ke arah kemaksiatan dan kejahatan.
Berkata mungkin senang tetapi sama-samalah kita renungkan dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian.
Firman Allah SWT : Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya ( surah al-Tin )

wallahu'alam
by n.h.a.r

Saturday, December 25, 2010

Jodoh dan Takdir.

Coretan daripada Nor Halimah Ahmad Ramli at 9:01 PM 2 comments


Selalu aku berdoa kepada Yang Maha Esa
Moga dikurnia seorang ratu di jiwa
Tempat untuk kuluahkan segala rasa
Perasaan yg tersimpan seribu satu makna

Di kala aku keseorangan
dia penghibur dan jua peneman
hati yg sayu tidak kesepian
duka dan lara tiada keresahan

Ya Allah tidak ku pinta yg menawan
tidak kuharap yg hartawan
bukan jua kerna kedudukan
cuma kudamba insan yang sepadan

Kasihnya sejati bukannya kerna paksaan
biarpun derita yg menjadi rintangan
ketulusannya yg tiada bandingan
tercipta ayu indahnya peribadi insan


p/s: terima kasih kepada teman yang menghantar.

Friday, December 24, 2010

almost 2 weeks

Coretan daripada Nor Halimah Ahmad Ramli at 12:26 AM 0 comments

bismillahirrahmanirrahim.
it's almost 2 weeks being a second year student here.
deep in my heart, I'm wondering how I'm going to face this semester.
I'm sure all of my friends have this kind of feeling too.
Although,it can't be denied that all of the subjects for this semester are quite tough,let's do our best!
InshaAllah,everything will be ok!

subjects for this sem:
CRIMINAL LAW 1
COMPULSORY MOOTS

USUL FIQH 1

FAMILY LAW 1
ISLAMIC CRIMINAL LAW 1

CONTITUTIONAL LAW 1

ETHICS AND FIQH FOR EVERYDAY LIFE




If you think you are beaten, you are. If you think you dare not, you don't. If you'd like to win but think you can't, It's almost certain you won't. Life's battles don't always go To the stronger or faster man, But sooner or later, the man who wins Is the man who thinks he can.

P/S: GAMBATE!
TO ALL MY CLASSMATES,HAVE A GREAT WEEKEND WITH A LOT OF CASES ^_^

BY :N.H.A.R

Tuesday, December 14, 2010

happy birthday to you,nobitasizuka@faraheen hamdan.

Coretan daripada Nor Halimah Ahmad Ramli at 11:24 PM 2 comments

bismillahirrahmanirrahim.
alhamdullilah.
this post is special for my dear cousin, Noorfaraheen bt Hamdan.
Also known as Nobita Sizuka & Paeen.
Just click her name if you want to know her!
Welcome to my age=p We're same now, 19 years old!
Sorry,it might be quite late for me to post this, I think not too late because your birthday is today.
Late in terms that I did not post it on 12 o'clock,maybe!
Wish you happy birthday.
May Allah bless you!
Take care and love you,my dear.
Ko jangan asyik makan cuti ni=p

lots of love,
your cousin=_=

Sunday, December 12, 2010

back to my garden.

Coretan daripada Nor Halimah Ahmad Ramli at 7:48 PM 0 comments

bismillahirrahmanirrahim.
currently,i'm at my garden.
this is my garden.
this place is the best place for me and my friends to play roles as students.
the word "action" will take place starting from tomorrow.
get ready to all of "actors"
let's do our best and get benefit as much as possible from this garden.
never ever give up.
let Him always stays by oursides.
He will never leave all of us.
Be positive and always try our best.
Good luck for new semester!
Gambate!
Let's achieve our goal!


GARDEN OF KNOWLEDGE AND VIRTUE

BY N.H.A.R

Saturday, December 11, 2010

zaman ceria si kanak-kanak

Coretan daripada Nor Halimah Ahmad Ramli at 5:57 PM 0 comments


bismillahirrahmanirrahim
tajuk entri menunjukkan post kali ni agak kebudak-budakan.
tiba-tiba mood nak dengar kembali lagu kanak-kanak selepas menonton upin dan ipin.
ingat lagi tak lagu

koleksi melayu:
pukul berapa datuk harimau,pak mamat parang tumpul,nenek nenek si bongkok tiga,police entry,ais-krim soda,lattalilatlailitaplom,mala yang sepi,pak mat jual topi,ola oli nama diberi,anak itik tok wi,jan jala itik jala yam berapa lubang kancil 15o,ais kacang,gelang si paku gelang,air pasang pagi surut pukul 5,bangau oh bangau,hujan rintik-rintik,tanya sama pokok,ikan kekek,kereta kecil,rasa sayang,pak mamat ada ladang,sungai,buai laju-laju,saya ada kuda,lagu tiga kupang,burung kakak tua...

tu antara lagu-lagu kanak-kanak yang popular,teringat zaman dulu,suka nyanyi lagu tu.secara tak langsung dapat belajar.

koleksi english:
i love you,you love me,baa-baa blacksheep,old mc donald,are you sleeping,head,shoulders,knees and toes,mary had a little lamb,pussycat pussycat,row row your boat,telletubies theme,twinkle-twinkle little star,winnie the pooh theme song,alphabet song

rasa nak dengar?klik je kat atas tuh.seronok juga dengar kembali lagu kanak-kanak.main sambil nyanyi,alahai,comelnya!
tiba-tiba,rasa nak pergi tadika pulak.
jangan-jangan,sekarang masa nak balik u la.

tapi kartun yang paling saya suka,yang ni:
ingat lagi,semua pon doraemon,kasut sekolah,beg,kasut,patung,memang gila doraemon!



DORAEMON.
AN AN AN TOTEMO DAEI SUKI DORAEMON

sampai sekarang pun,doraemon tetap comel!

telletubies
ni macam empat sekawan,Aisyah,Soleha,Nova dan saya.


Detective Conan
suara saya mcm conan? boleh jadi suara dia lain kali=p

atasinchi,yg mulut mak dia besar tu.

hello kitty
banyak barang helloi kitty ni kat pasaran,kawaii pulak tuh.


ni pulak atasinchi&family.macam saya ker? haha




hamtaro!suka sangat.


ni antara kartun yang saya suka,sebab comel kot.sesetengah ada pengajaran tersendiri.
yang baik,jadikan pengajaran,yang buruk jadikan sempadan.

ada lagi,tapi tak letak dah,nanti penuh pulak.

sekian saja utk post kenak-anakan saya kali ni.

wassalam




kembali ke sana,Insha Allah

Coretan daripada Nor Halimah Ahmad Ramli at 3:10 PM 0 comments

jom pulang!
bismillahirrahmanirrahim.
inshaAllah,esok akan kembali ke sana.
walaupun keadaan kesihatan tidak begitu baik,sakit itu penawar bagi dosa-dosa lalu.
semoga diri ini sembuh seperti sediakala.
semoga segalanya berjalan lancar.
selamat memulakan semester baru buat sahabat-sahabat di UIA.
Semoga selamat sampai dengan azam baru.
kepada yang baru memulakan cuti,selamat bercuti!

jom mula kemas barang2!
akan merindui setiap saat ketika cuti,kenangan yang membahagiakan



kembali ke sarang,cuti sudah berakhir,wahai Nor Halimah!
to all my classmates,welcome to 2nd year as LLB@LLBS students!
to my dear roommate, c u tomorrow,have a safe journey!

Monday, December 06, 2010

Happy Birthday,Bella!!

Coretan daripada Nor Halimah Ahmad Ramli at 11:28 PM 2 comments
this post is special for Salsabiila


bismillahirrahmanirrahim.
alhamdullilah.
tahniah buat sahabat tersayang,Bella^_^
Selamat Hari Lahir ke 20
7 Disember 2010

Semoga bertambahnya umurmu,bertambahnya amalanmu.
Semoga sentiasa dalam rahmat-Nya.
Imah doakan segala yang terbaik buat Bella

생일 축하 해요, Salsabilla
!
Imah Sayang Bella



Hadiah di sebalik ujian.

Coretan daripada Nor Halimah Ahmad Ramli at 5:47 PM 4 comments


bismillahirrahmanirrahim.
alhamdullilah.
Segala-Nya diatur dengan begitu baik oleh-Mu.
Terbaik buat hamba-Mu yang kerdil ini.
Hadiah daripadaMu di sebalik semua ujian yang melanda diri ini.
Diri ini seringkali alpa dibuai mimpi-mimpi yang mampu melemaskan diri sendiri.
Namun,Allah itu Maha Penyayang. Tak pernah membiarkan diri ini sendiri.
Ujian diberikan bagi mengingati diri ini,dunia ini hanyalah pentas lakonanku.
Kembalikanlah niatku pada-Mu yang Maha Satu,ingatkanlahku selalu.
Peliharalah tiap rentakku sentiasa dalam jagaan-Mu.
Semoga aku juga menjadi seorang hamba yang menjaga setiap yang ditetapkan oleh-Mu.
Kembali mengingatkan semua yang berlaku sebelum ini,cukup perit dirasakan.
Namun,Dia tidak pernah meninggalkanku,itulah hadiah yang cukup bererti.
Manusia mungkin boleh hilang kasihnya tetapi Dia sentiasa menyayangiku.
Semua itu ranjau yang penuh dengan duri-duri yang membuatkan diri ini lebih mengerti.

Setiap manusia itu diberikan dengan pelbagai ujian,cuma berbeza.
Tipulah jika seseorang manusia itu menuturkan yang dia tidak pernah ditimpa musibah.
Indahnya hidup itu hanya kerana-Mu.
InshaAllah segala apa yang melanda mampu diredah.
Yakinlah,Allah menguji seseorang kerana mempunyai rahsia-Nya yang tersendiri, sama ada mahu menambahkan tahap iman seseorang atau menguji sejauh mana tahap keimanan seseorang itu. Ujian itulah yang bakal membuka mata hati kita,yang mendidik kita supaya jangan berputus asa dalam kehidupan ini,laluilah setiap dugaan itu dengan sebaiknya. InshaAllah ujian itu mematangkan kita.Jangan persoalkan kenapa hanya kita diuji. Yakinlah bahawa Allah telah mengaturkan yang terbaik,kita sebagai hamba-Nya perlulah bersabar sentiasa.

Alihkanlah pandangan kamu kepada lautan yang membiru tetapi hanya Allah yang tahu apa di dalam-Nya. Alihkan juga matamu itu kepada seseorang yang sentiasa ketawa riang,namun hanya Allah yang tahu tentang rahsia kehidupannya.Alihkan pandangan itu kepada sungai yang kekal mengalir walaupun beribu batuan menghalangnya. Jika masih berputus asa atau sedih,alihkan juga pandanganmu pada langit yang membiru,memayungi bumi,yakinlah bahawa Allah sentiasa ada menemani kita semua.

Dekatkan diri kepada-Nya. Jangan pernah tinggalkan-Nya tidak kira susah atau senang. Dialah yang memegang hati-hati kita,yang menguasai seluruh alam semesta. Jika berasa kurang kuat,carilah sahabat-sahabat yang mendekatkan kita kepada-Nya.Berzikirlah sentiasa ,moga diri ini sentiasa dekat dengan -Mu.
“Dan sesungguhnya akan kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa (pengikut) dan buah-buahan (biji-bijian). Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. Yaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan ‘Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepadanyalah kami akan kembali’. Meraka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhannya, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk”. (Al Baqarah : 155-157 )

Saya mengambil peluang ini mengucapkan terima kasih buat semua yang sentiasa menyokong saya secara langsung ataupun tidak terutama ibubapa,guru2,pensyarah2,sahabat2,keluarga dan semua. Setiap insan yang hadir dalam hidup saya mengajar saya erti warna-warni kehidupan.That's the flavor of life.
Tahniah buat yang berjaya mengharungi pahit getir ujian.

salam maal hijrah

Tak lupa,salam maal hijrah buat semua. Semoga tahun baru disertai dengan penghijrahan,azam baru,inshaAllah.
Akhir kata,wassalam.Jaga diri.Hiduplah kerana Allah kerana di situ barulah kita menghayati indahnya hidup kurniaan-Nya.

Friday, December 03, 2010

:Perubahan:

Coretan daripada Nor Halimah Ahmad Ramli at 3:27 PM 0 comments

bismilahhirrahmanirrahim..
ingin saya rungkaikan sebuah kisah,demi perubahan.
adakah sudah ada perubahan pada diri kita?
saya pasti dari segi fizikalnya diri kita ini,pasti ada yang berubah.
bermula dari bayi sehinggalah kita sekarang.

bagaimana dengan aspek kehidupan kita?sudah terdapat sebarang kejayaan yang membanggakan telah kita kecapi?bukan sahaja buat manfaat diri sendiri tetapi juga buat setiap insan di sekeliling kita yang sentiasa mengharapkannya.
Atau kita hanya asyik memerhatikan kejayaan orang lain? Melihat rumah yang gah. Kereta yang mewah. Insan-insan ternama yang berjaya dalam bidang-bidang yang diceburi mereka. Apakah semudah kiraan 1,2 dan 3 untuk mengecapi kejayaan seperti si pemilik rumah banglo di atas bukit?? Pasti jawapannya tidak.Kejayaan juga bukan diukur dengan banyaknya harta.

Renungi dan selusurilah kehidupan mereka sebelum mengecapi kejayaan seperti sekarang. Pepatah melayu ada mengatakan bahawa berakit-rakit ke hulu,berenang-renang ke tepian,bersakit-sakit dahulu,bersenang-senang kemudian. Belajarlah dari pengalaman mereka bahawa kejayaan perlukan langkah. Tanpanya,bagaimanakah kejayaan dapat dicipta?Tekad diperlukan bagi mengubah diri secara efektif.

Jangan hanya leka dan berangan mahukan kejayaan seperti Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary
,Donald Trump dan Bill Gates jika kita sendiri tidak memulakan langkah bagi meneruskan perjuangan.Jangan sesekali hentikannnya kerana hidup ini adalah perjuangan. Pengorbanan memang diperlukan.

Seperti dalam sebuah empayar perniagaan yang berdiri gah. Semua bermula dari perusahaan yang kecil. Jalur perjuangan diselusuri dengan penuh semangat.
Betapa perubahan memerlukan pengorbanan. Betapa perlunya dalam diri setiap insan titik permulaan bagi mencipta kejayaan yang berlipat ganda.

wassalam.

pesanan buat diri yang memiliki seribu satu impian serta masih melakarkan harapan dalam kehidupan.

kepada ex-students 5 bukhori

Coretan daripada Nor Halimah Ahmad Ramli at 3:11 PM 0 comments
bismilahhirahmanirrahim.
nak promote blog kelas saya..
umum kepada semua,khusus kpd kelas saya.^_^

klik saja ni: ALUMNI 5 BUKHORI 07

Wednesday, December 01, 2010

saya minta semua baca^_^

Coretan daripada Nor Halimah Ahmad Ramli at 9:45 PM 0 comments
bismillahirrahmanirrahim..
akhirnya,ada kesempatan nak tukar wajah si blog ni.
sekian lama tertangguh.

http://www.emocutez.com
jom blogwalking blog saya ni dengan si panda!
http://www.emocutez.com
hati-hati,jangan sampai jatuh tau!
http://www.emocutez.com
macam mana?ok x?


http://www.emocutez.com
kalau suka tu,


http://www.emocutez.com
jenguk selalu ke sini ye!


http://www.emocutez.com
inshaAllah saya akan update apa-apa yang bermanfaat utk semua.

http://www.emocutez.com

terima kasih saya ucapkan kepada semua yang baca blog ni

http://www.emocutez.com

sebelum terlupa,jangan lupa tinggalkan komen buat saya yer!


http://www.emocutez.com
akhir kata,jaga diri semua.
semoga mendapat apa yang terbaik,
assalamualaikum

by NHAR.

p/s:blog yang macam kanak-kanak sbb saya suka,ceria dan warna-warni!


 

Flavor of my life Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea