Thursday, April 15, 2010

Keajaiban Azan

Coretan daripada Nor Halimah Ahmad Ramli at 7:43 AM
bismillahirrahmanirrahim..
sudahkah kita mendengar kalimah azan pagi ini?
jika belum,apakata kita dengarkan kalimah azan sekarang.
Pada kalimah azan itu terdapat keistimewaannya yang tersendiri.
Tahukah anda azan bergerak dari timur Indonesia pada waktu Subuh dan mengelilingi dunia,dan kembali semula ke timur Indonesia.Kesimpulannya,azan bergerak mengelilingi dunia tanpa henti.
Jika diperhatikan,azan disyariatkan pada kelahiran bayi,mahupun ketika berlaku bencana.
Azan dipercayai dapat menurunkan gelombang dunia dan otak kepada tahap yang paling rendah.
Azan bukanlah seruan untuk menunaikan solat semata-mata tetapi membawa seribu satu hikmah di sebaliknya.
Azan merupakan terapi yang terbaik untuk diri manusia. Gelombang otak manusia terbahagi kepada empat:

1. Betha:ketika dalam keadaan stress,sedang berfikir atau apa-apa sahaja yang menyakitkan otak
2. Alpha: santai
3.Tetha: tidur-tidur ayam
4.Deltha: tidur nyenyak tanpa sebarang mimpi

90% daripada kita berada dalam gelombang betha. Azan berada dalam gelombang rendah. Ada hikmahnya mengapa kita disyariatkan untuk soal pada awal waktu? Hal ini kerana,pada waktu itu otak kita berada dalam gelombang rendah,iaitu selepas berkumandangnya kalimah azan.InshaAllah kita akan berada dalam keadaan tenang ketika solat. Namun begitu,jika kita soal di akhir waktu, gelombang otak kita sudah rosak iaitu pada kebiasaannya pada gelombang betha.

Azan juga digunakan dalam perubatan. Azan juga dapat membantu untuk membentuk sebuah keluarga yang bahagia. InshaAllah anak-anak mudah mendengar kata ibu bapa dan berkelakuan baik. Sebagai seorang pelajar, sebelum memulakan pelajaran,dengarlah dan hayatilah kalimah azan.InshaAllah ia dapat membantu menguatkan ingatan kita.
Semoga kita dapat mempraktiskan apa yang terbaik dalam hidup kita.
Wallahu'alam.

video ini buat renungan bersama,wallahu'alam.


0 comments:

 

Flavor of my life Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea