Sunday, December 27, 2009

Kamu mampu melaluinya,sahabatku tersayang.

Coretan daripada Nor Halimah Ahmad Ramli at 2:21 AM 3 comments
assalamualaikum
alhamdullilah sudah hampir sebulan saya menjalani kehidupan degree di kampus baru.
banyak tugasan sudah diterima.
minggu lepas dan minggu ini saya kira minggu yang cukup menguji erti kesabaran,kejujuran,kepercayaan,kekuatan dan sebagainya.
mungkin jika dilihat dari luaran,saya seperti biasa saja.
tapi dalam hati Allah saja yang tahu.
Saya baru sahaja membaca blog insan yang cukup istimewa di hati saya.
Entri yang membuat saya terkenangkan segalanya.
Dia adalah antara insan yang mempunyai pengaruh besar dalam kehidupan saya.
Hampir segalanya tentang saya,dia tahu dan begitu juga sebaliknya.
Saya tahu saat ini dia diuji dengan sesuatu yang lebih hebat daripada saya.
Saya hanya mampu memberikan kata-kata semangat buat dia dari jauh sahaja.
Namun,saya harapkan kata-kata itu mampu memberikan dia sedikit kekuatan untuk terus bangun menghadapi realiti hidup.
Saya faham,mungkin ini bukan masanya untuk dia ceritakan segalanya kepada saya.
Bila rasa nak cerita,saya setia untuk mendengar.
Saya pun ada cerita yang nak dikongsi.
Pasal yang lepas tu,kita lupakan saja ya.
Bukan kali pertama kita salah faham.Kita boleh atasinya=D
Saya sayang awak.Saya rindu awak juga.
Pasal puding tu,saya ada baca kat blog awak.
Jangan risau,bila kita jumpa saya buatkan puding kesukaan awak.
Kemudian saya nak awak habiskan semuanya.huhu.
Nampak puding,ingat saya ye?
Akhir kalam,
Carilah Allah saat susah mahupun senang.
Pasti Dia ada jawapan yang terbaik untuk kamu,sahabatku.

Sunday, December 20, 2009

Let's make our dream turn to reality!

Coretan daripada Nor Halimah Ahmad Ramli at 12:10 PM 0 comments

tips..

Coretan daripada Nor Halimah Ahmad Ramli at 11:58 AM 0 comments


AMIN IDRIS:BANGKIT DARI KEGAGALAN

rindu..

Coretan daripada Nor Halimah Ahmad Ramli at 2:20 AM 6 comments
bismillahhirrahmanirrahim...

satu kata yang sukar untuk ditafsirkan.
saya tahu itu semua sukar buat dia.
saya hanya bisa berkata-kata dan mendengar.
kerna bukan saya yang melaluinya.
Allah tahu akan kemampuan hamba-Nya.
Mugkin saya tak sekuat dia.
mungkin ada kebaikan dia memilih sebegini.
saya rasakan ada sesuatu yang mengganggu dia.
saya harapkan yang terbaik untuk dia.
saya menghormati segala apa tindakan yang dia ambil.
saya faham cuma hati saya tetap risau,gundah-gulana memikirkannya.
saya minta maaf atas tindakan yang saya ambil tanpa henti baru-baru ini.
mungkin sekarang tak seperti dulu.
ada yang berubah antara kami.
walauapapun...
saya nak dia tahu,saya sayang dia.
saya harap kami tetap sahabat selamanya.
jangan jadikan sesuatu,apapun sebab yang merenggangkan persahabatan antara kami.
persahabatan ini sukar untuk dibina semula jika sudah punah.
kepercayaan antara kita,semoga berkekalan.
ambillah masa untuk sendiri jika perlu.
inshaAllah saya ada jika dia memerlukan seseorang.
salam rindu buat sahabat tercinta yang dirindui.

jika dia baca entri ini,saya harap sangat dia dalam keadaan baik.

sahabatmu,
N.H.A.R

p/s:entri yang agak personal.saya terpanggil untuk menaipnya.maaf..

Thursday, December 17, 2009

Awal Muharam 1431H

Coretan daripada Nor Halimah Ahmad Ramli at 8:10 PM 0 comments

Bismillahhirrahmanirrahim...
Alhamdullilah kita semua masih dipinjamkan nikmat yang paling besar iaitu nikmat Iman dan Islam.
Kita masih berpeluang melalui awal Muharam 1431H.Sebagai umat Islam,malangnya jika kita terlupa hari ini.Sedangkan kita sanggup mengingat tarikh-tarikh lain yang kurang penting bagi kita. Hijrah berasal dari satu peristiwa yang sangat penting dalam Islam. Kebiasaannya, hijrah sinonim dengan makna perpindahan dari satu tempat ke satu tempat. Mari kita imbas kembali peristiwa yang menjadi permulaan tahun Hijrah dalam kalendar Islam.

Peristiwa penghijrahan Nabi s.a.w bukanlah sesuatu yang berlaku secara kebetulan. Peristiwa ini telah dirancang Allah untuk kita semua mengambil iktibar dan mempelajari tentangnya.Hijrah bukan berlaku dengan cara yang mudah,Allah menghendaki peristiwa hijrah itu berlaku dengan kekuasaan Allah dan ikhtiar manusia itu sendiri.Peristiwa hijrah itu penuh dengan perkara yang mendebarkan. Nabi s.a.w perlu menghadapi perjalanan yang serba pahit,Allah sentiasa melindungi Baginda.Bukan mudah Baginda dapat melepaskan diri dari seksaan dan cubaan kaum Quraisy yang sudah merancang untuk menghapuskan baginda dan Islam.Namun begitu,Allah Maha Bijaksana,perancangan Allah jauh lebih rapi dan tersusun.

Pertama; perancangan yang rapi dan teliti. Baginda tidak tidur di biliknya pada malam itu. Sebaliknya diperintahkannya Ali ibn Abi Talib mengambil tempatnya tidur di kamar Baginda dengan tujuan untuk mengelirukan musuh yang menyangka Baginda masih berada di biliknya. Begitu juga Baginda tidak terus berangkat ke Madinah yang berada di sebelah Utara selepas keluar dari Mekah, tetapi sebaliknya Baginda menghala ke Selatan dan berhenti di Gua Thur selama tiga hari. Selepas tempoh tersebut barulah Baginda meneruskan perjalanannya ke Madinah, iaitu ketika gerakan pihak Quraish sudah mulai mengendur.

Kedua; sentiasa mendapatkan maklumat terkini berkenaan pergerakan pihak musuh menerusi Abdullah ibn Abu Bakar yang telah ditugaskan untuk mengumpul maklumat di Mekah pada waktu siang dan pada malamnya melaporkan kepada Baginda di Gua Thur. Memang maklumat terkini adalah merupakan suatu yang amat bernilai sehingga kadang-kadang maklumat-maklumat penting sanggup dijual-beli dengan harga yang sangat mahal. Hari ini kita dapat menyaksikan semakin canggihnya perancangan perisikan yang tujuannya tidak lain hanya untuk mendapatkan maklumat.

Ketiga; kerahsiaan adalah satu perancangan Baginda yang sangat bereksan. Lihat saja bagaimana tidak seorang pun yang tahu termasuk teman karibnya seperti Abu Bakar r.a hinggalah ke saat perlaksanaannya. Menjaga kerahsiaan dalam hal-hal penting dan bahaya seperti itu memang merupakan suatu keperluan yang dirancang rapi. Kebocoran maklumat-maklumat penting hingga diketahui oleh pihak musuh akan mengakibatkan musnahnya seluruh perencanaan.

eempat; menggunakan sepenuhnya kepakaran yang ada walau dari orang kafir sekalipun. Dalam peristiwa hijrah, Baginda telah mendapatkan khidmat seorang pemandu bukan Islam untuk menunjukkan jalan sulit yang tidak diketahui oleh orang ramai untuk ke Madinah. Hal ini dilakukan oleh Baginda setelah berpuas hati bahawa pemandu bukan Islam itu tidak akan mengkhianatinya.

Hijrah membuatkan orang-orang Muslim menjadi penguasa kepada urusan dalaman negara, perhubungan luar dan urusan yang berkaitan dengan peperangan dan perdamaian.
Terdapat persefahaman yang jitu di kalangan orang-orang Islam, sebagai contoh, dalam kes perselisihan faham yang berlaku antara Muslim dan bukan Muslim, keputusan akhir dibuat oleh Nabi S.A.W. Ini menunjukkan bahawa kerajaan Islam sudahpun bermula. Sepanjang hidup Rasulullah atau sepanjang tempoh 10 tahun dibangkit menjadi Rasul, ini adalah permulaan sebuah negara Islam yang merentasi seluruh semenanjung Arab.
Ini merupakan bukti bahawa peristiwa 'Hijrah' telah mengubah beratus-ratus orang masyarakat Arab menjadi masyarakat yang maju lagi berjaya.
Penguasaan pengaruh Islam sepanjang tempoh itu adalah satu rekod. Semua ini mungkin belaka kerana bentuk peristiwa 'Hijrah' itu sendiri yang mengubah segala aspek kehidupan manusia.

the latest story..

Coretan daripada Nor Halimah Ahmad Ramli at 4:55 PM 2 comments
Bismillahirrahmanirrahim..
It's almost 3 weeks in IIUM.
I love to be there..
Especially with my 3 roommates=D
Happy to be with all of you!
Don't worry, you have 5 years more to go,Imah!
Already started our classes in our new campus..
it's a bit different about classes..
but we'll try to adapt ourselves in new campus.
Got assignments to do..
So good luck for our undergraduate life!
Challenge waiting for you,be strong!
Dont you ever give up.

p/s:thanks to my friends and my lecturers!

Monday, December 14, 2009

Kamu sudah 18,Cik Farah

Coretan daripada Nor Halimah Ahmad Ramli at 12:03 AM 0 comments
Bismillahhirahmanirrahim..
Alhamdullilah,walaupun saya sedang memikirkan tentang hal saya untuk esok sempat juga nak pos kat blog ni.
14 Disember 2009
Tunggu je tarikh ni sebab Cik Farah kita baru masuk 18=p
Sedangkan saya sudah 18 tahun 4 bulan.
Tapi tak mengapa saya tunggu kamu.
Kini,kita dah sebaya.
Tak sedar je dah 18.
Teringat kenangan zaman kanak-kanak bersama Cik Farah ni.
Apa-apa mesti nak sama.
Macam kembar tapi dah besar ni baru nampak taste kita banyak yang dah berbeza.
Dah la jarang jumpa kan?5 tahun yang lepas macam-macam perangai kita kan.
Nak lagi bila kat kampung.
Apapun saya tetap sayang kamu,Farah=D
Semoga hidupmu lebih bererti dan diredhai Allah.
Jaga diri.
p/s: jgn lupa cuti dah nak abis tuh!=p

Sunday, December 06, 2009

Salsabiila's Birthday

Coretan daripada Nor Halimah Ahmad Ramli at 11:30 PM 0 comments



Salam.

Ada juga masa nak pos ni kat blog,alhamdullilah.

Untuk sahabat yang agak kamceng ngan saya di UIA sejak asasi..

Sayangnya tak dapat nak ucap 'face to face'.

Tak pe esok jumpa Bella.

7 DESEMBER 2009

Cukuplah umur sahabatku ini 19 tahun.

Semoga Allah merahmatimu,sahabatku=D

Seronok dapat kenal Bella.

Semoga segalanya berjalan lancar.

Semoga kita sama2 kuat kat kampus Gombak..

Sayang Bella..

Terima kasih...
SANAH HELWA YA SODIQOTI!


Wednesday, December 02, 2009

back to IIUM..

Coretan daripada Nor Halimah Ahmad Ramli at 12:06 AM 0 comments
Bismillahhirahmanirrahim...
1 2 3..
back to nature,
less than 12 hours I will be at IIUM Main Campus,Gombak,
to continue my degree programme there,
I hope everything will be ok tomorrow,
Currently, I'm at Taman Sri Gombak,
Tomorrow,IIUM Gombak.
10 minutes only to reach that campus from here,
My bags ??Ready to go!
Goodbye to everything that is not important to me.
Goodbye,holidays!
Take care everyone.....
Pray the best for us (me and my friends)
See you next time..
 

Flavor of my life Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea