By NORHALIMAH

Berkongsi rasa,tips dan cerita

LightBlog

Salam... Sudah baca tajuk di atas? Saya tujukan buat Kak Epa tersayang dan suami yang baru sah menjadi suami isteri pagi tadi.Alhamdullilah....

~Selamat Melayari Bahtera Perkahwinan~

Salam...

Sudah baca tajuk di atas? Saya tujukan buat Kak Epa tersayang dan suami yang baru sah menjadi suami isteri pagi tadi.Alhamdullilah. Saya turut mengikuti majlis akad nikah di masjid. Duduk tak diam kot.Ambil gambar dari sudut berbeza untuk setiap detik.huhu=p Pastinya hari ini hari yang sangat bersejarah buat kami sekeluarga,satu lagi bunga sudah dipetik orang. Apa yang lebih seronok ?? Seluruh keluarga sebelah emak dapat berkumpul. Saya pun dikira yang agak menjadi tumpuan.hahaha! Jarang dapat jumpa saya ni..hahaah..Setiap kali kenduri mesti ada yang berkata,''Dulu kecil je,sekarang dah anak dara."Tak kurang terdengar kata-kata yang mengusik saya,''Adik,bila pulak?Lepas ni ye??" Lucu mendengarnya. Haha.Lambat lagi kot=p Saya sibuk merakamkan gambar tanda kenangan. Dari jauh,saya lihat kelibat teman-teman saya sewaktu tadika di kampung. Semua dah besar. Rindunya zaman tadika!!

Pasangan mempelai kelihatan ceria berbaju merah putih. Pastinya letih melayan karenah tetamu. Alhamdullilah semuanya berjalan lancarApa yang pasti kenangan hari ini sentiasa tersemat di hati saya. Semoga Kak Epa dan suami selamat melayari bahtera perkahwinan.

2 ulasan:

Salam... Cuti tahun baru cina berlalu dengan cepat. Alhamdullilah saya semakin sihat. Baru petang tadi saya sampai di Nilai dengan menaiki k...

Cuti Tahun Baru Cina

Salam...
Cuti tahun baru cina berlalu dengan cepat. Alhamdullilah saya semakin sihat. Baru petang tadi saya sampai di Nilai dengan menaiki kereta akak Aisyah. Terima kasih bagi saya tumpang. Semalam saya dan Aisyah jumpa Nova. Seronoknya! Rindu sangat kat Nova. Seharian kami meghabiskan masa bersama Nova. Macam-macam yang kami sembangkan. Kami masih seperti dulu. Semoga persahabatan kami berkekalan.

Ada satu perasaan yang menjadi kebiasaan saya. Setiap kali sebelum balik,malam tu saya mesti rasa sedih. Kasihan mak tinggal seorang lepas ini. Mak mesti terasa ketiadaan saya pada mulanya. Semoga Allah sentiasa melindungi mak.

Saya di sini tetap meneruskan perjuangan. =) Saya sayang mak..

p/s:maaf saya agak xde mood utk menulis terlalu panjang..Saya keletihan kot..k salam

0 ulasan:

1. Copy Badge Cute Blogger Award untuk diletakkan di blog anda 2. Link atau ceritakan kembali siapa yg memberikan award ini kepada anda. Kak...

Award from Kak GG




1. Copy Badge Cute Blogger Award untuk diletakkan di blog anda

2. Link atau ceritakan kembali siapa yg memberikan award ini kepada anda.

Kak GG yang bagi award ni kat saya. Kak GG yang saya kenal dari zaman sekolah menengah..heehehe..Berhubung semula melalui internet=p

3. Setiap blogger hendaklah menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum pemenang seterusnya.

10 FAKTA TENTANG SAYA=)

1.Hamba Allah yang masih membaiki diri yang hina ini...

2. Sangat suka menonton cerita Korea,Jepun dan Cina. Tak semua lah.. Sehingga digelar ''budak Korea''. Saya minat pon ade sebab..=p

3. Suka memandu kereta. Seronok dapat pandu kereta=p

4. Suka tangkap n edit gambar..

5. Suka main ngan budak-budak. Sampai kadang2 terlupa yang diri ini sudah besar..wakakaakak..

6. Punya seorang teman yang sentiasa di sisi sampai sekarang. huhu. Ape-ape psl saya semua dia tahu.Nama dia Aisyah. Dah macam adik-beradik kot.. Ramai org ingat kami kembar sbb muka ada iras2..=p

7. Sesetengah org maybe kata saya sombong tapi kalau da kenal..Ade yg kate sy ni kelakar. x wat pe pon da kene. haha. suka gelak n ketawa kot..dalam hati hanya Tuhan yang tahu.

8.Sangat sayang akan ibu saya..Tak dapat digambarkan dengan kata2.

9.Ingin menjejakkan kaki ke Korea dan Jepun. Kalau boleh semua tempat nak gi..huhu..InshaAllah

10. Sedang menyambung pelajaran di sebuah universiti. Kos yang diambil adalah pilihan pertama. Seluruh keluarga menyokong dan berharap kepada saya. Megharapkan agar diri ini terus kuat menghadapi ujian yang melanda diri ini.






1 ulasan:

pemandangan di hadapan rumah rumah yang penuh dengan pelbagai kisah kami

~Kampung saya~

pemandangan di hadapan rumah

rumah yang penuh dengan pelbagai kisah kami

1 ulasan:

Rabu,21 Januari 2009.... Detik yang bermakna buat diri saya. Segalanya telah selesai. Pembahagian harta pusaka arwah ayah. Alhamdullilah Pam...

alhamdullilah

Rabu,21 Januari 2009....
Detik yang bermakna buat diri saya. Segalanya telah selesai. Pembahagian harta pusaka arwah ayah. Alhamdullilah
Paman datang menjemput saya pada 20/1/2009 tepat jam 11.10 malam. Kami menuju ke arah Kuala Lumpur. Semasa dalan kereta,saya sempat berbual-bual dengan paman. Satu soalan yang agak mengejutkan menerpa ke arah saya. Membuatkan saya terpaku. Betul ke apa saya dah jawab? Jujur ke? Saya sendiri tak pasti.Malam itu saya tidur di Pandan Indah. Terasa seperti berada di rumah sendiri.
Keesokan harinya, saya sempat melihat Azam dan Azlin bersiap ke sekolah. Rindunya zaman persekolahan..Huhu. Saat yang tidak dapat dilupakan. Melihat telatah Azam membuatkan saya teringat diri saya dulu. Sama seperti Azam. Susah nak bangun tidur. Puas mak kejut saya. Sabarnya mak dengan saya yang agak degil ni.
Tidak lama kemudian Bik Kep dan Bik Ha sampai di ruman Paman Seman.Kami bertolak dengan menaiki kereta Paman menuju ke Johor,tanah kelahiran arwah ayah. Satu kereta kan jimat=) Pada mulanya,sepatutnya kes ini diselesaikan di Pahang tetapi akhirnya dipindahkan ke Johor atas sebab-sebab tertentu.
Saya berasa tidak selesa. Rasa sakit tekak dan lenguh-lenguh,tak tahu kenapa. Sewaktu dalam kereta saya hanya mampu melelapkan mata. Biasanya saya suka memerhati tapi pada hari itu saya agak keletihan dan lemah.Paman Seman yang memandu. Dari KL sampai ke Johor ,paman sibuk menguruskan hal ''business''. Panggilan yang bertalu-talu menghujani telefon bimbit paman. . Jadi agak sibuk. Ada panggilan dari luar negara. Walaupun sedang bercuti,paman perlu menguruskan hal pejabat.
Kami tiba agak lewat. Sepatutnya perbicaraan bermula pada pukul 9 tetapi ditangguhkan pada pukul 10. Sewaktu saya tiba,mak sudah ada di sana. Adik-beradik ayah yang lain sudah tiba. Adheel,si comel dan Farah pun ikut sekali.hihi.
Kami masuk ke bilik pebicaraan. Urusan berjalan dengan lancar. Terima kasih semua atas keputusan yang telah dicapai tanpa sedikit pun persengketaan. Sekejap je. Sedikit masalah pun tidak timbul. Saya sudah dapat menyangkanya kerana saya kenal paman-paman dan bibik-bibik saya.
Setelah selesai kami menuju ke rumah arwah nenek di Kg.Parit Bengkok. Semua akan berkumpul ke sana. Kami makan bersama. Seronoknya. Makan masakan jawa: sambal goreng tempe dan ayam masak ungkap. Setelah itu,kami menemui Nenek Ujang yang baru kembali dari tanah suci. Nenek Ujang ialah adik arwah nenek. Saya sudah menganggapnya seperti nenek sendiri semenjak kehilangan nenek pada tahun 2003.Kami berehat. Sempat juga saya melelapkan mata setelah penat ''dibuli'' oleh Adheel. Haha!! Terbalik pulak..
Jam 4 lebih, saya bertolak ke Nilai menaiki kereta paman. Mak tinggal di kampung bersama Mak Sham. Masing-masing pulang ke teratak yang berbeza.heheeh..Saya tiba di Nilai pada pukul 6. Rasa lemah semacam je badan ni. Lenguhnya.
Pada malam itu,saya telah diuji. Saya selsema dan demam. Presentation untuk keesokan harinya terpaksa ditangguhkan kerana saya betul-betul kehilangan tenaga dan tidak bedaya. Malam itu saya tidak dapat tidur.Midah membawa saya ke klinik pada keesokan harinya. Doktor kata*******. Biarlah saya saja yang tahu. Pokoknya saya ok.
Mak dan Mak Sham datang dari Johor untuk menjenguk dan mengambil saya. Saya pulang lebih awal. Saya tidak dapat hadir ke kelas kerana keadaan saya tidak mengizinkan.Malam tadi sekali lagi mak membawa saya ke klinik. Alhamdullilah keadaan saya semakin baik sekarang.
Doakan saya sembuh sepenuhnya.=)

3 ulasan:

salam Dah masuk hari Selasa. Saya sendiri tidak memahami apa perasaan saya sekarang. Segalanya bercampur. Kenapa??Mungkin banyak ujian yang ...

perasaan yang sukar difahami

salam
Dah masuk hari Selasa. Saya sendiri tidak memahami apa perasaan saya sekarang. Segalanya bercampur. Kenapa??Mungkin banyak ujian yang menimpa diri ini. Ujian yang mengajar saya untuk berfikir tentang hikmah di sebaliknya.Saya perlukan seorang teman yang boleh menjadi pendengar dan penasihat buat diri saya yang lemah dan tidak berdaya ini. Saya tidak mahu membebankan teman baik saya. Biarlah saya saja yang tahu apa yang terjadi sekarang. Mungkin apa yang terjadi mengajar saya untuk lebih mendekatkan diri dengan Allah.
Saya berasa agak teruja. Esok saya akan balik. Paman ambil kat sini. Saya pergi untuk menyelesaikan hal keluarga. Semoga segalanya berjalan lancar. Rindunya kat kampung saya di Johor. Saya tak sabar nak jumpa ibu tercinta sebab mak lah tempat saya bercerita=)
Tidak dilupakan kepada saudara kita di bumi Palestin yang sedang berjuang mempertahankan Islam dan tanah air tercinta,semoga kalian terus tabah.

2 ulasan:

Hanya Allah memahami perasaannya Yahudi laknatullah Muslimah terus bersuara Hapuskan Israel salam.. Aktiviti saya pada hari ini agak berbeza...

DEMONSTRASI KEAMANAN BUMI PALESTIN



Hanya Allah memahami perasaannya

Yahudi laknatullah


Muslimah terus bersuara

Hapuskan Israel


salam..
Aktiviti saya pada hari ini agak berbeza. Aktiviti ini merupakan aktiviti yang kali pertama saya ikuti. Pada waktu pagi, saya ke kelas seperti biasa.
Selepas menamatkan '' study circle'',tepat jam 2.15 petang,saya dan rakan-rakan yang lain menuju ke blok B. Blok ''brothers'' kerana ingin menyertai demonstrasi. Ini merupakan kali pertama saya menyertai demonstrasi. DEMONSTRASI KEAMANAN BUMI PALESTIN. Sewaktu kami sampai,pihak polis sudah bersedia bagi mengawal keadaan.
Baju rasmi adalah hitam. Semua serba hitam. Dari jauh sudah kelihatan kain-kain rentang yang mengutuk Israel. Semua pergi dengan semangat yang membara. HAPUSKAN ISRAEL,BANGKIT TENTERA ISLAM!!! Pelbagai aktiviti dijalankan bagi menunjukkan kebencian kami terhadap kekejaman yang dilakukan oleh pihak Israel terhadap saudara kami di Palestin. Boikot barang-barang keluaran Israel. Bayangkan nyawa yang bakal terkorban dengan setiap perbelanjaan kita untuk produk-produk Israel. Renungkan bersama.....

0 ulasan:

hari ni? sesuatu telah terjadi. Saya jadi orang tengah...Situasi yang sudah biasa dialami. Saya selesa jadi orang tengah asalkan dapat seles...

orang tengah

hari ni?
sesuatu telah terjadi. Saya jadi orang tengah...Situasi yang sudah biasa dialami. Saya selesa jadi orang tengah asalkan dapat selesaikan masalah. Hari ini suatu persoalan sudah diselesaikan. Alhamdullilah. Saya harap lepas ni akan ok.

0 ulasan:

ungu Menjalani hitam putih hidupku Membuatku mengerti Arti hadir-Mu dalam Setiap langkah-langkahku berarti Melewati setiap detik waktuku Ber...

para pencari-Mu....

ungu






Menjalani hitam putih hidupku

Membuatku mengerti

Arti hadir-Mu

dalam

Setiap langkah-langkahku berarti

Melewati setiap detik waktuku

Bersama takdirmu

Membuatku mengerti

Hanyalah pada-Mu ku kembali


Ku bersujud kepada-Mu

memohon ampunan-Mu

Adakah jalan untukku tuk kembali pada-Mu


Akulah para pencari-Mu ya Allah

Akulah yang merindukan-Mu ya rabbi

Tunjukkan ku jalan yang lurus

Untuk kutambatkan langkahku

Akulah para pencari-Mu ya Alah

Akulah yang merindukan-Mu ya rabbi

Hanya di jalan-Mu ya Allah

Tempatku pasrahkan hidupku

0 ulasan:

We still confuse about it. Saya dan Aisyah tak tahu nak ambil MUET di mana...PAHANG OR N9???We must get the answer before tomorrow. Why?? Se...

Thinking about it



We still confuse about it. Saya dan Aisyah tak tahu nak ambil MUET di mana...PAHANG OR N9???We must get the answer before tomorrow. Why?? Sebab esok tarikh tutup kalau nak register di CFS IIUM.





Mana lebih bagus? Memanglah sini. Sebab standard tinggi,satu cabaran. Why ? This is because I'm not good in English at all. Still try to improve it.It's my fault too. I'm not realize that I need to command in English A.S.A.P...





I hope that we will know our decision before this night..





P/S:ANY ADVICE FOR US????

0 ulasan:

I'm at Gombak now...I'm going here to see my mother. This is because I need a letter from my mother. for 21st Jan. 10 JAN 2008... I ...

sekadar coretan

I'm at Gombak now...I'm going here to see my mother. This is because I need a letter from my mother. for 21st Jan.

10 JAN 2008...
I took an exam for Computer subject. It's quite hard for me but I had tried my best for this subject. I hope that I will pass this paper with flying colour. I went to MPN Hall with Bella early in the morning. We always like that. We are same because we did not bring anything except our slip and pencil box. We did not bring any books. It will make me become more nervous if I read the book outside the hall.

After finished my exam,I went to block B with Tikah. I bought one of english magazines in order to improve my English. We also bought our lunch at CFS Cafe. Then,we ate together with Sara and Bella in the dorm.

I realized that we still have a food to eat but what about our sisters and brothers at Palestin. They need our help in order to survive in their life. Maybe we are not able to understand their life. They live with a fear. They may be killed at anytime. Let's pray together for them.

It's already 1.10 a.m here. I'm really sleepy now. Maybe I'm too tired for what I've done this evening. OK gotta go now..

Wassalam...

p/s:thanks to Sara & Tikah coz teman Imah g Gombak..Cayang korang..


1 ulasan:

Something happened to me today. I'm really dissapointed with myself. I knew that it was my fault too. What I'm going to do now????? ...

I'm so sad today!

Something happened to me today. I'm really dissapointed with myself. I knew that it was my fault too. What I'm going to do now?????
I want to cry but not here. I dont want my friends worry about me. Please be happy,Imah!!!
If my mother know about it,she will be dissapointed with me but I'm sure that she will give me a strong support.
Today,most of us are not happy..Moody...Sad...Disappointed....But I never let my feeling control myself.I must do something to improve what I've done before.Allah want to test me this time.
Deep in my heart,I'm sure if I try to change it,I will get the best. Allah always want the best.
I will try as much as Ican to prove that I can do it. People can do it! Why not me???

I must be strong and try to achieve what I want. I must exert a lot of efforts in order to be what I want..I hope everything will be okay after this.. ..

0 ulasan:

PLEASE BOYCOTT ALL OF ISRAEL PRODUCTS.DO AS MUCH AS WE CAN.. LIST OF PRODUCTS BRANDS & LABELS TO BOYCOTT some of the products... there a...

BOYCOTT ISRAEL 'S PRODUCTS




PLEASE BOYCOTT ALL OF ISRAEL PRODUCTS.DO AS MUCH AS WE CAN..




LIST OF PRODUCTS




BRANDS & LABELS TO BOYCOTT



some of the products...
there are many more products from ISRAEL..


































































































































0 ulasan:

SATU PERISTIWA PENTING AKAN BERLAKU DALAM KELUARGA SAYA... PENANTIAN BAKAL BERAKHIR. HARAP KITA SEMUA DAPAT MENERIMANYA. SAYA TERIMA APA SAJ...

21 JANUARI 2009

SATU PERISTIWA PENTING AKAN BERLAKU DALAM KELUARGA SAYA...
PENANTIAN BAKAL BERAKHIR.
HARAP KITA SEMUA DAPAT MENERIMANYA.
SAYA TERIMA APA SAJA YANG BAKAL BERLAKU.
SAYA TAHU APA YANG BAKAL BERLAKU ADALAH KETENTUAN YANG TERBAIK DARIPADA ALLAH S.W.T...

0 ulasan:

assalamualaikum Sedar tak sedar cuti seminggu telah tamat.Kini,saya kembali meneruskan perjuangan di bumi CFS IIUM,Nilai. Apa yang telah say...

Cuti Mid Sem

assalamualaikum
Sedar tak sedar cuti seminggu telah tamat.Kini,saya kembali meneruskan perjuangan di bumi CFS IIUM,Nilai. Apa yang telah saya lakukan selama seminggu?~huhuhuhu~Adakah saya telah menggunakan masa itu dengan baik sekali???Satu persoalan!
Assignments masih ada yang belum dapat diselesaikan kerana sebab-sebab tertentu. Saya akan cuba selesaikan secepat mungkin.
Semalam exam BTQ, saya harap saya boleh dapat markah yang lebih baik. Saya tahu kejayaan saya adalah hadiah yang terbaik buat mak saya..=) Seluruh keluarga terutamanya belah ayah sangat berharap kepada saya. Saya lebih banyak bertanya dan agak rapat dengan adik-adik arwah ayah. Terima kasih semua..
Cuti baru-baru ni,saya tidak berkesempatan untuk berjumpa dengan sahabat-sahabat sewaktu zaman sekolah menengah,Nova dan Solehah. Hanya Aisyah saja yang bertemu dengan mereka. Rindu juga kat Nova dan Aisyah. Bukan saya tidak mahu bertemu dengan mereka. Memandangkan saya jarang balik ke rumah,jadi saya ambil masa ini untuk menemankan mak saya ke mana-mana sahaja.Mak kata,''Kalau tak de akak,mak tak gi mana sangat''. Jadi saya pun ikut je mak nak gi mana pun.


Saya dapat jumpa Aiman dan Kak Uda. Haha! Awal-awal lagi dah kena,baru sampai. Aiman dah panggil dah. Panggil apa??''Kak Limah tembikai" nak gelak rasanya.Kenapa panggil macam tu?? Sebab saya juga. Saya selalu mengusik dia setiap kali balik. Dah macam adik saya. Kak Uda pula??Sekarang dah ada handphone. Satu malam tu Aiman dan Kak Uda tinggal kat rumah. Kak Uda banyak tanya pasal tempat belajar saya. Kak Uda memang suka bercakap walaupun baru masuk 9tahun. Si Aiman lapar dan main game..hahah! Maka,jom kita main game dengan Kak Limah tetapi guna dekstop Ustaz la yer=p
2-3 kali juga ,saya dan mak keluar ke Mentakab.Beli barang-barang.Buat cermin mata baru.hihi. Saya saja je nak tengok Mentakab..hihii..Pergi Temerloh?sekali je.. Nak beli tudung yang kawan pesan..hihi...
Saya suka ''drive'' tapi tak suka sangat turun dari kereta..Pelik sikit=p


Mentakab



pemandangan masjid dari restoran Ketaparia,Mentakab


????

11Januari 2009

21hb Januari 2009

5 Febuari 2009

11 Febuari 2009

ada apa dengan tarikh ni?

tarikh-tarikh yang penting..



















0 ulasan:

Saya sering mendengar bahawa kekayaan tidak membawa kepada kebahagiaan. Saya setuju. Keadaan di sekitar saya membuatkan saya percaya. Tidak ...

Kekayaan tidak menjamin kebahagiaan

Saya sering mendengar bahawa kekayaan tidak membawa kepada kebahagiaan. Saya setuju. Keadaan di sekitar saya membuatkan saya percaya. Tidak perlu saya ceritakan apakah keadaan yang sebenarnya kerana perkara itu agak sensitif.

Sebanyak manapun harta yang kita ada bukan boleh digunakan untuk membeli nilai sebuah kebahagiaan. Lebih baik kita hidup dalam keadaan yang sederhana asalkan hati kita bahagia. Pendidikan agama adalah sesuatu yang sangat berharga. Di situlah akar segalanya.

Apa guna kalau kita terlampau mengejar kekayaan di dunia sedangkan hati kita tidak setenang air di kali? Kembalilah kepada Allah walau apa jua keadaan kita.Sesungguhnya Allah sentiasa bersama kita.

Saya cuma mampu mendoakan masih ada sinar kebahagiaan di sebalik semua yang terjadi. Semoga peristiwa yang sedang berlaku di sekitar saya akan kembali pulih seperti sediakala.Semoga tabah menghadapi ujian ini. Saya sangat mengharapkan kemelut yang melanda sekarang akan berakhir dengan segera.

Akhir sekali,bersyukurlah dengan apa yang kita ada.

0 ulasan: