By NORHALIMAH

Berkongsi rasa,tips dan cerita

LightBlog

assalamualaikum haaa!!Dalam dilema lagi..??? risau la. macam-macam la... betul ke matrik leh check hari ni? Saya buka tapi ''under ...

~dalam dilema~

assalamualaikum

haaa!!Dalam dilema lagi..??? risau la. macam-macam la...

betul ke matrik leh check hari ni? Saya buka tapi ''under construction''.Hantar sms x dibalas..Nak sangat tau.

Lepas dah tau kang lega sikit.Tinggal yg UPU dan maktab.Opss satu lg poli..hehe saje minta banyak.Pastu akan terjadilah dilema nk g mana.

Doakan saya dapat buat keputusan yang terbaik...^_^

0 ulasan:

ni gambar sahabat-sahabat lelaki masa jamuan kelas saya 2007 sahabat-sahabat perempuan yang cun

MY FRIENDS

ni gambar sahabat-sahabat lelaki masa jamuan kelas saya 2007

Hosted by RockYouPhotos.com

sahabat-sahabat perempuan yang cun

Hosted by RockYouPhotos.com

0 ulasan:

assalamualaikum Semoga semua dalam keadaan sihat. Hari ini? Macam biasa. Pagi-pagi tolng jaga Aman. Kadang-kadang ''tension''...

SAD AND HAPPY IN MY LIFE

assalamualaikum

Semoga semua dalam keadaan sihat. Hari ini? Macam biasa. Pagi-pagi tolng jaga Aman. Kadang-kadang ''tension'' gak dengan si Aman ni. Hari-hari nak pergi kedai.Bukan beli apa pun.Membazir je beli permainan tu tapi nak buat apa lagi? Namanya budak. Biasalah.Normal.Saya dulu pun cam tu. Teringat zaman kanak-kanak dulu.Kalau nak sesuatu siap bergolek-golek.Lebih-lebih lagi kalau nampak kereta mainan.Apa saja yang berkaitan permainan kenderaan contohnya,bas,lori dan kapal terbang. Semua saya nak!Jiwa saya dari kecil memang minat tengok kereta-kereta.Suka main permainan yang biasanya budak lelaki main. Dulu tak berapa minat main masak-masak.Kurang sikit.haha!Kalau saya masih simpan koleksi kereta-kereta mainan saya,mungkin dah boleh bukak TOYS SHOP kot.hihi!Sekarang ada sebuah je kereta mainan kesayangan saya. Pacuan 4 roda warna oren yang dibeli masa umur 5 tahun.Ok lagi.Koleksi yang selebihnya dah bagi budak-budak yang datang rumah,yang oren tu saya simpan lagi sebab ada kenangan yang sukar dilupakan di sebalik kisah nak beli mainan tu.


Alamak! Melalut pula pasal zaman dahulu.hehe! Kalau cerita pasal dulu,banyak kenangan.Kalau tulis dalam sebuah buku,ok tak? hehe! Gurau je. Siapalah nak baca kisah hidup saya ni..Kan??
Bosan juga duduk rumah ni sementara tunggu tawaran tapi tak pe la.Masa untuk berehat.Asalkan guna sebaik mungkin,takkan rasa bosan sangat. Sekarang ni tengah nak perbaiki kemahiran berkomunikasi dalam bahasa Inggeris.Buatlah apa yang patut.Saya baca surat khabar NST,tingkatkan ''vocabulary'',dengar dan nyanyi semula lagu Inggeris dan bersembang dengan kawan-kawan siber yang asal dari Eropah.I will try my best.Pray for me!

Oh ye! Baru-baru ni ada apply IKIP pny.Saya baru check.IKIP tawarkan ke Jordan tapi tak tau lagi nak pergi ke tak. Mak macam tak berapa bagi.Saya pun risau akan mak kat Malaysia ni. Keinginan nak belajar kat luar negara tu ada. Saya akan fikirkan dulu.Kalau tak dapat pergi sekarang,satu hari nanti mungkin ada peluang lagi.Belajar kat luar negara dapat timba lebih banyak pengalaman.Belajar kat mana-mana pun ok,asalkan berusaha bersungguh-sungguh,pasti ada kejayaan.Betul tak?Dah usaha kita tawakal pada Yang Maha Esa.

Em...saya nak ambil peluang nak ucapkan selamat berjaya buat sahabat-sahabat yang akan menjalani temu duga untuk biasiswa ke Timur Tengah,khususnya para pelajar dari Al-Khairiah.Saya tak tau pun. Tu yang tak apply.My friend did not told me about it.Maybe dah bukan rezeki saya ke sana.

Setakat ini sahaja coretan saya. Sekian,wassalam...illalliqa'

my friends at Khairiah Islamic school...

Hosted by RockYouPhotos.com

0 ulasan:

alhamdullilah. Hari ini saya bertemu dengan seseorang yang ingin memeluk Islam di myspace. Allah telah memberi hidayah kepada dia. Satu anug...

alhamdullilah

alhamdullilah. Hari ini saya bertemu dengan seseorang yang ingin memeluk Islam di myspace. Allah telah memberi hidayah kepada dia. Satu anugerah yang tidak terhingga. Memang saya ada satu impian. Saya nak sangat bantu apa yg boleh dalam proses bakal saudara baru yang dalam proses ingin mengenal Islam. Hari ni saya mendapat peluang itu. Alhamdullilah. Di samping itu,saya dapat sama2 meningkatkan pengetahuan dalam bidang agama. Saya akan cuba yang terbaik. Saya akan sentiasa menyokong dia. Dia sebaya dgn saya. Namanya biarlah rahsia dahulu. Dia berasal dari Australia dan pernah tinggal di Indonesia. Semuanya bermula apabila dia menetap di Indonesia. Dia jatuh hati pada agama Islam. Saya harap dia akan jadi seorang muslim suatu hari nanti. Jika ada peluang,setelah dia memeluk Islam,saya ingin bertemu dengan dia.Saya akan cuba ajak dia ke sini. Semoga Allah akan permudahkan jalan bagi dia untuk menuju ke arah yang benar. Amin. Doakan dia ya. Peristiwa ni cukup menyentuh hati saya. Betapa Allah berkuasa terhadap sesuatu. Semoga kita semua dalam rahmat Yang Maha Esa

0 ulasan:

assalamualaikum bismillahhirahmanirrahim.... hari ini 9April2008,saya memulakan blog ni. Saya akan mencurahkan apa-apa saja yang patut di si...

salam perkenalan buat semua teman...

assalamualaikum
bismillahhirahmanirrahim....

hari ini 9April2008,saya memulakan blog ni. Saya akan mencurahkan apa-apa saja yang patut di sini. Izinkan saya memperkenalkan diri. Kenalilah saya dengan nama Imah. Kepada teman-teman yang sudah mengenali diri ini,terima kasih saya ucapkan. Saya sekarang duduk di rumah sementara menunggu tawaran untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Doakan saya berjaya mendapat tempat dalam bidang yang saya minati.Saya seorang yang agak pendiam jika teman-teman tidak cuba mengenali saya dengan rapat. Sepupu-sepupu saya sendiri pun akan kata saya ni pendiam tetapi tidak semua,hanya sebahagian daripada mereka. Mungkin sebab kami jarang bertemu.

Mulai sekarang,saya berhasrat hendak belajar bersungguh-sungguh lebih daripada sebelum ini. Mengapa? Saya merasakan kejayaan kita merupakan hadiah yang terbaik buat orang tersayang walaupun kejayaan itu bukan milik kita selamanya. Sekarang saya sedang mencari keyakinan yang lebih terutama apabila berhadapan dengan orang ramai. Saya ni kadang-kadang agak pemalu dan mudah gementar. Saya akan berusaha melawannya untuk tampil dengan lebih berkeyakinan pada masa hadapan.

Saya merupakan bekas pelajar SMAKT Temerloh,Pahang. Saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada warga pendidik SMAKT khususnya. Tidak lupa juga buat keluarga Al-Khairiah yang telah banyak mengajar saya erti kehidupan ketika berada di alam remaja yang penuh dugaan.

Saya juga ingin menyampaikan ucapan terima kasih daun keladi buat warga pendidik di Tabika Kemas Chenor,Sek. Keb. Lebak,Temerloh dan kepada sesiapa sahaja yang pernah berkongsi ilmu dan pendapat dengan saya.Kalian semua adalah guru-guru saya walaupun muda daripada saya. Jasa guru-guru tidak terbalas. Semoga kalian sentiasa dilindungi Allah.

Kepada ibu tercinta,Salmeh bt Ibrahim,akak sayang emak. Semoga emak sentiasa berbahagia dan gembira selalu. Kepada ayahanda,arwah Ahmad Ramli,semoga ayah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.Jasa mak dan ayah amat besar buat diri akak.Akak akan cuba buat yang terbaik.

Salam sayang buat saudara mara saya yang mengenali diri ini. Saya sayang anda semua.Terima kasih kerana terus menyuntik semangat kepada saya.Salam rindu buat para sahabat yang sentiasa dekat di hati saya. Semoga kalian semua berjaya di dunia dan di akhirat.

Sekian saja coretan pertama daripada saya. Illalliqa'

0 ulasan: