Wednesday, July 13, 2016

Trip ke Cherating

Coretan daripada Nor Halimah Ahmad Ramli at 8:55 PM
Bismillahirrahmanirrahim

Haa baru berkesempatan nak update blog setelah sekian lama. Nak share pasal trip kami berdua ke Cherating. Honeymoon hari tu g Cameron Highland tapi tak tulis apa2 entri pun. Kali ni babymoon kah?

Kak Limah dan suami pergi few days before puasa,balik a day before puasa tu. Tugas Kak Limah yg diberi oleh cik abe ialah cari tempat untuk stay dan tempat makan best2. Ni kali pertama nak stay kat sana,selama ni duk lalu lalang je.

Kami bertolak lepas solat Jumaat. Hajat di hati nak stay kat Casa Inn,tempat drama Teman Lelaki Upahan tu shooting tapi fully booked dah. Jadinya Kak Limah book stay kat chalet nama Eastana Cherating Beach Resort. Sampai dalam pukul 4.30pm. Kalau korang sampai lambat,inform je bagitahu lambat sebab weekend chalet kat Cherating memang selalu full. Suami Kak Limah nak yg dekat ngan pantai tapi yang ni agak jauh,200m. Actually xdapat bayangan tempat. Overall ok lah,tapi tak de breakfast lah. Selesa ok sbb keadaan Kak Limah time ni tak leh too tired.

Petang tu kami g pantai berdekatan,memang banyak nau chalet tepi pantai tapi kena pandai pilih la. Harga pun affordable, Kak Limah memang sangat suka tengok pemandangan pantai,encik suami layankan je mak buyong sorang ni,memang betul2 meraikan  pendek kata,




Malam tu suami tanya nak makan kat mana.Tekak mengidam masakan bakar,makanya kami ke sebuah restoran yang agak terkenal di Cherating. Tak jauh dengan chalet kami,tepi jalan otw ke Kemaman, Warung Abu Ikan Bakar. Signboard tulis WAIB. Memang agak full tapi ioulls sanggup tunggu okay,sorry encik suami. Nak merasa gak kat situ. Kitaorang makan ikan siakap bakar,sotong goreng tepung. Marvellous,alhamdullilah memang segar.  Nah ni gambar warung tu time siang. Gigih kitaorang g semula semata nak snap gambo ni tau hehe Sebelum tu ni apa kitaorang makan berdua,alhamdullilah Kak limah tak memuntahkan semua ni,maka berbaloi encik suami belanja makan ni. 


makanan kami

                                                           gambar warung siang

Keesokan harinya kami ke Kuantan,konon nak shopping baju raya kat Giomall. Encik suami layankan je. Habis semua butik masuk tapi tak de yang berkenan,ada yang berkenan pun melebihi bajet jadi wajib dilupakan haha Bella ammara,Minaz,byfatinsuhana semua kak limah terjah cuci mata,terapi sangat ahaha. Lepas tu g ikut encik suami g kenduri bff dia kat Taman Tas. Wah heaven of foods sangat kenduri bff suami aku ni. Macam bazar ramadhan okayyyy.. ayam bakar 2 ketul ioulls makan. Encik suami lagi la semua dia try,keropok lekor,apam balik semua dia angkut ngap. hahaha
dapat jumpaa bff suami. Tema kitaorang pun sama dengan diaorang purple.


gambar kat rumah pengantin,sampai pengantin tukar baju kitaorang ada lagi.haha

Lepas dah kenduri, Kak Limah ajak suami balik chalet sebab rasa mcm letih sangat. Balik tu rehat je. Malam baru keluar balik untuk makan. Makan lagi. Kami makan makanan bakar lagi tapi warung lain pulak. Kat sini cicah air asam dia sedap lagi,ikan lagi segar warung semalam. hehe Seperti biasa gigih weolls datang sebelum balik semata nak snap gambo untuk sesiapa jadikan panduan bila travel ke Cherating nanti.

nampak tangan kak limah tu gigih



Keesokan pagi check out setelah stay 2 malam,kami g pantai dulu,weolls lupa bawak baju nak mandi. Kesian suami kak limah,dah la dia suka swimming. Maafkan ayang,


gambo tepi pantai kitaorang sebelum balik. MILLION THANKS TO MY HERO FOR THIS TRIP,LOVE YOU!

Bye bye cherating, Next trip nak g mana pulak ek hihi
Mari simpan duit dan fikirkan,








0 comments:

 

Flavor of my life Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea