Wednesday, August 27, 2014

Masakan Kampung- Sayur lemak kulit rambai-

Coretan daripada Nor Halimah Ahmad Ramli at 10:04 AM
Bismillahirrahmanirrahim

Apa khabar semua? Harap semua ok. Hari ni dah 1 Zulkaedah kan? Tamatlah sebulan Syawal.
Tahniah bagi yang berjaya puasa 6 :)
Hujung minggu baru ni berkesempatan balik kampung mak kat Chenor,Pahang. Kampung dekat saya.
Tujuan nak jenguk pak cik yang sakit dan jumpa kawan baru yg datang jauh dari Terengganu.

Al-maklumlah kat Pahang sekarang musim buah,alhamdullilah.
Seronok rezekiNya,merasa makan buah duku,buah cempedak,pisang,bidara dan RAMBAI!!
hehe highlight Rambai.

Kali ni nak share resepi kampung. Ok harus diakui dah bertahun lamanya saya teringin makan. Last makan masa tu sekolah lagi ok.. Sekarang dah remaja dewasa gituh :p Dulu orang masakkan,sekarang buatlah sendiri haha Tu lah rutin sepanjang cuti kat rumah,



Bahan-bahan

Kulit rambai (isi tu makan sampai habis yek) :p
Ikan bilis* (ikan sungai lagi syok woo)
Cili api*
Bawang merah*
Santan
Serai*
Kunyit hidup*
Garam secubit rasa

Cara-cara

Tumbuk bahan-bahan bertanda*
Celur kulit rambai utk buang masam, agak-agak dah layu sikit.
Buang air yang dicelur dan basuh bersih.
Biarkan kulit rambai dalam periuk tu.
Masukkan santan dan bahan-bahan bertanda *
Masukkan garam secukup rasa.


Selamat mencuba :)

0 comments:

 

Flavor of my life Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea