Wednesday, June 19, 2013

Alhamdullilah

Coretan daripada Nor Halimah Ahmad Ramli at 1:21 AM
Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdullilah selamat menyemak keputusan peperiksaan semester lepas.
Terasa masa berlalu bagaikan angin yang bertiup kencang.
Alhamdullilah di atas kurniaan dan rezekiMu.
Sesungguhnya apa yang Dia berikan buat saya,saya pasti itu yang terbaik.
Kerna tiada siapa pun yang mengenali saya lebih daripada Dia:)

Terima kasih kepada mak saya. Saya tahu dialah insan yang tak henti-henti mendoakan perjalanan saya ini.
Mak adalah insan yang sangat istimewa di hati saya.
Buat ayah, moga tenang di sana. Hanya doa yang mampu saya kirimkan buatmu,ayah.
Akak rindu ayah sampai termimpi-mimpi ayah sepanjang minggu ini. Semoga ayah ditempatkan dikalangan orang beriman. Kasih sayang mak dan ayah takkan pernah padam dalam lipatan kisah hidup saya.
Kerna bagi saya,merekalah yang banyak mengajar dan mencorakkan saya:)
Terima kasih buat semua pensyarah di UIA.
Mendidik dan mencurahkan ilmu buat saya dan sahabat-sahabat.
Berbaki satu semester lagi untuk LLB.InshaAllah.
Pastinya saya mengharapkan semua berjalan lancar. InshaAllah.
Buat semua sahabat yang bersama saya dalam perjuangan ini,moga kejayaan itu milik kita.
Ayuh terus menggapai bintang di langit seiring usaha yang menggunung. Terima kasih juga kerana selalu bersama saya dalam kisah ini sampai ke tahap ini.
Tahniah buat semua yang sudah menamatkan pengajian. Selamat melangkah ke alam baru . Doakan kami ya:)

Akhir kata, percayalah ketentuan-Nya itu yang terbaik.
Terima dan belajarlah daripada setiap kisah hidup kita. Allah itu Maha Mengetahui. Akhirnya, pasti ada hadiah daripadaNya.
 Hadiah itu tidak semestinya perlu dibalut indahnya, ada hadiah yang Dia balutkan dengan ujian dan dugaan, tetapi yakinlah di akhirnya pasti ada pelangi indah yang menanti kita di akhir balutan itu.

Wassalam.

0 comments:

 

Flavor of my life Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea