Thursday, October 25, 2012

Eid al-Adha :)

Coretan daripada Nor Halimah Ahmad Ramli at 4:33 PM
Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdullilah, masih diberikan ruang dan peluang untuk terus berada di pentas dunia ini.
Mengecap pelbagai nikmatNya yang tak terhitung.
Esok, seluruh umat Islam di Malaysia akan menyambut hari raya Aidiladha,inshaAllah.
Lagi besar pengertiannya buat semua jemaah haji kerana jatuh pada hari ini,paling penting saatnya berwuquf yang merupakan salah satu dari rukun Haji. Teringat ketika menunaikan haji pada 2005:) Semoga beroleh haji yang mabrur buat semua jemaah haji tahun ini,inshaAllah.

Apakah kisah di sebalik Aidil Adha yang kita raikan dan nantikan ini?

Pada suatu hari Nabi Ibrahim bermimpi, dalam mimpinya itu Allah menyuruh Nabi Ibrahim menyembelih anaknya yang bernama Ismail. Selepas dari mendapat mimpi itu, Nabi Ibrahim pun memberitahu isterinya yang bernama Siti Hajar.

Maka Nabi Ibrahim, Siti Hajar dan Ismail pun berbincang mengenai perkara tersebut. Siti Hajar berkata, “Mungkin mimpimu itu hanya mainan tidur saja tetapi kalau mimpi itu merupakan wahyu, wajiblah dituruti.” Apabila mendengar kata-kata ibunya, Ismail berkata kepada bapanya, “Ayahku, sekiranya ini merupakan wahyu dari Allah S.W.T., aku sedia merelakan diriku untuk disembelih.”

Setelah persetujuan dicapai, keesokan harinya Nabi Ibrahim pun membawa puteranya Ismail untuk disembelih. Hal ini telah sampai kepada pengetahuan orang ramai. Hal ini membuat orang ramai takut sehingga ada yang mengatakan, “Nampaknya Nabi Ibrahim mungkin sudah gila hinggakan mahu menyembelih anaknya sendiri. Kalau kita biarkan perkara ini, nanti kitapun akan dibunuhnya.”

Walau apapun yang diperkatakan oleh orang ramai, namun Nabi Ibrahim tetap menjalankan tugas yang diperintahkan oleh Allah S.W.T terhadapnya. Setelah Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail sampai pada tempat yang dituju, berkatalah anaknya, “Wahai ayahku, aku fikir cara yang baik untuk menyembelih adalah dengan cara aku disembelih dalam keadaan menelungkup tapi mata ayah hendaklah ditutup. Kemudian ayah hendaklah tahu arah pedang yang tajam dan ayah kenakan tepat kepada leherku.”

Kemudian Nabi Ibrahim pun melaksanakan perintah yang Allah S.W.T perintahkan dalam mimpinya. Baginda pun mengucapkan kalimah atas nama Allah lalu memancungkan pedangnya pada leher anaknya itu. Maka terperciklah darah mengenai badan Nabi Ibrahim. Sebagai seorang manusia biasa, Nabi Ibrahim pun menggeletar dan membuka penutup matanya.
Tetapi alangkah terperanjatlah apabila melihat yang disembelihnya itu bukanlah anaknya melainkan seekor kibas. Dengan memuji kebesaran Allah S.W.T, kedua-duanya pun berpeluk-peluk sambil bersyukur kepada Tuhan kerana memberi kekuatan sehingga dapat melaksanakan amanat dari Allah S.W.T. Bermulalah kisah ibadat korban pada hari yang mulia ini.



surah Ash-Shaffat ayat 101 hingga ayat 111

١٠١فَبَشَّرْنَاهُ بِغُلَامٍ حَلِيمٍ 

101. Maka Kami beri dia kabar gembira dengan seorang anak yang amat sabar.

فَلَمَّا بَلَغَ مَعَهُ السَّعْيَ قَالَ يَا بُنَيَّ إِنِّي أَرَى فِي الْمَنَامِ أَنِّي أَذْبَحُكَ فَانظُرْ مَاذَا تَرَى قَالَ يَا أَبَتِ افْعَلْ مَا تُؤْمَرُ سَتَجِدُنِي إِن شَاء اللَّهُ مِنَ الصَّابِرِينَ ﴿١٠٢

102. Maka tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup) berusaha bersama-sama Ibrahim, Ibrahim berkata: “Hai anakku sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahwa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah apa pendapatmu!” Ia menjawab: “Hai bapakku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu; insya Allah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar”.

فَلَمَّا أَسْلَمَا وَتَلَّهُ لِلْجَبِينِ ﴿١٠٣

103. Tatkala keduanya telah berserah diri dan Ibrahim membaringkan anaknya atas pelipis (nya), (nyatalah kesabaran keduanya).

وَنَادَيْنَاهُ أَنْ يَا إِبْرَاهِيمُ ﴿١٠٤

104. Dan Kami panggillah dia: “Hai Ibrahim,

قَدْ صَدَّقْتَ الرُّؤْيَا إِنَّا كَذَلِكَ نَجْزِي الْمُحْسِنِينَ ﴿١٠٥

105. sesungguhnya kamu telah membenarkan mimpi itu”, sesungguhnya demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik.

إِنَّ هَذَا لَهُوَ الْبَلَاء الْمُبِينُ ﴿١٠٦

106. Sesungguhnya ini benar-benar suatu ujian yang nyata.

وَفَدَيْنَاهُ بِذِبْحٍ عَظِيمٍ ﴿١٠٧

107. Dan Kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan yang besar.

وَتَرَكْنَا عَلَيْهِ فِي الْآخِرِينَ ﴿١٠٨

108. Kami abadikan untuk Ibrahim itu (pujian yang baik) di kalangan orang-orang yang datang kemudian,

سَلَامٌ عَلَى إِبْرَاهِيمَ ﴿١٠٩

109. (yaitu) “Kesejahteraan dilimpahkan atas Ibrahim”.

كَذَلِكَ نَجْزِي الْمُحْسِنِينَ ﴿١١٠

110. Demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik.



Demikianlah kisah di sebalik aidil adha:)

Akhir kata, selamat menyambut aidil adha,selamat pulang ke kampung,selamat menunaikan ibadat haji. Semoga kita mampu mengambil intipati pengajaran di sebalik pengertian aidil adha :)

Wassalam.

N.H.A.R 1608

0 comments:

 

Flavor of my life Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea