By NORHALIMAH

Berkongsi rasa,tips dan cerita

LightBlog

bismillahirrahmanirrahim. pagi di Uia,menggamit seribu memori. sudah lama saya tidak melayangkan pena untuk berbicara atau lebih tepat ...

Tinta Emas.Layar Perak.



bismillahirrahmanirrahim. pagi di Uia,menggamit seribu memori. sudah lama saya tidak melayangkan pena untuk berbicara atau lebih tepat sudah lama saya membiarkan papan kekunci laptop sepi tanpa sebarang bicara.
alhamdullilah minggu ini,saya berpeluang hadir dalam majlis ilmu yang bertajuk Pesona Tinta Emas dan Layar Perak. Tajuk yang cukup indah menampilkan dua personaliti yang tidak asing lagi, Prof.Dr Harlina Siraj yang aktif dalam bidang penulisan dan Wardina Safiyyah yang sudahpun melakar nama dalam bidang penyiaran.

Tinta Emas.


Firman Allah:

Yang mengajar manusia dengan pena dan tulisan( Surah Al-Alaq:4)


Bait-bait penulisan yang bererti yang cuba si penulis sampaikan buat pembacanya.
Sedangkan skrip dalam filem mahupun drama juga berasal daripada bicara tinta. Menuturkan kata kadang-kadang mungkin sukar. Saya sendiri adakalanya lebih memilih melayangkan pena berbanding menuturkan bicara. Tatkala pena memulakan bicara,segala yang terbuku di hati mula memenuhi setiap ruang kosong helaian kertas mahupun helaian blog di alam siber. Menulis itu minat saya mungkin. Saya suka akan bait kata-kata yang indah. Tulisan Dr.Harlina antara yang menjadi pilihan saya. Dekat dengan jiwa pembaca seperti saya,itu antara kuasa tinta yang bertakhtakan emas. Menulis juga dapat menyampaikan ilmu. Penulisan antara salah satu mediumnya.

Sebagaimana hadis Nabi s.a.w :
Sampaikanlah walaupun sepotong ayat.

Namun begitu,mungkin ada di antara kita yang terfikir,apa yang kita nak tulis.
Tulislah apa sahaja yang mampu memberikan manfaat pada orang lain juga. Mungkin kisah anda mampu membuatkan seorang insan berfikir dan memberi semangat buat insan lain. Siapa tahu ketika pena anda bertinta,ia mampu menggetarkan jiwa seseorang memikirkan kekuasaan Yang Maha Esa? Insha Allah, tinta anda juga seperti emas yang sangat berharga.

Layar Perak.


Layar perak menggambarkan dunia penyiaran.
Fenomena dunia layar perak cukup menguji kita semua. Saya kagum dengan semangat Kak Wardina. Tetap utuh di persada layar perak dengan niat yang murni.Bait katanya membuatkan saya terfikir,mengapa bila ada sesuatu yang mungkar,kita biarkan saja. Mengapa tidak kita perjuangkan yang benar itu. Memang benar kata Dr Harlina.
Tak semua insan diuji dengan paras rupa yang cantik.

Tak semua juga diuji dengan bakat yang istimewa.

Tak semua diuji dengan jumlah peminat yang menggunung tinggi.
Ujian itu memang benar mampu menguatkan kita jika kita berpaksikan pada tiang agamaNya.
Jangan terus mengata. Lebih baik mendoakan. InshaAllah siapa tahu layar perak kemudian hari bakal dikuasai dengan asas-asas Islam itu sendiri. Kesimpulannya,forum kali ini penuh dengan ilmu-ilmu baru. Rasa bahagia bila diberikan peluang untuk hadir di dalamnya.

Semoga tinta emas dan layar perak akan terus menyinar dengan cahaya Islam yang satu.

Wassalam

NHAR 1608

0 ulasan: