Saturday, May 14, 2011

kisah cuti-cuti Sabah

Coretan daripada Nor Halimah Ahmad Ramli at 4:09 PM



Bismillahirrahmanirrahim.

16 April 2011
Selepas solat maghrib di rumah Paman Seman di Pandan Indah,kami menuju ke LRT terdekat. Kami menaiki LRT dari Pandan Indah ,menarik juga menyelusuri ibu kota negara pada waktu malam. Kami menuju ke KTM Bandaraya,agak menakutkan suasana KL malam tu. Sini sana ada suara budak-budak yang melepak tak tentu arah. Kami beriringan bersama. Dari Bandaraya,kami menuju ke KTM Serdang. Sampai di Serdang,abang Nadzirah menghantar kami terus ke KLIA.Terima kasih kepada Abang Nadzirah. Alhamdullilah selamat tiba di KLIA lebih kurang jam 10 lebih. Sempat pusing KLIA bersama Kashrah. Lepas tu dengan Nadzirah. Kami berehat sebentar. Masing-masing sibuk menghubungi keluarga dan rakan-rakan. Saya pula merakamkan detik bermulanya perjalanan kami ke sana dengan handycam yang dibawa. Malam tu kami berehat di surau KLIA.

17 April 2011
Tepat jam 12,hari lahir Su. Di KLIA. Lepas tu kami sambut ala kadar di KFC KLIA. Selamat hari lahir Cik Su.
Penerbangan kami dijadualkan pada jam 6.55 pagi dari KLIA. Kami menunggu dari malam. Lebih kurang jam 4.30 pagi,kami check-in bagasi-bagasi. Hanya bagasi saya dan Nadzirah. Sempat lagi beli tambah berat beg untuk pulang nanti,sebab dah tau kemungkinan beg akan beranak. Memandangkan penerbangan lambat lagi,kami duduk dulu. Check in di kaunter A8. Penerbangan dari KLIA dengan FIREFLY,semoga selamat sampai.Dalam penerbangan,semua melelapkan mata sebab ngantuk sangat. Mujur sempat terjaga sebelum mendarat. Subhanallah pemandangan laut yang memukau. Subhanallah sangat cantik dan indahnya laut biru yang terbentang ibarat sebuah hamparan. Ditambah dengan pulau-pulau di sekitarnya.Itulah antara keistimewaan Sabah di mata saya.

9pagi
Alhamdullilah,selamat tiba di bumi Sabah. Menjejakkan kaki di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. Kami dijemput oleh adik angkat mak,Pak Cik Awang. Sudah 23 tahun mak tak ke Sabah semenjak 10tahun bermastautin di sana. Perjalanan seterusnya menaiki Toyota Fortuner ke Beaufort,salah sebuah daerah di Sabah.

Sebelum ke Beaufort,Pak Cik Awang bawa kami ke Tanjung Aru,kawasan tepi pantai. Sampai je terus dibawa ke pantai,memang kami teruja! Kami terus berlari menuju ke arah deruan ombak yang memukul pantai. Subhanallah,indahnya dan menenangkan. Ini antara pantai yang kami lihat dari kapal terbang tadi.Pak Cik Awang belanja sarapan. Sarapan tepi pantai gitu=)
Setelah selesai merakamkan gambar dan sarapan,kami dibawa bersiar-siar menaiki kereta di sekitar Kota Kinabalu.Besar juga ibu negeri Sabah ni. Ada muzium,masjid negeri,muis dan banyak lagi.
Perjalanan ke Beaufort diteruskan lagi,menyelusuri desa dan pekan. Mak petah berborak dengan pak cik.Su dan Kashrah tidur.Saya dan Nadzirah pula asyik memerhatikan suasana sekeliling. Pada saya,suasana itu ada bezanya. Ditemani sang laut yang membiru. Rumah-rumah yang berbaris. Tak kurang juga manusia yang sibuk dengan urusan masing-masing.

Kami berehat dan berkenalan ^_^


Alia,budak Sabah

18April 2011

Awal pagi dah bangun. Sarapan 6.30pagi. Boleh dikatakan sarapan paling awal. Pagi-pagi tu tak rancang ke mana asalnya.
Pukul 11 tiba-tiba kami bertolak keluar untuk ke rumah Fyza. Di sana susah nak dapat kenderaan awam. Tunggu punya tunggu tak tiba juga van sapu.
Akhirnya kakak yang mak kenal hantar kami ke pekan Beaufort. Malangnya sampai di sana,keretapi pertama dah selamat jalan. Keretapi seterusnya untuk ke Papar pukul 4.30 petang. Lambat lagi.
Kami berehat di masjid sambil memikirkan nak pergi ke tak. Kalau naik keretapi ke 2 maksudnya kami perlu bermalam di rumah Fyza.Akhirnya kami bersepakat nak bermalam di Papar.


keretapi di stesen Beaufort

Pukul 5 barulah keretapi berjalan,pertama kali naik keretapi. Selalu naik LRT.STAR,monorail. Ada hikmahnya bila keretapi lambat,dapat tengok pemandangan menyelusuri desa.
Alhamdullilah,akhirnya tiba di rumah Fyza di Kg Benoni,Papar selepas dijemput mama Fyza,terima kasih,mak cik^_^
Malam tu makan malam mama Fyza sediakan,sedap,terima kasih.
19 April 2011
Pulang semula ke Beaufort. Tertinggal lagi keretapi,kami naik van teksi pulang ke pekan Beaufort dengan harga RM 50.Hari ni kami berehat.
Malam tu kami memenuhi undangan ke rumah Aunty Afsah. Terima kasih,sangat sedap. Paling best ikan kat sini segar-segar dan sotong yang sedap. Main-main dengan si kembar dan pulang semula ke rumah nenek.

si kembar dan faris comel^_^

20 April 2011
Hari ni pukul 8 lagi kami dah siap. Nak ke Labuan. Kami tunggu bas dari KK depan rumah je ditemani adik angkat, Yus. Kesian Yus ponteng sekolah sebab nak temankan kami ke Labuan.
Pukul 9 kami naik bas ke Menumbok. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 4o minit. Tambang RM9,kira harga dari KK.
Untuk sampai ke Labuan,perjalanan pergi kami memilih untuk menaiki bot laju. Memang laju,lebih kurang 20 minit dah sampai. Terasa sangat bila dipukul ombak,terasa dilambung-lambung.
Kami tiba di Labuan dengan selamat,alhamdullilah. Kami menaiki 2 buah teksi ke Muzium sukan air Labuan. Tambang RM8 satu kereta. Masuk muzium tu,free in charge pula tu,seronoknya^_^


kami di Labuan

Selepas tu,kamu ke UK,upss...
Bukan UK United Kingdom tapi Ujana Kewangan,salah sebuah shopping complex di Labuan. Sempat beli cenderahati. Di sana,kami bertemu dengan anak angkat mak,Abang Jiji. Anak angkat mak,jadi dia bolehlah dikatakan abang angkat saya kot? Terima kasih Abang Jiji belanja kami makan yer!

Lepas tu kami kembali ke jeti,betullah Labuan ni tak besar mana. Kami beli coklat,banyak jugak.



Muzium Air

Kami pulang ke Menumbok menaiki feri dengan harga RM5 seorang,berbeza kan? Perjalanan ambil masa sejam lebih. Boleh tengok pemandangan laut yang terbentang luas. Saya lebih suka feri walaupun ambil masa lama tapi dapat menyaksikan panorama keindahan laut yang membiru ,tenang mata memandang.
Dari Menumbok ke rumah,kami rehat je dalam bas,kepenatan agaknya. Yus pun sama je.

Malam tu,ada 2 jemputan makan. Orang Sabah ni memang baik-baik dan ramah belaka.
Rumah pertama,rumah si yus,mamanya aunty Rosmah ajak makan.
Paling istimewa permintaan kami ditunaikan,dapat makan ambuyat.Ambuyat ni salah satu makan tradisi di Sabah. Sedapnya! Terima kasih.


ambuyat


Lepas tu kami ke rumah Mak cik Yus,makan mee sup. Alhamdullilah rezeki kami.

21April 2011
Hari ni tak ke mana,ada kenduri arwah di rumah nenek.
Menarik sebab berpeluang belajaer tentang budaya lain.

22April 2011
Pagi-pagi lagi sudah bersiap. Kami nak meninggalkan Beaufort. Rasa sayang pulak. Terima kasih semua. Pak Cik Awang dan adiknya Pak Cik Udin hantar. 2 buah kereta. Mak dibekalkan dengan macam-macam. Beg pun dah mula beranak. Sampai di KK,ayah Attia dan Attia ambil. Sempat pak cik bawa kami pusing-pusing KK sekejap sebelum pulang ke rumahnya. Tengok Yayasan Sabah,DBP Sabah,Masjid dan macam2 lagi.Ups lupa kami sempat pusing UMS tu.
Berehat sebentar di rumah Attia.
Petang tu,kami dibawa ke pasar kraftangan atau lebih dikenali sbg pasar Filipina. Masa untuk “shopping”. Tak de la banyak sangat kami beli,setakat kemampuan je. Lepas tu kami pulang semula ke rumah Attia. Malam tu Mama Attia masak nasi ayam ekspress. Sedap,terima kasih mak cik^_^

23 April 2011

Hari ni kami dibawa pusing-pusing KK.


muzium sabah

Destinasi kami yang pertama ialah Muzium Sabah. Alhamdullilah sampai dengan selamat. Pak cik yang bawa kami,terima kasih. Adik Attia pun ikut sekali. Seronok menyelusuri tinggalan sejarah. Lawatan sambil belajar,itu yang penting.

Selepas itu,kami ke pasar ikan masin.Beli lagi. Kami juga dibawa melihat shopping complex di sekitar. Menariklah KK ni sebab tepi laut,boleh Nampak Pulau Gaia dari KK,dekat je. Tepi laut? Macam K.T,ada seorang sahabat tu kata.

Lepas tu,kami ke 1 Borneo,pusat beli-belah paling besar di Sabah,macam Suria KLCC. Boleh tahan besarnya.

Balik tu agak penat.Malam tu kami menghabiskan masa dengan mengemas barang-barang. Yalah esok sudah mau pulang bha. Yus sms kata,’kak,mesti tengok sabah puas2 malam ni ya”. Terima kasih dik^_^

24 April 2011

Masa untuk pulang. Pagi lagi kami sudah bertolak. Kenapa ya? Sebab nak beli extra baggage punya pasal. Memang sah pun lebih berat. Penerbangan kami pukul 4.1o petang. Sempat lagi shopping terakhir di KKIA Kota Kinabalu International Airport. Kali ni kami makan dalam penerbangan Fireflyz.


fireflyz di awangan
Semua pun dah lapar.

Alhamdullilah kami selamat tiba di KLIA.Paman Seman sekeluarga dah menanti,terima kasih paman^_^.Malam tu bermalam di rumah paman. Esok dah nak berpecah.

Akhir sekali,

Saya nak ucapkan terima kasih terutama kepada geng cuti saya.

Mak,Kashrah,Su dan Nadz. Tak lupa Fyza.

Buat semua keluarga di Sabah dan Attia sekeluarga.InshaAllah ada rezeki berjumpa lagi di Sabah^_^

Maaf baru update ya. Walaupun cuti,tetap ada kerja. Wassalam.=)





0 comments:

 

Flavor of my life Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea