Monday, March 21, 2011

Doakan saudara kita di Libya

Coretan daripada Nor Halimah Ahmad Ramli at 2:06 PM
Bismillahirrahmanirrahim.

Rasanya semua dah tahu apa yang berlaku dalam dunia kita hari ni.
Saban hari,manusia rakus dengan kuasa yang sementara sehingga sanggup mengorbankan nyawa-nyawa yang tidak bersalah.
Libya diserang.
Itulah yang berlaku.
Beberapa hari lepas,saya hanya mendengar desas-desus mengenainya di dada akhbar.
Hari ini sudah pun menjadi realiti.
Amerika Syarikat dan beberapa lagi sekutunya bertindak menyerang bumi Libya.
Di mana nilai perikemanusiaan?
Saya sangat sedih dengan apa yang terjadi.Mengapa perlu masuk campur dan ambil kesempatan?
Pemimpin tertinggi Libya pula tak habis-habis dengan kata-katanya.
Mangsanya? Sudah pasti rakyat yang tak bersalah.
Dunia sudah tak aman,sana-sini hanya memikirkan dunia semata-mata.
Itulah manusia,tak pernah puas dengan apa yang ada.
Mari kita sama-sama mendoakan saudara kita di tanah arab tersebut.
Moga ada sinar kesejahteraan dan keamanan buat mereka.
Moga bumi Libya kembali aman seperti sediakala.Ameen.
Jadikan renungan apa yang berlaku.

0 comments:

 

Flavor of my life Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea