Wednesday, November 24, 2010

cerita semalam

Coretan daripada Nor Halimah Ahmad Ramli at 2:44 PM
bismillahirrahmanirrahim.
semalam?memang menyeronokkan bagi saya.
entah kenapa saya merasa sedikit lega dari masalah yang ada di kotak fikiran ini.
tepat pukul 10,seperti yang dijanjikan,saya pergi menemani Mak Cik Sari membawa anaknya,Nor ke klinik,maklumlah dah cukup setahun rupanya adik comel ni.
Saya,mak,Mak Cik Sari,Nor serta Angah yang turut serta dalam "rombongan" ke klinik pagi semalam.hehe.
Angah perlu ke sana untuk diambil darahnya,sebab demam.
Telatah Nor sangat mencuit hati saya,mulut riuh tapi belum jalan lagi.
Mak kata sama je macam saya.Mulut dulu baru kaki.hehe.
"Akak","Ayah","Ajah","A dog","Jatuh","Mak"....Antara patah perkataan yang terpacul dari mulut si kecil ni. Sungguh comel,duduk pun tak diam.
Sampai di klinik,Angah ke bahagian lain,Angah dah cukup besar,tak perlu teman kot.hehe.
Saya,mak,Mak Cik Sari dan Nor menuju ke "gerbang dunia si ibu dan si anak".
Apa tu? Klinik Ibu dan Anak.
Belum pun saya menjejakkan kaki ke dalam,mata saya terpaku melihat gelagat anak-anak kecil yang masih bayi.
Ada yang menangis,ada yang ketawa,ada yang bertatih berjalan,ada yang berlari,ada yang merengek,macam-macam ada lah pendek katanya!
Tak kurang juga gelagat si ibu dan ayah. Lucu jugak.
Masuk ke sana,serba salah nak tengok bayi yang mana.Sebelah ada,belakang ada,tepi ada..
Tapi bila masuk je seorang bayi lelaki ni,saya asyik pandang dia je,sebab tersangat comel dan tembamnya dia,anak cina,sepet matanya.Geram saya melihatnya.
Dapat juga saya cubit pipi dia yang tembam.
Nampak seorang budak perempuan cina yang saya kira berusia setahun lebih.
Mak kata dia macam saya masa kecil. Rambut,muka,mata...
Betul,bila saya teringat gambar saya sewaktu kecil,macam dia.
Saya melangkah lebih dekat dengan bilik pemeriksaan.
Saya lihat telatah mereka yang comel-comel.
Nor pun menangis bila disuntik,kesian dia,tapi yang lucunya boleh pulak dia panggil mak cik kat jururawat yang cucuk dia.
Sabar jelah jururawat kat situ.Pokoknya,saya belajar banyak hari semalam.
Hari ni Nor macam biasa,mulut riuh. Dengar suara saya pun,dia dah boleh cam.
Bijak-bijak..Siap panggil akak lagi. Gembira^_^
Dari perkara semalam...Ingatlah.
Bukan senang nak membesarkan kita ni,jadi jangan jadi anak derhaka ye,kawan-kawan!

0 comments:

 

Flavor of my life Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea