Sunday, January 31, 2010

macam-macam

Coretan daripada Nor Halimah Ahmad Ramli at 12:02 AM
bismillahirrahmanirrahim

jujurnya,masih belum puas tinggal untuk masa yg lama di rumah ni
rumahku syurgaku.
walaupun saya ni boleh dikategorikan yg selalu balik tp i'll miss my home and my mum.
saya nak minta maaf kat Kimi,Su dan Bella,selalu je hilangkan diri.
walaupun kadang2 saya tak balik rumah pun.
saya ke satu tempat,tak jauh dr kampus kita sebenarnya.
maaf,apapun korang tetap saya sayang.
esok dah nak balik.
tak puas duduk kat rumah
tetapi saya perlu pergi
pergi menggapai cita-cita dan harapan
berjuang di muka bumi ni.
doakan saya,minggu2 yang sibuk bakal dilalui.
ada exams ,ada assignments, ada presentations.
biasalah,kehidupan seorang pelajar.
tak lari daripada semua itu kan.

petang tadi saya keluar dengan mak.
kenapa saya rasakan semua yang ada pelik hari ni atau saya yang pelik ha?
pertama,hari ni ramai sangat orang kat bandar.
susah nak lalu kereta.
Mungkin sbb Thaipusam dan orang baru dapat gaji,nak shoppinglah tu.
Saya keluar nak cari barang2 sikit.Untuk insan2 yg istimewa dalam hidup saya.
Kedua,kenapalah banyak sangat kenderaan beratur nak cuci kereta kat satu kedai ni??
tak pernah saya tengok mcm ni,saya rasa macam nak g je
saya baca ada promosi rupanya.RM 2 utk kereta RM 4 utk van dan seangkatan dgnnya.
Ramai sangat lah tapi macam best.
Tak pe lain kali saya bawak cuci "my cutie" ni.
Ketiga,apasal saya tengok semua barang kat kedai saya nak?
tidak...jangan..
alhamdullilah,saya tak delah membazir.
tak beli apa sangat.
jumpa angah kat bandar ngan suami dia.
sempat juga saya tegur.
balik je,dalam kereta,masa tengah memandu saya nampak kucing kena langgar.
automatik saya kata,"Mak,kucing meninggal.Kesian dia"
Hampir2 saya nak tekan brek.Tapi saya ingat apa risikonya.Nanti ada pulak yang berlaga dengan kereta saya.

cuti ni jugak,saya rasa rindu sangat kat ramai org.kenapa?
paling saya ingat arwah ayah.
5Febuari ni cukup 3 tahun ayah pergi meninggalkan saya.
saya rasa rindu nak guna perkataan ayah yang hanya saya sempat gunakan selama 16tahun.
saya betul2 rindukan ayah.
tak lupa juga kenangan bersama arwah nenek.
saya juga bakal merindui mak saya.
saya harap sangat saya dapat balik hari lahir mak kali ni.
11 Febuari tapi nampaknya saya balik lewat dari tarikh itu.
Maafkan akak. Apapun,akak tetap sayang mak.
Pengorbanan mak, segalanya yang mak dah curahkan tak terbalas.
Terima kasih,mak.Akak sayang mak.Walaupun akak tau mak takkan baca blog akak.
Akak harap insan2 yang sedang membacanya,janganlah sesekali sakiti mak dan ayah.
Selagi masih ada peluang,sayangilah mereka.
Saya juga rindu kat sahabat baik saya yang dah 2bulan saya tak jumpa.
Saya tak tau bila nak jumpa sbb saya ada "something" utk awk.
Untuk sesiapa saja yang saya pernah kenal,saya hargai perkenalan kita.
Petang tadi saya cuci gambar yang ada dalam koleksi saya.
Sukanya saya bila tengok gambar2 tu.
Dah tu salah satu hobi saya,memanglah saya suka kan.
Satu lagi perkara yang saya nak akui.
Cuti kali ni saya belajar banyak perkara.
Daripada kisah-kisah insan di sekeliling saya.
Memaparkan beribu kisah buat renungan saya.
Tak lupa kisah yang terjadi pada diri saya sendiri.
Saya bukanlah insan yang sempurna tetapi saya masih belajar tentang kesempurnaan.

Sekian saja.Esok dah nak balik.
Tak nak balik,boleh tak?
Mana boleh awak ada tanggungjawab ,Nor Halimah
Smg saya dikuatkan semangat.
 

Flavor of my life Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea