Sunday, December 27, 2009

Kamu mampu melaluinya,sahabatku tersayang.

Coretan daripada Nor Halimah Ahmad Ramli at 2:21 AM
assalamualaikum
alhamdullilah sudah hampir sebulan saya menjalani kehidupan degree di kampus baru.
banyak tugasan sudah diterima.
minggu lepas dan minggu ini saya kira minggu yang cukup menguji erti kesabaran,kejujuran,kepercayaan,kekuatan dan sebagainya.
mungkin jika dilihat dari luaran,saya seperti biasa saja.
tapi dalam hati Allah saja yang tahu.
Saya baru sahaja membaca blog insan yang cukup istimewa di hati saya.
Entri yang membuat saya terkenangkan segalanya.
Dia adalah antara insan yang mempunyai pengaruh besar dalam kehidupan saya.
Hampir segalanya tentang saya,dia tahu dan begitu juga sebaliknya.
Saya tahu saat ini dia diuji dengan sesuatu yang lebih hebat daripada saya.
Saya hanya mampu memberikan kata-kata semangat buat dia dari jauh sahaja.
Namun,saya harapkan kata-kata itu mampu memberikan dia sedikit kekuatan untuk terus bangun menghadapi realiti hidup.
Saya faham,mungkin ini bukan masanya untuk dia ceritakan segalanya kepada saya.
Bila rasa nak cerita,saya setia untuk mendengar.
Saya pun ada cerita yang nak dikongsi.
Pasal yang lepas tu,kita lupakan saja ya.
Bukan kali pertama kita salah faham.Kita boleh atasinya=D
Saya sayang awak.Saya rindu awak juga.
Pasal puding tu,saya ada baca kat blog awak.
Jangan risau,bila kita jumpa saya buatkan puding kesukaan awak.
Kemudian saya nak awak habiskan semuanya.huhu.
Nampak puding,ingat saya ye?
Akhir kalam,
Carilah Allah saat susah mahupun senang.
Pasti Dia ada jawapan yang terbaik untuk kamu,sahabatku.

3 comments:

Fauzan said...

semoga persahabatan kamu berdua berkekalan..
=)

~najihah faizah azaman~ said...

bagusla. kwn yg baik akan doakan ksejahteraan utk kwnnya,
gud luck ditempat baru..!

Nor Halimah said...

inshaAllah>Fauzan
Terima kasih akak>Najihah

 

Flavor of my life Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea