By NORHALIMAH

Berkongsi rasa,tips dan cerita

LightBlog

Malam berlalu dengan pantasnya.. Tanpa menunggu kita. Lagi beberapa jam sinar mentari akan menerpa kita yg asyik dilena mimpi. Saya belum la...

Saya keliru,inilah ujian buat saya.

Malam berlalu dengan pantasnya..
Tanpa menunggu kita.
Lagi beberapa jam sinar mentari akan menerpa kita yg asyik dilena mimpi.
Saya belum lagi melelapkan mata saat ini.
2-3 hari ini saya terus memikirkan adakah betul apa yang saya lakukan.
Masih mencari-cari dan mengharapkan petunjuk dari-Mu,Ya Rabb!
Bantulah hamba-Mu ini.
Saya mahu yang terbaik buat semua.
Masih banyak tanggungjawab yang belum tertunai oleh saya.
Yang saya pasti menjadi harapan dan impian semua yang sentiasa di sisi saya.
Berada dekat di samping keluarga dan banyak masa lapang saya habiskan bersama kaum keluarga terdekat membuatkan saya terfikir berkali-kali soal ini.
Harapan mereka menggunung tinggi.
Saya perlukan mereka.
Sokongan mereka amat saya hargai,membuatkan saya bangkit semula dengan semangat yang baru.
Adakah betul tindakan saya?
Saya masih mencari jawapan yang terbaik.
Kepercayaan adalah sesuatu yang sukar buat saya tetapi jika sudah percaya,saya akan percaya.Susah untuk saya percaya buat kali kedua jika sudah dikhianati.
Jadi,perlukah saya percaya?
Masih menjadi tanda tanya dalam kotak fikiran saya.

0 ulasan: