Tuesday, November 03, 2009

Kematian itu suatu yang pasti.

Coretan daripada Nor Halimah Ahmad Ramli at 12:58 AM
Maksudnya"Tiap-tiap jiwa merasakan mati; kemudian kepada Kami kamu dikembalikan." (29:57)
Awal pagi ini,saya baru sahaja pulang dari menziarah jiran saya.
Kehilangan tunggak utama keluarga sudah pernah saya rasai 2 tahun lalu.
Takziah saya ucapkan buat mereka sekeluarga.
Peristiwa malam ini cukup untuk mengimbas peristiwa yang berlaku kepada saya dulu.
K.E.H.I.L.A.N.G.A.N dan P.E.R.P.I.S.A.H.A.N.
Perginya ayah tersayang.
Setiap yang hidup pasti akan kembali kepada Penciptanya.
Esok lusa siapa tahu mungkin kita pula pergi menemui Yang Maha Pencipta.

Mungkin saya atau anda?

Kita tidak tahu bilakah masa kita.
Hati saya cukup memahami situasi malam ini.
Ya Allah,kuatkanlah hati mereka sekeluarga sepertimana kekuatan yang pernah Kau berikan kepadaku..
Sesuatu yang menyedihkan tetapi percayalah sesuatu berlaku pasti ada hikmahnya.
Kematian mengingatkan manusia bahawa kehidupan di dunia hanyalah sementara.
Semua jiwa dimatikan untuk dikembalikan kepada Tuhan supaya upah dapat dibayar dengan penuh iaitu upah setelah dicuba dengan kejahatan dan kebaikan semasa hidup di dunia. Upah bakal diterima seseorang ialah Api atau Taman yang ditunaikan pada Hari Kiamat.


p/s:sayangilah dan hormatilah kedua ibubapa selagi mereka ada di dunia,doakanlah ibubapa yang telah kembali kepada Yang Maha Pencipta.

1 comments:

*》yana《* said...

innalillahi wa inna ilaihi raajiuun..mudah2an rohNYA d cucuri rahmat,, dan d tempat d kalangan mereka yg beriman..

 

Flavor of my life Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea