Saturday, November 21, 2009

Cerita Semalam

Coretan daripada Nor Halimah Ahmad Ramli at 7:49 AM
Bismillahirrahmanirrahim..
Sweetnyer cerita semalam,alhamdullilah=D
Pagi-pagi lagi,dengar orang bagi salam,lebih kurang pukul 5 pagi.
Saya dengar dan pastikan suara siapa ya.
Suara jiran saya,Pak Cik Faizal.
Mak bangun dan terus buka pintu.
Isterinya,Mak Cik Sari dah sakit2,mau bersalin.
Huhu.
Bangun je,terus bawa kereta.
Saya macam "mamai" jugaklah.
Tapi bangunlah,ini realiti.
Cara saya pandu kereta awal pagi semalam,agak bahaya kot.
Nak cepat punya pasal,emergency!
Kenderaan kat jalan pun tak banyak.
Masih awal lagi,semua belum keluar.
Terus menuju ke sebuah klinik swasta yang berada di taman bersebelahan.
Selesai hantar Mak Cik Sari,saya dan mak balik rumah dulu,nak solat.
Tak lama lepas tu,dapat call.
Cik Sari dihantar ke HosHAS..
Semoga segalanya baik2.
Doktor kat klinik swasta nak RM3500,katanya Cik Sari perlu dibedah.
Macam2 alasan tak wajar diberikan.
Walaupun saya bukan doktor,tapi agak geram semalam.
Semuanya pasal WANG!
Banyak tu,jadi Pak Cik Faizal buat keputusan hantar isterinya ke hospital.
Alhamdullilah,sampai je sana,Cik Sari selamat melahirkan seorang bayi perempuan.
Petang semalam saya dan mak ke sana.
Dah lama rasanya tak jejak kaki ke hospital,dah 2 tahun lebih kalau tak salah.
Dulu,hospital tuh dah macam rumah kedua saya.
Semua tuh dah berlalu.
Sukanya dapat tengok bayi-bayi yang baru dilahirkan.
Comelnya!
Suci ibarat kain putih.
Tanggungjawab ibubapa mencorakkannya.
Saya terlebih "excited",mungkin sebab jarang dapat peluang macam ni.
Jalan-jalan tengok baby orang kerjanya..
Jelas terpancar kegembiraan ibu-ibu menatap wajah bayi-bayi mereka.
Terfikir saat-saat mak melahirkan saya.
Setelah mengandung selama 9bulan..
Terima kasih mak.Pengorbanan mak sangat besar buat anak mak ni=D
Apapun tahniah buat jiran saya,Mak Cik Sari dan Pak Cik Faizal,dah jadi mak dan ayah.
Tak sabar tunggu waktu nak ambil baby baru balik sini=D
Macam dapat "adik" pulak.
1ST time pandu kereta nak bawa orang nak bersalin,tak boleh lupa.
Ok semoga semuanya baik2 sahaja.

0 comments:

 

Flavor of my life Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea