By NORHALIMAH

Berkongsi rasa,tips dan cerita

LightBlog

Entah kenapa tangan saya terasa seperti mahu menulis sesuatu di sini.. walaupun detik ini,bagi kami pelajar-pelajar undang2 adalah detik yan...

::Detik ini::

Entah kenapa tangan saya terasa seperti mahu menulis sesuatu di sini..
walaupun detik ini,bagi kami pelajar-pelajar undang2 adalah detik yang amat berharga dan puncak..
pelbagai tugasan datang belum diselesaikan..
semuanya masih dalam proses..
perlu disiapkan dalam masa 2 minggu terakhir bagi semester ini.
saya tidak terkecuali..
Presentation law and society,case briefing,3 case reports,federal constitution assignment,arabic(kitabah) quiz dan yang paling membuatkan kami gementar ialah mooting court session.Kami perlu belajar mengaplikasikan cara-cara mooting dalam masa kurang 2 minggu. Ditambah dengan 3 bundles of authority.Rabu ni ada Mooting Workshop untuk subjek BLM.
Presentation untuk case briefing saya Rabu ni. Kes Bonda Kui v King Emperor,dari India.Satu kes yang menarik untuk dibentangkan.Alhamdullilah visual aid dah siap.Handout juga.Cuma tunggu giliran,menjadi yang paling akhir untuk membentangkan kes.
Cuti 3 hari ini agak sedih. Saya tidak punya peluang untuk bercerita dengan mak.Ada sesuatu yang saya nak luahkan,mungkin satu luahan perasaan dan satu hasrat tapi tak mengapa.Saya simpan dulu sehingga selepas 2 minggu ini berlalu.Fokus pada 2 minggu ini,lakukan yang terbaik,Nor Halimah!
Saya masih berada di rumah mak cik saya saat ini,tadi saya rasa tak sedap badan.Bimbang sesuatu berlaku,saya balik awal pagi nanti.Esok kali pertama saya akan memandu ke Nilai sendirian.Semoga selamat seperti selalunya...
Memikirkan kerja2 yang masih belum terlangsai membuatkan fikiran saya terus melayang,tak dapat tidur.Hari ini saya dah usahakan siap sebahagian dari kerja2 itu.
Ada lagi yang saya fikirkan.Persoalan yang sentiasa diajukan kepada saya.Saya sendiri belum punya jawapan.Serba salah.''Limah,nak raya mana tahun ini?"Antara Pahang dan Johor.Antara dua.Pilihlah ye.Awal cuti kami akan pulang ke Johor untuk menghantar Mak Sham dan kemas-kemas.I miss my village so much! Terlalu banyak kenangan indah di sana.Saya suka segala yang ada di sana.Kami akan kembali semula ke Pahang untuk kemas rumah kat sini,lepas tu baru saya fikir nak balik semula Johor tak,nak raya kat sana atau sini.Tak kiralah kat mana,kepada keluarga saya especially my cousins,pak cik2 saya dan mak cik2 saya,saya sayang kamu semua!InshaAllah kita jumpa lagi.
3 hari memandu tanpa henti membuatkan saya sedikit keletihan.Kemungkinan saya suka drive kereta,jadi saya tetap kata ok je,tak kira ke mana orang ajak.

Urmm..Hari Ahad baru ni,saya dan Mak Sham ke Temerloh.Jalan-jalan beli barang. Suasana seperti nak raya dah.Jangan berlaku pembaziran ya! Sesungguhnya orang yang membazir tu sahabat syaitan.Berhemahlah kita.
Sempena bulan Ramadhan ni,sama-sama kita perbaiki diri untuk jadi yang lebih baik.Hargailah setiap hari kerna esok belum pasti ada untuk kita.Lakukan yang terbaik untuk menjadi khalifah di muka bumi yang dipinjam Allah buat kita semua,makhluk-makhluknya.

Sekian saja daripada saya buat masa ini.Sekadar sedikit perkongsian.InshaAllah bertemu lagi.Maaf atas segala kesalahan saya yang telah mengguris hati sahabat-sahabat sekalian.InnAllah maana.=)

0 ulasan: