By NORHALIMAH

Berkongsi rasa,tips dan cerita

LightBlog

depan pintu masuk hehe candid pic mereka=p kesian dia,nak masuk ''rumah'' pak singa ni main air pulak comel k...

::Kenangan yang indah::

depan pintu masuk
hehe candid pic mereka=p

kesian dia,nak masuk ''rumah''

pak singa ni main air pulak

comel kan??huhu

tingginya,kalah saya=(

Cuti mid sem baru bermula semalam.Walaupun hanya seminggu,saya berharap kita semua dapat memanfaatkan cuti kali ini sebaik mungkin.Peperiksaan akan bersambung lepas cuti.Assignments perlu diselesaikan.
Semalam?Ada apa dengan semalam. Hampir satu hari saya berada dalam kereta. Pusing bandar KL.Alhamdullilah perancangan kami berjaya dengan selamatnya.Pertama,saya dah jumpa kes tu di perpustakaan UIA Gombak. Saya semakin bersemangat dan tidak sabar untuk melangkah ke alam "degree" di kampus utama. Kehidupan di sana saya perhatikan sangat berbeza daripada kehidupan Nilai.
Pada waktu petang,saya mengambil Juma dan Midah di Terminal Gombak. Peristiwa kali ini melontarkan ingatan saya kepada zaman kanak-kanak yang penuh dengan warna-warni. Kami mengatur perjalanan ke ZOO NEGARA. Akhirnya tercapai juga angan-angan saya nak ke sana setelah sekian lama tidak ke sana. Seingat saya kali terakhir ke sana sewaktu saya masih di alam sekolah rendah bersama dengan keluarga pak cik saya. Kami agak lewat,kami hanya punya masa 1 jam untuk menjelajah di sekitar zoo kerana jam 6 pintu akan ditutup untuk pelawat.Kami berjalan dengan kelajuan yang agak ''pantas'' tetapi kami tetap singgah di setiap kandang binatang.Subhanallah banyaknya haiwan dalam zoo yang berada di tengah kota ini. Haiwan pertama yang kami ''sapa'',mestilah haiwan yang paling tinggi:zirafah yang comel!!!Gelagat kami memang tak ubah seperti kanak-kanak.Kami sempat merakamkan foto di situ.Haiwan seterusnya gajah,besarnya..Kami sempat ''menyakat'' burung bangau.Kami merakam gambar dari sudut yang paling dekat sehinggakan burung bangau itu bergerak kerana ''takutkan'' kami agaknya. Maklumlah kami agak ''hingap'' dalam loghat Kedah. Hampir satu kawasan zoo kami jelajahi. Kami dapat jumpa: kangaroo,burung unta,kuda,unta,orang utan,harimau,singa dan macam2 lagi. Apa yang paling lucu ialah melihat gelagat haiwan2 ni nak masuk ''rumah''. Haiwan-haiwan ni dikurung tepat pukul 6 petang.Setelah penat berjalan,kami balik dengan menggunakan ''kereta api'' comel berwarna oren.Pusing2 dengan kenderaan tersebut.Jumpa dengan beruang,badak dan macam2 lagi.Sempat juga kami bersembang dengan pak cik driver tu.Seronoknya!!
Akhir sekali,kami duduk kat luar kawasan zoo,tangkap gambar2 terakhir dengan muka2 yang letih.Walaupun semua itu hanya seketika tetapi bagi saya amat bermakna. Midah dan Juma pon nampak gembira sangat,oklah tuh.Lepas ni kita kena gi satu bilik ke tempat lain lak,saya ada pakat dengan Bella tapi lambat lagi. Lagi satu kosnya tinggi.huhu.Alhamdullilah sedikit sebanyak saya dapat belajar banyak perkara baru di Zoo Negara. KAM SAHAMIDA,MIDAH&JUMA...


P/S:selamat bercuti buat warga CFS. Jaga diri baik2!Jom sambung buat kerja dan study!







0 ulasan: