By NORHALIMAH

Berkongsi rasa,tips dan cerita

LightBlog

salam.. sekarang saya berada di rumah.. perjalanan hari ini penuh dengan pelbagai kisah.. pukul 10 malam baru sampai terminal.. Saya bertola...

s.e.d.i.h.n.y.a

salam..
sekarang saya berada di rumah..
perjalanan hari ini penuh dengan pelbagai kisah..
pukul 10 malam baru sampai terminal..
Saya bertolak dari Nilai bersama sahabat saya,Liyana..
Ada seorang lagi yang naik teksi bersama kami..
Apa yang membuatkan saya sedih...
Tibanya di KTM,sahabat yang naik teksi dengan saya dan Liyana dah berubah wajah..
Astaghfirullah...
Apapun saya tetap berharap dia tidak seperti itu..

Ramai sungguh penumpang di stesen Nilai..
Terutamanya yang menuju ke Kuala Lumpur...
Kebanyakannya students..
Saya ternampak ex-student Khairiah...
Dia nak menghala ke Seremban..
Kami tidak berpeluang bertegur sapa.
Cuma senyuman sebagai pengganti..
Dia ambil nursing di KPJ...
Setelah hampir setengah jam menunggu,barulah ada ktm.
Ktm mengalami kelewatan.
Alasan itu sudah biasa bertandang...
Entah kenapa jantung saya berdegup kencang..
Ketar semacam sebab memikirkan keadaan manusia yang berpusu2 nak naik KTM.
Alhamdullilah lepas juga saya untuk masuk ke dalam KTM...
Sabar je dengan suasana masa tu.
Rasa berdosa pun ada...
Kisah kedua bermula di sini.
Di sebelah saya ada 2orang gadis..
Pada pandangan saya,mungkin usia mereka dalam lingkungan 20-an..
Bukan nak mencuri dengar perbualan orang.
Tapi apa yang mereka katakan cukup membuatkan saya tersentak..
Mereka terlibat dengan dadah dan kegiatan tak bermoral..
Mereka kelihatan cukup gembira bercerita...
Tanpa sedikit pun perasaan malu.
Perkataan ''clubbing'' sering mereka sebutkan.
Cukup menyedihkan apabila saya terdengar mereka menipu nenek mereka..
Family tak tau keadaan sebenar mereka di kota..
Saya mengharapkan semoga mereka sedar apa yang mereka buat salah..
Saya cukup sedih melihat kedaan 2 remaja ini.
Masih ada cara lain untuk mencari sesuap nasi..
Carilah kebahagiaan yang sebenar..
Janganlah leka dengan mainan dunia...
Yang berlandaskan al-Quran dan Sunnah..
Bagaimana dengan remaja lain??
Harap jauhkanlah diri kita semua dari perkara yang dilarang Allah..
Semoga kita semua sentiasa terpelihara dan dilindungi Allah..
Renung-renungkan...

3 ulasan:

Hari ini.. Tanggal 13 Jun 2009... Genaplah 19tahun sahabatku ini bertapak di bumi Allah yang penuh barakah.. Alhamdullilah.. HAPPY BIRTHDAY ...

Khas buat Nor Afizah bt Alleh

Hari ini..
Tanggal 13 Jun 2009...
Genaplah 19tahun sahabatku ini bertapak di bumi Allah yang penuh barakah..
Alhamdullilah..
HAPPY BIRTHDAY!
Semoga Fyza terus tabah meneruskan perjuangan meniti setiap detik di bumi ini.
Maaf Imah tak dapat bersama menyambut hari yang cukup bererti buat Fyza.
Sudah setahun kita menjalinkan ukhuwah ini.
Semoga persahabatan kita sentiasa disemai kasih dan sayang kerana Allah..
Fyza:
Semoga panjang umur
Semoga dimurahkan rezeki
Semoga berbahagia dengan nikmat yang diberi-Nya
Semoga terus tabah dalam menongkah arus yang di sebaliknya tersembunyi pelbagai hikmah..


Salam sayang,


Nor Halimah

10.05pm

1 ulasan:

Sudah lama saya meninggalkan blog ni.. Habuk-habuk yang ada membuatkan saya terbesin sendiri... Semester baru sudah nak masuk minggu ketiga....

Entri ke 101

Sudah lama saya meninggalkan blog ni..
Habuk-habuk yang ada membuatkan saya terbesin sendiri...
Semester baru sudah nak masuk minggu ketiga.
Alhamdullilah berjalan lancar.
Tugasan mula diterima.
Semester ni ada 3 subjek law dan Bahasa Arab.
Agak mencabar semester ini.
Pensyarah-pensyarah yang mengajar kami sering berpesan dan memberi kata-kata semangat buat kami.
Alhamdullilah sehingga saat ini,saya masih berpeluang meneruskan pembelajaran di medan ilmu.
Semoga kita semua terus tabah meneruskan perjuangan dalam bidang masing2.
Buat sahabat-sahabat yang sedang bercuti semester,jaga diri baik-baik.
Semoga kalian dapat mengisi masa lapang yang ada dengan perkara yang bermanfaat.

Petang tadi saya terima satu mesej:

''Ting tong''
bunyi ''handphone'' saya menyapa..
tazkirah bersama:
fahami dan hayatilah hadis junjungan besar kita..
Ketika sepertiga waktu malam masih lagi tersisa
Allah turun ke langit dan menyeru kepada hamba-Nya..
"Adakah di antara hamba-Ku yang berdoa kepada-Ku supaya Aku mengabulkan permintaannya?Adakah di antara hamba-Ku yang meminta ampun kepada-Ku supaya Aku mengampuninya?Adakah di antara hamba-Ku yang meminta kepada-Ku supaya Aku memenuhinya" RIWAYAT BUKHARI DAN MUSLIM....

Terima kasih buat sahabatku yang jauh atas sms ini..

0 ulasan:

Entri kali ni saya tujukan khas buat sahabat saya,Aisyah.Dialah kawan baik,''kakak'' dan juga penasihat saya=D Sangat istime...

HAPPY BIRTHDAY,AISYAH

Entri kali ni saya tujukan khas buat sahabat saya,Aisyah.Dialah kawan baik,''kakak'' dan juga penasihat saya=D Sangat istimewa di hati saya.Perkenalan yang telah terjalin sejak 2003 terus berputik,indahnya!Bersahabat kerana Allah.Ukhuwah yang terjalin antara kami sukar dicari ganti.Walaupun agak terlambat untuk ditulis di sini,saya tetap nak ucap selamat ulangtahun kelahiran yang ke 19 pada 1Jun 2009.Dah 19 dah dia..Hehe.Lepas ni angka 2 plak..
Aisyah,semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki.Semoga Aisyah sentiasa dalam rahmat Allah.Jaga diri-diri baik.Walaupun keadaan sekarang agak mencabar tapi saya tahu awak kuat ok.Jangan putus asa.Saya yakin Aisyah boleh laluinya.=D Saya nak tujukan lagu ni khas buat Siti Nurul Aisyah bt Idris.

Brothers

Teman Sejati

Selama ini
Kumencri-cari
Teman yang sejati
Buat menemani
Perjuangan suci

Bersyukur kini
PadaMu Illahi
Teman yang dicari
Selama ini
Telah kutemui

Dengannya di sisi
Perjuangan ini
Senang diharungi
Bertambah murni
Kasih Illahi
KepadaMu Allah
Kupanjatkan doa
Agar berkekalan
Kasih sayang kita

Kepadamu teman
Ku pohon sokongan
Pengorbanan dan pengertian
Telah kuungkapkan
Segala-galanya...

KepadaMu Allah
Kupohon restu
Agar kita kekal bersatu
Kepadamu teman
Teruskan perjuangan
Pengorbanan dan kesetiaan
Telah kuungkapkan
Segala-galanya
Itulah tandanya
Kejujuran kita



koi sayang awak Aisyah..=D

Aisyah,kena kuat k..
Semoga kita sama-sama dapat melakar kejayaan

Allah sentiasa ada

Salam sayang

maaf atas salah dan silap

2 ulasan:

Sebelum pulang ke Nilai tu ada gi kenduri. cucu saudara mak kahwin. Jumpa ramai saudara-mara. Seronok juga.Ramai yang dah tak kenal. Bila te...

Main taip je ''keyboard'' ni..

Sebelum pulang ke Nilai tu ada gi kenduri.
cucu saudara mak kahwin.
Jumpa ramai saudara-mara.
Seronok juga.Ramai yang dah tak kenal.
Bila tengok muka tu,ramai juga yang iras2.
Bahagianya..
Sakit perut dibuatnya..
Mendengar lawak-lawak daripada orang-orang lama..
Semua puji majlis perkahwinan kali ni nampak ''simple'' je.
Memang betul.Comel jer=)
Ingatkan dapat jumpa saudara yang telah saya ''contact'' di GENI.COM..
Tapi tak de pulak.
InshaAllah jumpa lain kali..

Selamat pengantin baru buat kakak n suami..



0 ulasan:

semester baru dah mula... dah masuk 2 hari..=) alhamdullilah segalanya berjalan lancar. sebenarnya agak risau,saingan hebat-hebat. Saya buka...

semester baru

semester baru dah mula...
dah masuk 2 hari..=)
alhamdullilah segalanya berjalan lancar.
sebenarnya agak risau,saingan hebat-hebat.
Saya bukannya pandai sangat.
Harap kawan-kawan dapat tolong saya.
Semester ni 24 contact hours.
Walaupun agak lapang tapi subjek2 berat.
Tak rasa sangat 24 contact hours.
Rasa cam biasa je..
Harap2 leh lepas subjek2 arab semester ni.
Macam2 dah berlaku walaupun baru 2 hari.
Seronok dapat jumpa kawan2 semula.
Semoga kita semua terus tabah meneruskan perjuangan.
Insha Allah...

p/s:huhu tak de mood nak tulis blog kat sini setakat ni..Tak tau kenapa...

0 ulasan: