Friday, January 23, 2009

alhamdullilah

Coretan daripada Nor Halimah Ahmad Ramli at 11:09 AM
Rabu,21 Januari 2009....
Detik yang bermakna buat diri saya. Segalanya telah selesai. Pembahagian harta pusaka arwah ayah. Alhamdullilah
Paman datang menjemput saya pada 20/1/2009 tepat jam 11.10 malam. Kami menuju ke arah Kuala Lumpur. Semasa dalan kereta,saya sempat berbual-bual dengan paman. Satu soalan yang agak mengejutkan menerpa ke arah saya. Membuatkan saya terpaku. Betul ke apa saya dah jawab? Jujur ke? Saya sendiri tak pasti.Malam itu saya tidur di Pandan Indah. Terasa seperti berada di rumah sendiri.
Keesokan harinya, saya sempat melihat Azam dan Azlin bersiap ke sekolah. Rindunya zaman persekolahan..Huhu. Saat yang tidak dapat dilupakan. Melihat telatah Azam membuatkan saya teringat diri saya dulu. Sama seperti Azam. Susah nak bangun tidur. Puas mak kejut saya. Sabarnya mak dengan saya yang agak degil ni.
Tidak lama kemudian Bik Kep dan Bik Ha sampai di ruman Paman Seman.Kami bertolak dengan menaiki kereta Paman menuju ke Johor,tanah kelahiran arwah ayah. Satu kereta kan jimat=) Pada mulanya,sepatutnya kes ini diselesaikan di Pahang tetapi akhirnya dipindahkan ke Johor atas sebab-sebab tertentu.
Saya berasa tidak selesa. Rasa sakit tekak dan lenguh-lenguh,tak tahu kenapa. Sewaktu dalam kereta saya hanya mampu melelapkan mata. Biasanya saya suka memerhati tapi pada hari itu saya agak keletihan dan lemah.Paman Seman yang memandu. Dari KL sampai ke Johor ,paman sibuk menguruskan hal ''business''. Panggilan yang bertalu-talu menghujani telefon bimbit paman. . Jadi agak sibuk. Ada panggilan dari luar negara. Walaupun sedang bercuti,paman perlu menguruskan hal pejabat.
Kami tiba agak lewat. Sepatutnya perbicaraan bermula pada pukul 9 tetapi ditangguhkan pada pukul 10. Sewaktu saya tiba,mak sudah ada di sana. Adik-beradik ayah yang lain sudah tiba. Adheel,si comel dan Farah pun ikut sekali.hihi.
Kami masuk ke bilik pebicaraan. Urusan berjalan dengan lancar. Terima kasih semua atas keputusan yang telah dicapai tanpa sedikit pun persengketaan. Sekejap je. Sedikit masalah pun tidak timbul. Saya sudah dapat menyangkanya kerana saya kenal paman-paman dan bibik-bibik saya.
Setelah selesai kami menuju ke rumah arwah nenek di Kg.Parit Bengkok. Semua akan berkumpul ke sana. Kami makan bersama. Seronoknya. Makan masakan jawa: sambal goreng tempe dan ayam masak ungkap. Setelah itu,kami menemui Nenek Ujang yang baru kembali dari tanah suci. Nenek Ujang ialah adik arwah nenek. Saya sudah menganggapnya seperti nenek sendiri semenjak kehilangan nenek pada tahun 2003.Kami berehat. Sempat juga saya melelapkan mata setelah penat ''dibuli'' oleh Adheel. Haha!! Terbalik pulak..
Jam 4 lebih, saya bertolak ke Nilai menaiki kereta paman. Mak tinggal di kampung bersama Mak Sham. Masing-masing pulang ke teratak yang berbeza.heheeh..Saya tiba di Nilai pada pukul 6. Rasa lemah semacam je badan ni. Lenguhnya.
Pada malam itu,saya telah diuji. Saya selsema dan demam. Presentation untuk keesokan harinya terpaksa ditangguhkan kerana saya betul-betul kehilangan tenaga dan tidak bedaya. Malam itu saya tidak dapat tidur.Midah membawa saya ke klinik pada keesokan harinya. Doktor kata*******. Biarlah saya saja yang tahu. Pokoknya saya ok.
Mak dan Mak Sham datang dari Johor untuk menjenguk dan mengambil saya. Saya pulang lebih awal. Saya tidak dapat hadir ke kelas kerana keadaan saya tidak mengizinkan.Malam tadi sekali lagi mak membawa saya ke klinik. Alhamdullilah keadaan saya semakin baik sekarang.
Doakan saya sembuh sepenuhnya.=)

3 comments:

katib bahanji said...

alhamdulillah segalanya berjalan lancar...
moga hidup imah disinari rahmat..
tp kesihatan jangan diabaikan. kalau ada apa2 terus pergi klinik ya!
-pesanan dari doktor belum tauliah

Nor Halimah said...

baik,doktor

نىك محمد حافظول said...

comel kampung dan rumah saudari...
bila balik kampung nanti,, pasti teringat kat bantal peluk, kan
=)


ps/ thanks kerna sudi follow blog saya

 

Flavor of my life Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea