Monday, December 29, 2008

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1430H

Coretan daripada Nor Halimah Ahmad Ramli at 7:07 AM
Assalamualaikum.

Selamat menyambut tahun baru,1430h. Semoga tahun baru kali ini membawa seribu erti dan perubahan ke arah kebaikan.

"Satu muharram detik permulaan, perkiraan tahun islam hijrahPerpindahan nabi dan umat Islam, dari kota Mekah ke kota Madinah
Atas keyakinan dan iman yang teguh, kaum Muhajirin dan Ansar bersatuRela berkorban harta dan nyawa, demi menegakkan Islam tercinta
Hijrah itu pengorbanan, hijrah itu perjuanganhijrah itu persaudaraan, hijrah membentuk perpaduan
Oleh itu, mari semua kita sambut Maal Hijrahtingkatkan semangat, tegakkan syiar Islam untuk sepanjang zaman"


Kita sering mendengar dan menyanyikan petikan lagu ini ketika sambutan Maal Hijrah. Apakah erti HIJRAH bagi kita? Apakah yang kita dapat definisikan?

Mari kita singkap semula sejarah Islam. Hijrah dapat diinterpretasikan sebagai perpindahan Nabi Muhammad S.A.W dari kota Mekah ke kota Madinah bersama para sahabat setelah menerima wahyu daripada Allah S.W.T.Baginda telah berjaya menyatukan kaum Ansar dan Muhajirin. Baginda juga berjaya menubuhkan negara Islam pertama. Perjuangan Nabi dalam menegakkan syiar Islam amat bermakna buat semua.

Dari segi bahasa dan konsep pada zaman sekarang,hijrah boleh didefinisikan sebagai perubahan yang menjurus ke arah kebaikan. Jika kita dapat memahami definisi hijrah dengan baik,sudah pasti kita berusaha untuk berubah. Azam yang baru perlu ditanam dan dilaksanakan.

Semoga kita semua sentiasa dirahmati Allah S.W.T. Muhasabah diri kita bersama. Semoga hari ini lebih baik dari semalam. Esok lebih baik dari lusa. Semoga sinar kejayaan menerpa kita.

SELAMAT MENYAMBU MAAL HIJRAH 1430 H DAN SELAMAT MENYAMBUT TAHUN 2009

0 comments:

 

Flavor of my life Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea