Wednesday, December 24, 2008

~educational visit to JKSM,Putrajaya~

Coretan daripada Nor Halimah Ahmad Ramli at 4:26 PM


salam,
alhamdullilah selesai juga sesi temuramah untuk subjek ITIL. Saya,Naz,Kimi dan Laishalaha dalam kumpulan yang sama. Saya bertemu dengan Naz di kafe bawah dalam pukul 8 lebih. Tidak lama kemudian,Kimi muncul. Kimi lapar rupanya. Saya dan Naz terpaksa bergegas ke Department of Laws kerana masih ada surat kebenaran yang belum ditandatangan oleh pensyarah.
Setelah selesai mendapatkan tanda tangan, kami menuju ke LTD. Naz nak hantar report for study circle.hihi. Malangnya tiada sesiapa yang berada di LTD. Kimi datang ke arah kami. Saya dan Naz mengambil keputusan untuk menunggu sebentar sementara Kimi pergi ke blok bersebelahan.
Setelah beberapa minit, kami semua bertemu di depan ADMIN. Lama juga kami menunggu kenderaan UIA sediakan untuk menuju ke Putrajaya.Kami bertolak tepat pukul 10 pagi dari kampus Nilai. Kami menaiki van.
Kami terus menuju ke Bahagian Pusat Sumber dan Penyelidikan,JKSM. Kami menemu ramah Timbalan Pengarah bahagian itu.Sesi temu ramah berjalan lancar.
Setelah selesai sesi temu ramah kami merakam beberapa foto untuk dijadikan sebagai bahan bukti. Seronok.. Mane taknya,hobi saya. heheh...
Kami bersiar-siar di sekitar bangunan pejabat yang tersergam indah. Saya memerhati telatah orang. Sempat juga kami merakamkan foto. huhu. Sampai ditegur sih..
Kami terpaksa menunggu lama. Kami solat Zohor di sana. Setelah selesai solat,kami mengambil keputusan untuk berjalan-jalan menikmati pemandangan pusat pentadbiran Malaysia. Sayangnya,sewaktu dalam perjalanan, pihak UIA kata kenderaan dah dalam perjalanan nak ambil kami..
Oleh itu,kami terpaksa patah baliklah. hihi=p
Sewaktu dalam perjalanan balik ke Nilai. Terlelap saya akhirnya..hihi ..Tak tahan.. Ngantuk.

Sekian saja.. Nanti saya sambung lagi.





0 comments:

 

Flavor of my life Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea