Monday, April 14, 2008

SAD AND HAPPY IN MY LIFE

Coretan daripada Nor Halimah Ahmad Ramli at 10:58 PM
assalamualaikum

Semoga semua dalam keadaan sihat. Hari ini? Macam biasa. Pagi-pagi tolng jaga Aman. Kadang-kadang ''tension'' gak dengan si Aman ni. Hari-hari nak pergi kedai.Bukan beli apa pun.Membazir je beli permainan tu tapi nak buat apa lagi? Namanya budak. Biasalah.Normal.Saya dulu pun cam tu. Teringat zaman kanak-kanak dulu.Kalau nak sesuatu siap bergolek-golek.Lebih-lebih lagi kalau nampak kereta mainan.Apa saja yang berkaitan permainan kenderaan contohnya,bas,lori dan kapal terbang. Semua saya nak!Jiwa saya dari kecil memang minat tengok kereta-kereta.Suka main permainan yang biasanya budak lelaki main. Dulu tak berapa minat main masak-masak.Kurang sikit.haha!Kalau saya masih simpan koleksi kereta-kereta mainan saya,mungkin dah boleh bukak TOYS SHOP kot.hihi!Sekarang ada sebuah je kereta mainan kesayangan saya. Pacuan 4 roda warna oren yang dibeli masa umur 5 tahun.Ok lagi.Koleksi yang selebihnya dah bagi budak-budak yang datang rumah,yang oren tu saya simpan lagi sebab ada kenangan yang sukar dilupakan di sebalik kisah nak beli mainan tu.


Alamak! Melalut pula pasal zaman dahulu.hehe! Kalau cerita pasal dulu,banyak kenangan.Kalau tulis dalam sebuah buku,ok tak? hehe! Gurau je. Siapalah nak baca kisah hidup saya ni..Kan??
Bosan juga duduk rumah ni sementara tunggu tawaran tapi tak pe la.Masa untuk berehat.Asalkan guna sebaik mungkin,takkan rasa bosan sangat. Sekarang ni tengah nak perbaiki kemahiran berkomunikasi dalam bahasa Inggeris.Buatlah apa yang patut.Saya baca surat khabar NST,tingkatkan ''vocabulary'',dengar dan nyanyi semula lagu Inggeris dan bersembang dengan kawan-kawan siber yang asal dari Eropah.I will try my best.Pray for me!

Oh ye! Baru-baru ni ada apply IKIP pny.Saya baru check.IKIP tawarkan ke Jordan tapi tak tau lagi nak pergi ke tak. Mak macam tak berapa bagi.Saya pun risau akan mak kat Malaysia ni. Keinginan nak belajar kat luar negara tu ada. Saya akan fikirkan dulu.Kalau tak dapat pergi sekarang,satu hari nanti mungkin ada peluang lagi.Belajar kat luar negara dapat timba lebih banyak pengalaman.Belajar kat mana-mana pun ok,asalkan berusaha bersungguh-sungguh,pasti ada kejayaan.Betul tak?Dah usaha kita tawakal pada Yang Maha Esa.

Em...saya nak ambil peluang nak ucapkan selamat berjaya buat sahabat-sahabat yang akan menjalani temu duga untuk biasiswa ke Timur Tengah,khususnya para pelajar dari Al-Khairiah.Saya tak tau pun. Tu yang tak apply.My friend did not told me about it.Maybe dah bukan rezeki saya ke sana.

Setakat ini sahaja coretan saya. Sekian,wassalam...illalliqa'

my friends at Khairiah Islamic school...

Hosted by RockYouPhotos.com

0 comments:

 

Flavor of my life Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea