Wednesday, June 01, 2011

guru pengalaman.

Coretan daripada Nor Halimah Ahmad Ramli at 2:53 PM
bismillahirrahmanirrahim.
saya seronok.
sejak minggu lepas saya belajar perkara baru.
belajar dan terus belajar.
kerna ia memberikan saya suatu pengalaman yang cukup berbeza.
bagaimana ertinya membanting tulang untuk sebutir beras.
walaupun perkara itu tidak setanding dengan kata sebutir beras tu ibarat setitik peluh petani.
sekurang-kurangnya saya belajar perkara yang membuatkan saya lebih menghargai.
alhamdullilah,segala berjalan lancar setakat ini.
bermodalkan apa yang ada,saya mulakan langkah ini.
sokongan dan suntikan semangat dari mak dan insan-insan lain.
saya hargainya.
inshaAllah saya akan terus memberikan yang lagi baik dari sebelumnya.
kata kuncinya ialah jujur dan amanah kalau mahu berjaya dalam bidang ini.
contohilah junjungan besar nabi s.a.w dalam berniaga.jujur,amanah,boleh diharap dan boleh dipercayai.
itu perkara yang mudah disebut,saya harap saya mampu terus mengaplikasikannya dalam kehidupan saya.doakan saya tetap berdiri di landasan -Nya.
terjun ke bidang ni bererti saya mesti bersedia mengambil risiko.
jika tak berani,bagaimana mahu bergerak.


"apa yg kita capai tahun depan atau lima tahun akan datang adalah berdasarkan apa pilihan kita pada hari ini"-Dr.Irfan Khairi

wassalam

0 comments:

 

Flavor of my life Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea