Tuesday, February 21, 2017

Makanan membantu Proses Bersalin

Coretan daripada Nor Halimah Ahmad Ramli at 12:35 AM
Alhamdullilah.Kak Limah bersalin anak pertama,putera yang bernama Ilyas Wafiyuddin. Lama sangat dah tak berblogging hehe
Anak pun dah masuk 4 bulan 24hb ni. Cepatnya masa berlalu. Nak share tips sikit yg kak limah amalkan hasil bacaan dan rahsia turun temurun daripada veteran2 hehe yg ni bukan apa kak limah amalkan sejak awal hamil tapi start daripada 7bulan kandungan tau!

alhamdullilah membantu dan yang memudahkan tetap Dia Yang Satu

1- Telur ayam kampung separuh masak

haa yg ni kak limah telan pagi dan petang sebiji. kiranya 2 biji sehari. dapat bekalan dari pasar malam Mentakab. Orang tua kata utk bg tenaga

2- Air kelapa original fresh

ni pon suami gigih carikan.petua untuk baby keluar bersih kulit kak limah start amalkan masuk 7 bulan sampailah bersalin. alhamdullilah it works on me,Ilyas keluar bersih,tak de kerak lendir sebagainya.

3- Minyak zaitun

Kak limah alhamdullilah sejenis yg sanggup menelan dan mampu telan minyak zaitun pure.
Amalkan masa berapa bulan ,rasanya 7 bulan.


Plus banyakkan berjalan dekat nak bersalin. Mcm kak limah suami bawa merata shopping complex sebab tu tempat kak limah mampu berlegar dengan lama haha

Inilah  benda yg kak limah amalkan start 7 bulan kandungan. Yg sejak hamil awal2 banyakkan makanan sunnah ie kurma,susu kambing,air zamzam

Kepada yg nak bersalin dah,enjoy je. No pressure,bayangkan indah2. Some of masyarakat kita terlalu memberikan pandangan negatif pada ibu yg nak bersalin, Fikir je indah2 dan bila tengok muka anak hilanglah semua kesakitan,believe me.Ikhlaskan diri dan sentiasa bersabar dan be positive ^_^

Oh ye doa banyak2 tau,inshaaAllah Dia akan mudahkan plus sentiasa berbaik dgn suami :_

Wassalam.



0 comments:

 

Flavor of my life Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea