Monday, March 07, 2016

Cara buat sijil penampalan Chambering & Filing borang 6,7 &8 (Part 1)

Coretan daripada Nor Halimah Ahmad Ramli at 10:07 PM
Bismillahirrahmanirrahim.
Lama dah blog terbiar bersawang. Status pun dah berubah,dari single ke isteri orang.
Alhamdullilah, 360 darjah kehidupan berubah and its quite interesting to learn a lot of things.

Berbalik pada tajuk entri kali ni. Aku mula chambering sejak tahun lepas. Chambering dalam istilah bahasa melayu ialah latihan dalam kamar sebelum seseorang bergelar lawyer officially. Habis study bulan 1/2015. 24/1/2015 aku bertunang. Rehat seketika selesaikan urusan kahwin dan dapat tempat chambering. Terus start 18/5/2015. 25/5/2015 filing terus supaya masa berlalu dengan pantas.

tup tap2. Aku kahwin pun masa chambering, 21/11/2015. Boleh bayangkan betapa kalutnya aku tapi alhamdullilah Allah tolong dan permudahkan semua. lepas kahwin, aku ada suami dan in laws family yang fully support aku meneruskan chambering.

Alhamdullilah 25/2/2016 aku tamat chambering cukup 9 bulan.
Tanpa membuang masa aku mulakan siap long call papers even sebelum date. 3/3/2016 aku pergi KL.

3/3/2016
Aku bertolak dari Pahang jam 6.40 pagi,drive sendiri sebab suami kerja. Alhamdullilah pukul 8 aku dah sampai tol gombak,terus masuk DUKE konon nak elak jem tapi jumpa jugak jem,congested betul jalan. Adoi ni la benda aku tak minat kat KL,which is nak hadap jem hari2. Aku sampai kat Kompleks Mahkamah Jalan Duta jam 8.40. 40 minit masa aku habis kat jalan je haha Padahal dekat je.

Ok. Yang pertama, aku belum buat sijil penampalan. Meh aku share macam mana nak buat Sijil Penampalan which will be one of the exhibits utk Borang 6. So,nak tak nak before filing,kena settle ni dulu.

Steps Buat SIJIL PENAMPALAN:

1- Pergi ke Kaunter RKK kat Tingkat 2 belah kiri korang. Bagitahu kat staff nak buat sijil penampalan. Jika bernasib baik,dapat staff yang akan terangkan macam mana caranya

2- Staff RKK akan bagi dokumen yang terkandung details untuk diisi dalam borang sijil penampalan. Isi je elok-elok. Jika ada yang tiada dalam dokumen tersebut,just tanya staff sebab mereka ada details:-)

3-Lepas tu turun bawah,pergi ke kaunter efilling yang terletak belah kanan masa korang mula masuk.

4-Pergi ke kaunter 1 atau 2 untuk dapatkan borang efilling
  Tulis details.

5- Isi borang efilling dan ambil no giliran.

6- Sementara menunggu nombor dipanggil, pergi bayar caj perkhidmatan RM10 kat mesin

7- Nombor dipanggil terus ke kaunter untuk scan dokumen.

8- Selepas itu, pergi ke kaunter no 5 untuk dapatkan invois bayaran,guna no yg diambil tadi.

9- Selepas dapat invois bayaran,ambil nombor untuk bayaran filing.

10- Bayar caj filing sijil penampalan sebanyak RM40 di kaunter.

11- Naik ke kaunter RKK bagitahu nak extract hari yg sama ataupun tunggu je email extraction

12- Dapat email,boleh cek dan print sijil penampalan yang sudah extract dan serah kepada RKK untuk cek

Alhamdullilah done. Lepas tu apa yg saya buat ialah pergi bayar disciplinary fund di Wisma Maran & dapatkan instrument di Bar Council. Nantikan. ^_^

Semoga dapat membantu. Sebarang pertanyaan,tinggalkan kat komen,inshaAllah mana boleh jawab,akan dijawab:)

0 comments:

 

Flavor of my life Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea