By NORHALIMAH

Berkongsi rasa,tips dan cerita

LightBlog

Alhamdullilah. Aku disahkan hamil buat kali pertama selepas hampir 4 bulan mendirikan rumahtangga. Aku hanya tahu lepas sebulan dah rupany...

Pengalaman first trimester

Image result for first trimester

Alhamdullilah. Aku disahkan hamil buat kali pertama selepas hampir 4 bulan mendirikan rumahtangga. Aku hanya tahu lepas sebulan dah rupanya baby ada dalam perutku haha Memang aku ada demam,loya-loya,ingatkan angin je. G klinik pun dapat ubat demam,memang doc ada tanya pasal period aku,disebabkan baru lagi susah nak trace.

Sepanjang tak berapa sihat tu, aku ada lah g travel Pekan nak settle hal lesen peguam syarie Pahang. Suami aku tak bagi aku drive jauh sebab aku tak sihat,jadi dia cuti. Dalam perjalanan tu aku memang rasa nak loya je,angin kot aku cakap ngan suami aku. Tiba-tiba dia berseloroh kata "Abe rasa ada baby la dalam perut ayang ni" Aku pun tergamam tengok dia. Huhu Dalam hati ada bunga-bunga tapi tak nak berharap dan bagi harapan kat suami aku yang memang peminat budak2. So aku pun gelak je la bila suami aku pegang perut aku hahaha

Masa singgah kat pantai lepas dah selesai urusan aku,kitaorang lunch situ. Aku ni lepas makan jenis nak loya tapi tak muntah,(time tu  la). Suami aku offer asam ,aku setuju. Untuk pengetahuan,normalnya aku bukan penggemar asam. Hhaha Kali ni aku yang melahap banyak,kalah suami aku. Dia pun hairan ngan perangai aku. Aku kata just nak hilangkan loya je sambil sengih hahah

Aku kehilangan ayah mertua pada 11/2/2016. Aku disahkan pregnant sebulan pada 4/3/2016. Suatu aturan Dia. Allah gantikan kami sekeluarga dengan berita kehadiran orang baru. Allahu akbar. Memang menangis aku sebab terharu.

Aku direzekikan dan diuji dengan keadaan yang sangat menduga,mabuk. Losing weight dan tak tau nak makan apa sebab hampir semua aku muntahkan, Yang aku ingat aku hanya selamat telan strawberi,jambu batu,kurma dan susu. Selain daripada itu, kesian suami aku beli pizza,nasi,spaghetti semua aku keluarkan balik,hehe Sorry baby tak berapa berkenan time tu. Even petai yang menjadi fav aku pon aku jadi benci.

Aku jugak tak masak dekat 4 bulan, aku tak tahan bau nasi masak dan bau tumis, Selama tu jugak lah mak,mak mertua dan suami aku bertabah dengan aku ni. Tak masak,even diaorang nak masak pun aku tutup pintu dalam bilik kebal hehe. Bukan sengaja tapi memang tak tahan,dengan keadaan aku yang hanya melepek terpaksalah begitu ya.

Macam-macam petua antaranya bau limau nipis dan minum air pucuk jambu tapi tak jalan kat aku. Allahu akbar,kuatnya baby ibu ni hehe Itu je aku fikir dengan suami aku,suami banyak positifkan aku saat aku lemah longlai, Dia banyak bersabar dengan aku,basuhkan muntah aku segala, Mak pun sama. Mertua aku cari macam-macam makanan nak bagi aku makan. Baby,tengok semua sayang baby tau.

Time first trimester aku tak proceed kerja lepas habis chambering. After long call settle, husband aku suruh duduk rumah,jaga kandungan. Alhamdullilah dia tak paksa aku. Sepanjang tu sampai sekarang aku buat je bisnes online. Ada gak kerja aku,jangan kata tak kerja apa haha.

Alhamdullilah masuk je second trimester mabuk still ad tapi mula berkurang. Even sekarang aku dah third trimester pun ada masa aku muntah especially jaga-jaga time masuk bilik air. Oh ye aku ada bau deodoran dan sabun aku tak suka sampai sekranag sepanjang pregnant,memang aku akan muntah kalau terbau.

Buat yang tengah melalui first trimester kat luar sana,satu je perkongsian aku teruskan bersabar dan enjoy je nikmat jadi ibu ,tak semua dapat rasa momen-momen macam ni. Setidaknya kita tahu bukan mudah seorang ibu melalui proses mengandungkan kita :-)
Pada aku proses ni mengajar aku dan membuatkan aku lebih sayang mak aku .

Sekian perkongsian aku kali ni,assalamualaikum.




0 ulasan:

Bismillahirrahmanirrahim. tu dia tajuk aku. mak-mak sangat. Al-maklumlah misi nak jaga badan lepas bersalin tambah lagi encik suami bagi ...

mencari set pantang dan barut lepas bersalin

Bismillahirrahmanirrahim.

tu dia tajuk aku. mak-mak sangat. Al-maklumlah misi nak jaga badan lepas bersalin tambah lagi encik suami bagi full support huhu Ni lagi semangat,nak dapatkan berat cantik dan bentuk badan kalah anak dara hahaha

Tengah survey set pantang dan barut nak guna lepas bersalin.
Setakat ni yang aku research antara yang top bagi set berpantang ialah NONA ROGUY, TANAMERA dan AMWAY. If lebih suka set tradisional, mostly pakai AIR MANCUR.

Baca blog irine nadia, dia prefer set NONA ROGUY. Macam nak beli NR je tapi aku perlukan pandangan dan pertimbangan dulu supaya tak membazir huhu Help me,,,

Yang aku tahu NR ni ada tablet phytonatal yang sangat meletop tu,korang wajib tau yang ni sebab famous sangat hehe Tablet ni khabarnya bagus untuk sembelit lepas bersalin gituh. Set NR ni merangkumi set penjagaan luaran dan dalaman. Harga average 300+. Ada jugak yang beli dapat harga less than 300,mungkin time promo hehe. Sesiapa yang ada jual bawah 300 tu,email la aku huhu

Yang aku survey dalam set NR ni ada:

Image result for nona roguy

1-Akar herbanika- untuk dalaman
2-Krim herbanika barut-luaran
3-Herbanika lulur-luaran
4-Minyak herbanika-luaran
5-Uncang cuci herbanika
6-Phytonayal-dalaman

Kepada yang ada pengalaman dengan NR, please leave your comment yer. huhu Bantulah bakal ibu ni,no experience heheh

Thanks..



0 ulasan:

Bismillahirrahmanirrahim Haa baru berkesempatan nak update blog setelah sekian lama. Nak share pasal trip kami berdua ke Cherating. Honeym...

Trip ke Cherating

Bismillahirrahmanirrahim

Haa baru berkesempatan nak update blog setelah sekian lama. Nak share pasal trip kami berdua ke Cherating. Honeymoon hari tu g Cameron Highland tapi tak tulis apa2 entri pun. Kali ni babymoon kah?

Kak Limah dan suami pergi few days before puasa,balik a day before puasa tu. Tugas Kak Limah yg diberi oleh cik abe ialah cari tempat untuk stay dan tempat makan best2. Ni kali pertama nak stay kat sana,selama ni duk lalu lalang je.

Kami bertolak lepas solat Jumaat. Hajat di hati nak stay kat Casa Inn,tempat drama Teman Lelaki Upahan tu shooting tapi fully booked dah. Jadinya Kak Limah book stay kat chalet nama Eastana Cherating Beach Resort. Sampai dalam pukul 4.30pm. Kalau korang sampai lambat,inform je bagitahu lambat sebab weekend chalet kat Cherating memang selalu full. Suami Kak Limah nak yg dekat ngan pantai tapi yang ni agak jauh,200m. Actually xdapat bayangan tempat. Overall ok lah,tapi tak de breakfast lah. Selesa ok sbb keadaan Kak Limah time ni tak leh too tired.

Petang tu kami g pantai berdekatan,memang banyak nau chalet tepi pantai tapi kena pandai pilih la. Harga pun affordable, Kak Limah memang sangat suka tengok pemandangan pantai,encik suami layankan je mak buyong sorang ni,memang betul2 meraikan  pendek kata,




Malam tu suami tanya nak makan kat mana.Tekak mengidam masakan bakar,makanya kami ke sebuah restoran yang agak terkenal di Cherating. Tak jauh dengan chalet kami,tepi jalan otw ke Kemaman, Warung Abu Ikan Bakar. Signboard tulis WAIB. Memang agak full tapi ioulls sanggup tunggu okay,sorry encik suami. Nak merasa gak kat situ. Kitaorang makan ikan siakap bakar,sotong goreng tepung. Marvellous,alhamdullilah memang segar.  Nah ni gambar warung tu time siang. Gigih kitaorang g semula semata nak snap gambo ni tau hehe Sebelum tu ni apa kitaorang makan berdua,alhamdullilah Kak limah tak memuntahkan semua ni,maka berbaloi encik suami belanja makan ni. 


makanan kami

                                                           gambar warung siang

Keesokan harinya kami ke Kuantan,konon nak shopping baju raya kat Giomall. Encik suami layankan je. Habis semua butik masuk tapi tak de yang berkenan,ada yang berkenan pun melebihi bajet jadi wajib dilupakan haha Bella ammara,Minaz,byfatinsuhana semua kak limah terjah cuci mata,terapi sangat ahaha. Lepas tu g ikut encik suami g kenduri bff dia kat Taman Tas. Wah heaven of foods sangat kenduri bff suami aku ni. Macam bazar ramadhan okayyyy.. ayam bakar 2 ketul ioulls makan. Encik suami lagi la semua dia try,keropok lekor,apam balik semua dia angkut ngap. hahaha
dapat jumpaa bff suami. Tema kitaorang pun sama dengan diaorang purple.


gambar kat rumah pengantin,sampai pengantin tukar baju kitaorang ada lagi.haha

Lepas dah kenduri, Kak Limah ajak suami balik chalet sebab rasa mcm letih sangat. Balik tu rehat je. Malam baru keluar balik untuk makan. Makan lagi. Kami makan makanan bakar lagi tapi warung lain pulak. Kat sini cicah air asam dia sedap lagi,ikan lagi segar warung semalam. hehe Seperti biasa gigih weolls datang sebelum balik semata nak snap gambo untuk sesiapa jadikan panduan bila travel ke Cherating nanti.

nampak tangan kak limah tu gigih



Keesokan pagi check out setelah stay 2 malam,kami g pantai dulu,weolls lupa bawak baju nak mandi. Kesian suami kak limah,dah la dia suka swimming. Maafkan ayang,


gambo tepi pantai kitaorang sebelum balik. MILLION THANKS TO MY HERO FOR THIS TRIP,LOVE YOU!

Bye bye cherating, Next trip nak g mana pulak ek hihi
Mari simpan duit dan fikirkan,








0 ulasan:

Bismillahirrahmanirrahim. Lama dah blog terbiar bersawang. Status pun dah berubah,dari single ke isteri orang. Alhamdullilah, 360 darj...

Cara buat sijil penampalan Chambering & Filing borang 6,7 &8 (Part 1)



Bismillahirrahmanirrahim.
Lama dah blog terbiar bersawang. Status pun dah berubah,dari single ke isteri orang.
Alhamdullilah, 360 darjah kehidupan berubah and its quite interesting to learn a lot of things.

Berbalik pada tajuk entri kali ni. Aku mula chambering sejak tahun lepas. Chambering dalam istilah bahasa melayu ialah latihan dalam kamar sebelum seseorang bergelar lawyer officially. Habis study bulan 1/2015. 24/1/2015 aku bertunang. Rehat seketika selesaikan urusan kahwin dan dapat tempat chambering. Terus start 18/5/2015. 25/5/2015 filing terus supaya masa berlalu dengan pantas.

tup tap2. Aku kahwin pun masa chambering, 21/11/2015. Boleh bayangkan betapa kalutnya aku tapi alhamdullilah Allah tolong dan permudahkan semua. lepas kahwin, aku ada suami dan in laws family yang fully support aku meneruskan chambering.

Alhamdullilah 25/2/2016 aku tamat chambering cukup 9 bulan.
Tanpa membuang masa aku mulakan siap long call papers even sebelum date. 3/3/2016 aku pergi KL.

3/3/2016
Aku bertolak dari Pahang jam 6.40 pagi,drive sendiri sebab suami kerja. Alhamdullilah pukul 8 aku dah sampai tol gombak,terus masuk DUKE konon nak elak jem tapi jumpa jugak jem,congested betul jalan. Adoi ni la benda aku tak minat kat KL,which is nak hadap jem hari2. Aku sampai kat Kompleks Mahkamah Jalan Duta jam 8.40. 40 minit masa aku habis kat jalan je haha Padahal dekat je.

Ok. Yang pertama, aku belum buat sijil penampalan. Meh aku share macam mana nak buat Sijil Penampalan which will be one of the exhibits utk Borang 6. So,nak tak nak before filing,kena settle ni dulu.

Steps Buat SIJIL PENAMPALAN:

1- Pergi ke Kaunter RKK kat Tingkat 2 belah kiri korang. Bagitahu kat staff nak buat sijil penampalan. Jika bernasib baik,dapat staff yang akan terangkan macam mana caranya

2- Staff RKK akan bagi dokumen yang terkandung details untuk diisi dalam borang sijil penampalan. Isi je elok-elok. Jika ada yang tiada dalam dokumen tersebut,just tanya staff sebab mereka ada details:-)

3-Lepas tu turun bawah,pergi ke kaunter efilling yang terletak belah kanan masa korang mula masuk.

4-Pergi ke kaunter 1 atau 2 untuk dapatkan borang efilling
  Tulis details.

5- Isi borang efilling dan ambil no giliran.

6- Sementara menunggu nombor dipanggil, pergi bayar caj perkhidmatan RM10 kat mesin

7- Nombor dipanggil terus ke kaunter untuk scan dokumen.

8- Selepas itu, pergi ke kaunter no 5 untuk dapatkan invois bayaran,guna no yg diambil tadi.

9- Selepas dapat invois bayaran,ambil nombor untuk bayaran filing.

10- Bayar caj filing sijil penampalan sebanyak RM40 di kaunter.

11- Naik ke kaunter RKK bagitahu nak extract hari yg sama ataupun tunggu je email extraction

12- Dapat email,boleh cek dan print sijil penampalan yang sudah extract dan serah kepada RKK untuk cek

Alhamdullilah done. Lepas tu apa yg saya buat ialah pergi bayar disciplinary fund di Wisma Maran & dapatkan instrument di Bar Council. Nantikan. ^_^

Semoga dapat membantu. Sebarang pertanyaan,tinggalkan kat komen,inshaAllah mana boleh jawab,akan dijawab:)

0 ulasan: