Wednesday, March 04, 2015

satu benda yang aku suka search sejak dulu: Petua tradisional

Coretan daripada Nor Halimah Ahmad Ramli at 12:53 AM
Bismilahirrahmanirrahim

Tajuk aku kali ni kembali ke zaman nenek moyang kite,nak cakap pasal petua traadisional.
Sedar tak sedar ini antara benda aku paling suka search dan baca dalam majalah.
Nak kata rajin nak amalkan,memang tak la.
Hehe tapi ada gak cuba sekali dua petua nak hilangkan jerawat,petua nak rambut lawo la.
Tapi aku ni kekadang malas nak sediakan,alahai.
Padahal aku rasa sgt menjimatkan dari membeli pelbagai produk huhu
Part yg paling aku suka part di mana aku rasa nenek moyang kite dulu sangat appreciate ie menghargai tumbuh-tumbuhan ,tanam-tanaman yang ada. Mereka gunakan setiap inci dan discover pelbagai manfaat yg kite boleh guna sampai sekarang.
Tu juga cara kita merenung setiap kejadian ciptaanNya,semua ada peranan kan?
Indahnya ^_^

Meh nak cakap antara petua yang aku pernah buat,

Petua nak hilangkan jerawat disebabkan muka aku dulu tersangatlah subur jerawatnya,ibarat cendawan tumbuh selepas hujan,rasa nak menangis tengok. Bila aku tengok balik gambar muka dulu, alhamdullilah aku appreciate muka aku skrg :) Walaupun x selicin mana tapi ade perbezaan,mak aku pun kata sebegitu. Berbalik kepada petua yg aku pernah buat di zaman itu, antaranya ambil lidah buaya pastu lendir kat  pokok lidah buaya tu sapu je kat muka. Sebab tu kot banyak gak produk kat pasaran berasal dari lidah buaya sebab if konsisten inshaAllah ade hasilnya perlahan-perlahan. Yang kedua aku pernah tumbuk kulit kayu manis jadi serbuk lepastu sapu kat tempat jerawat tapi upsss cara ni memang agak pedih. Aku sendiri kalau tak tahan aku basuh balik dengan air.Yg ketiga ni mungkin ramai yg guna lagi,pakai bedak sejuk. sedap pakai bedak sejuk ni sebab rasa fresh gituh. Yang saya pernah baca antara fungsinya juga nak surutkan jerawat kat muka:)

Petua kedua ni kire mcm pengganti skrub badan pun boleh kot,senang je pegi dapo bukak peti sejuk ambil limau nipis hehe Masa mandi sesekali gunalah limau nipis ni,baik untuk bau dan nak hilangkan kesan degil daki-daki. Jimat kan? That's why most of buih mandian dibuat daripada limau nipis.

Petua ketiga aku pernah buat nak segarkan mata yg letih ialah dgn gunakan uncang teh sahaja, Mudah je uncang teh yg dah guna tu jgn buang,simpan dulu dalam peti. Macam kite letak timun atas mata tu, bezanya cuma kite letak uncang teh tu,percayalah sejuk je rasa. Lepas bukak terasa segar.. Lalalala.

Petua seterusnya dan terakhir untuk kali ni, yang pernah aku buat dan selalu lupa nak buat padahal ni paling senang kot ialah petua nak licinkan kulit,awet muda gtuh. Caranya basuh muka dengan air basuhan beras tu. Hari-hari basuh beras tu,airnya tu amek buat basuh muka,senang je kan? hehe try la

Ok lah tu je celoteh dan bebelan aku kali ni, selamat malam semua.

Wassalam,

0 comments:

 

Flavor of my life Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea