By NORHALIMAH

Berkongsi rasa,tips dan cerita

LightBlog

Bismillahirrahmanirrahim Topik aku kali ni beza sikit. Rambut? Aku bukanlah pakar rambut haha Rambut ni mahkota perempuan so kene la jaga...

rambut dan perempuan

Bismillahirrahmanirrahim

Topik aku kali ni beza sikit. Rambut? Aku bukanlah pakar rambut haha
Rambut ni mahkota perempuan so kene la jaga,betul tak?
Bila dah kata mahkota as a muslimah rambut is one of the parts yg kita wajib cover dalam bab aurat.

Aku selalu je dengar org kata kalau pakai tudung rambut mesti tak kisah kan.. No no no! Salah sama sekali. Pakai tudung/hijab lagilah kena jaga hehe :)

Personally, aku pernah baca pasal kebaikan pakai tudung pada rambut kita as perempuan. Ade satu ni yg aku ingat dari segi sains, merujuk artikel "The Science Behind the Veil" mengatakan 'Ujian-ujian menunjukkan 40-60 peratus kepanasan badan seseorang hilang melalui kepala justeru menutupnya terutama dimusim sejuk dapat mengawal suhu badan seseorang berbanding mereka yang lain'. Percaya sesuatu suruhaNya atau laranganNya pasti utk kebaikan kita :)

Berbalik kpd rambut, itu antara part yg perlukan penjagaan terbaik selain muka. Macam -macam masalah boleh timbul. Antaranya,rambut kering,gugur(aku rasa ni biasa atau normal kalo x banyak n bila rmbut panjang),bercabang(bila rambut tak sempat kering,dah tutup),berbuah dan macam -macam lagi.

Dari kecik mak aku dah biasakan aku ngan shampoo hehe tapi masa kecik dulu duk guna johnson baby,takpon carriejunior. Biase la budak2. Heaven nau bile syampu rambut,main2 buih kan.

Bila dah besar ni aku cari tau pasal syampu gak, Setakat yg aku tau,tak elok syampu rambut sokmo atau tiap kali  mandi. Better jarakkan. Jadinya aku dah tak macam masa kecik nak syampu je setiap kali mandi. Hehe secara tak langsung jimat duit poket syampu lambat habis haha. Tapi jangan ingat busuk lak,kalau jaga betul2 bau wangi syampu tu ade je(tu kate mak aku la) hehe. Mak aku lak ikut je ape aku pakai dia pun join sekali. Kadang tu aku beli yg black colour pny cecair,terkejut mak aku bila tuang kat tangan haha :-p

Setakat ni aku pernah try jenama Sunsilk,Dherbs yang terlajak laris tu pastu laboost yg kaler biru,boleh beli online sbb kat supermarket tak pernah pulak aku jumpa laboost ni. Kalau nak beli boleh cek kat IG nns_store sbb situ hrga mmg murah dr tmpt lain hehe Tapi dlm banyak2 ni,aku tetap setia ngan sesuai ngan sunsilk gak. Walau apapun semua produk aku pakai tadi tetap the best,boleh la try nanti ye :)

Satu lagi, aku ade habit suka org cucikan rambut aku pastu urut2 kepala tu,rasa fresh dan lega.hehe Aku bukanlah kaki saloon tapi sesekali aku akan g gak kedai rambut cuci rambut. Rate kat tempat aku still affordable. Memang seronok rasa cam ringan je kepala lepas cuci :) Feeling cuci dek orang tu lain sikit.

Selain tu, potong hujung rambut tu dalam dua bula sekali. Aku suka buat ni. Ini tips nak cepatkan rambut panjang dan alhamdullilah dengan aku memang jadi. Rasa cam cepat je rambut memanjang. Sambil tu boleh buang rambut bercabang.

Pasal rambut gugur aku pernah baca pasal ni,normal rambut gugur 50-100 helai seharian. Tapi kalau gugur banyak semacam tu pelik pulak, kena cari jalan penyelesaian.

Tu lah cerita rambut,sayangi rambut anda^_^skrg ni aku minat nak belajar buat braid hair,duk tgk tutorial kat youtube^_^ hehe cam gmbo ni






Sekian dari NHAR,
Salah silap mohon tegur:)

Wassalam





0 ulasan:

Bismilahirrahmanirrahim Tajuk aku kali ni kembali ke zaman nenek moyang kite,nak cakap pasal petua traadisional. Sedar tak sedar ini ...

satu benda yang aku suka search sejak dulu: Petua tradisional

Bismilahirrahmanirrahim

Tajuk aku kali ni kembali ke zaman nenek moyang kite,nak cakap pasal petua traadisional.
Sedar tak sedar ini antara benda aku paling suka search dan baca dalam majalah.
Nak kata rajin nak amalkan,memang tak la.
Hehe tapi ada gak cuba sekali dua petua nak hilangkan jerawat,petua nak rambut lawo la.
Tapi aku ni kekadang malas nak sediakan,alahai.
Padahal aku rasa sgt menjimatkan dari membeli pelbagai produk huhu
Part yg paling aku suka part di mana aku rasa nenek moyang kite dulu sangat appreciate ie menghargai tumbuh-tumbuhan ,tanam-tanaman yang ada. Mereka gunakan setiap inci dan discover pelbagai manfaat yg kite boleh guna sampai sekarang.
Tu juga cara kita merenung setiap kejadian ciptaanNya,semua ada peranan kan?
Indahnya ^_^

Meh nak cakap antara petua yang aku pernah buat,

Petua nak hilangkan jerawat disebabkan muka aku dulu tersangatlah subur jerawatnya,ibarat cendawan tumbuh selepas hujan,rasa nak menangis tengok. Bila aku tengok balik gambar muka dulu, alhamdullilah aku appreciate muka aku skrg :) Walaupun x selicin mana tapi ade perbezaan,mak aku pun kata sebegitu. Berbalik kepada petua yg aku pernah buat di zaman itu, antaranya ambil lidah buaya pastu lendir kat  pokok lidah buaya tu sapu je kat muka. Sebab tu kot banyak gak produk kat pasaran berasal dari lidah buaya sebab if konsisten inshaAllah ade hasilnya perlahan-perlahan. Yang kedua aku pernah tumbuk kulit kayu manis jadi serbuk lepastu sapu kat tempat jerawat tapi upsss cara ni memang agak pedih. Aku sendiri kalau tak tahan aku basuh balik dengan air.Yg ketiga ni mungkin ramai yg guna lagi,pakai bedak sejuk. sedap pakai bedak sejuk ni sebab rasa fresh gituh. Yang saya pernah baca antara fungsinya juga nak surutkan jerawat kat muka:)

Petua kedua ni kire mcm pengganti skrub badan pun boleh kot,senang je pegi dapo bukak peti sejuk ambil limau nipis hehe Masa mandi sesekali gunalah limau nipis ni,baik untuk bau dan nak hilangkan kesan degil daki-daki. Jimat kan? That's why most of buih mandian dibuat daripada limau nipis.

Petua ketiga aku pernah buat nak segarkan mata yg letih ialah dgn gunakan uncang teh sahaja, Mudah je uncang teh yg dah guna tu jgn buang,simpan dulu dalam peti. Macam kite letak timun atas mata tu, bezanya cuma kite letak uncang teh tu,percayalah sejuk je rasa. Lepas bukak terasa segar.. Lalalala.

Petua seterusnya dan terakhir untuk kali ni, yang pernah aku buat dan selalu lupa nak buat padahal ni paling senang kot ialah petua nak licinkan kulit,awet muda gtuh. Caranya basuh muka dengan air basuhan beras tu. Hari-hari basuh beras tu,airnya tu amek buat basuh muka,senang je kan? hehe try la

Ok lah tu je celoteh dan bebelan aku kali ni, selamat malam semua.

Wassalam,

0 ulasan: