By NORHALIMAH

Berkongsi rasa,tips dan cerita

LightBlog

Bismillahirrahmanirrahim. Sejak dua menjak ni,aku terlebih "rajin" taip-taip ni. Disebabkan aku belum kerja lagi,bolehlah aku...

Make up ?

Bismillahirrahmanirrahim.

Sejak dua menjak ni,aku terlebih "rajin" taip-taip ni. Disebabkan aku belum kerja lagi,bolehlah aku membebel kat sini sesuka hati tanpa ada bos memanggil aku. Haha.
Kali ni aku nak cerita pasal mekap. Aku ni dulu tersangatlah tak ambil tahu pasal mekap ni. Term MUA tu pon dulu aku tak tau apa dia. Sekarang ni pulak lain da,sampai MUA pun dah jadi mcm kakak aku. Haha.*Kak baiyah,sorry tak sempat lg nak blaja ngan akak mekap
Aku kenal akak tu dari rumah sepupu aku lps tu aku siap ikut dia join satu event mekap pengantin kat Taman Layang2,Kepong. Haha suka hati aku je.

Mungkin jugak naluri perempuan suka cantik,aku tak terlepas,cuma aku lambat sikit nak kenal barang2 mekap ni. Dulu masa first year aku selalu tadah muka main mekap ngan rumate aku,Bella. Rindunya zaman dulu.

Sekarang ni aku pulak jadi suka,google youtube pasal mekap,cari blog cite pasal mekap,apakah ini? Aku yg dulu lantaklah apa nak jadi ngan muka sku.Sekarang pun nak kata aku kaki mekap bila keluar tak jugak,kdg tu "terlebih confident" pergi jalan "naked" face sahaja haha

Dalam MUA yg aku suka tgk hasil kerja diaorang, contohnya Aimierifdi,Kak Awin,Fahadaismail,naela(exclassmate aku),dan ada la youtubers yg aku suka juga,yang penting nampak natural,dan tak ubah muka seseorang tu.

Sebagai newbies,aku nak share je ape yg aku suka guna bila main mekap.


1-BB Cream IN2IT (beli kat watsons je)
2- Miss Rose Concealer (beli online kat fb Hani Kryolan page)*akak MUA rekemen
3- Kryolan Foundation *aku beli yg ikut gram je,RM25 kot kalau x salah,beli kat fb Hani tu

 
4- Silky Girl lips gloss
5- Maybelinne lip balm (biru pink tu time aku beli kat watson,harga RM9.99)*yg ni fav aku dalam beg mesti ade,gara2 sepupu aku rekemen,
6- Maybelinne lip balm
7-Maybelinne lips gloss 
8-Lips pallete (beli kat fb Hani tu,aku tak ingat harga dah)


9-Relian Mascara *best sebab ade fibre sekali utk buat bulu mata nampak panjang haha Seingat aku harga RM25
10- Celak yang mcm lipstick tu aku beli kat Mekah tapi mmg jarang pakai sbb kelopak mata aku mesti comot kalau pakai,siapa yg mata ala arab boleh la try
11-Silky Girl Eye liner
12-Avon eye liner


13- Naked Eye Shadow *mostly kaler earth
14- Naked blusher,highlighter
15- Silky girl loose powder *aku lagi suka loose powder dari compact powder,yg ni barang kedua yg ade dlm handbag.
16-Pixy *yg ni aku rasa salah beli kaler sbb tone x sama ngan warna kulit muka aku,memang jrg pakai plus sbb aku tak brp sesuai ngan compact powder
17- Berus -berus ni paling aku tak sangka aku akan beli haha (Beli kat fb Hani gak)

Tu je barang aku ada,yang online memang semua aku beli kat Hani Kryolan,boleh search kat fb. Harga pun berpatutan dan mcm2 ada.

Sekarang aku suka masuk website hansagae cuci mata je haha. Yg ni ade lagi,malas da nak beli lagi.
Aku bukannya jenis pakai sokmo mende2 ni,certain waktu je.
 Tapi mask kat hansagae mcm menarik hehe
Ada sebarang tips utk mekap,boleh la sudikan share dgn aku yg xtau ape sangat ni:) 

Oh ye sambil tu nak lawo camne pun ,ingat Allah da ciptakan kita sebaik kejadian,secantiknya^_^ 
Jangan sampai buat sesuatu yg dilarang.

Wassalam.


2 ulasan:

Bismillahirrahmanirrahim. huhu setelah sebulan lebih,barulah rasa nak share pengalaman masa first aku kena interview kerja.  Kire yg ...

Pengalaman First Interview Kerja...

Bismillahirrahmanirrahim.

huhu setelah sebulan lebih,barulah rasa nak share pengalaman masa first aku kena interview kerja. 
Kire yg ni first aku kena panggil interview,agak ekspress. Aku hantar resume melalui senior Uia. Die foward je la resume tu.
Interview kat sebuah bank pelaburan,huhu dengar bank pelaburan pun sebenarnya dah cukup menggerunkan aku yang tambah pulak fresh graduate -_- Interview kat nun tengah bandar,dekat ngan area Pavilion tu. 
Malam tu aku alami penangan nak interview punya pasal,tak tido nyenyak aku dibuatnya. Tidur malam tu mmg totally tak berkualiti kot haha 
Mak aku pesan,baca je selawat banyak2 hadap je,diaorang pun manusia hihi

Pagi-pagi lepas Subuh dah g,aku pilih naik public transport je sebab tu kawasan jem. Memang tak la nak naik kereta,nak drive bagai,baik aku meluncur je naik lrt. First aku naik bas dr sri gombak,pastu naik lrt sampai dang wangi. Memandangkan tak nampak teksi situ,patah balik g naik lrt turun kat masjid jamek,jalan kaki g lebuh pantai amek teksi situ. Lalu balik kat Dang Wangi tadi,jem nau. Meter teksi naik dengan melonjaknya,mata aku duk terkebil tengok sambil, "hai bilalah nak habis jem ni" Driver tu siap suh aku tido. Memang tak la aku nak tdo uncle. Aku kene alert nak lagi naik ngan teksi kat tengah bandar haha

Interview aku pukul 10. Aku sampai agak awal. Sejam sebelum haha. Mak ai bangunan tu buat aku yang org kampung ni ternganga dgn gaya2 org dlm tu yg bergaya. Aku rasa mcm rusa masuk kampung. eh betul ke peribahasa aku ni?
Aku pon naik pergi kat receptionist bank tu kat tingkat 13. Dia suh aku duduk dulu,dia da tahu aku ni nama ape nak dtg iv. Tak lama lepas tu ade sorang puan datang bawak aku g bilik iv.

Aku yang kat belakang dia ni cuak tu xyah cakap la,maklumlah first time terus g yg besar2 camni. Aku pun diletakkan kat satu meeting room,dan puan tu suruh aku isi resume pastu dia borak2 sikit dan pergi masuk office.

Aku pun isi la borang. Dalam bilik kaca tu aku nampak la staff lalu -lalang. Setengah jam lepas tu, ada seorang lelaki dan seorang perempuan dtg dengan puan tadi. haa mereka yang akan interview aku. Yg encik tu Dato' yang puan tu,head of compliance department bank tu.

Nervousnya aku, mostly diaorang tanya background aku. lepas tu basic question pasal banking ie: mudharabah,musyarakah,etc.,pasal komitmen. Agak lama aku kat dalam tu,aku jawab je ape aku rasa nak jawab,walaupun aku sangatlah nervous ketika itu ye. Interview tu in English and Malay.Tapi mostly english. Nasihat aku, macam mana pun ,walaupun kita bukanlah dari background family yg guna english as medium of language,just ckap je dan usaha nak belajar. Aku teringat dulu aku pernah cakap ngan mak" knapa tak htr akak sekolah omputih" hehe Masa tu aku stress zzaman matrik sbb medium yang diaorg guna english. Yelah zaman sekolah selalu tulis tulis je english ni. Tapi mak aku ni sangat positif, dia pesan" mak ni tak pandai nak ajar akak skrg,akak dengar baik2 belajar elok2,inshaAllah mudah nanti" Itu aku pegang ,aku suka kata2 positif dari negatif dan aku rasa aku sangat bertuah sebab punya mak dan arwah ayah yg sangat positif dan tak pernah cakap yg negatif pada aku. To be honest aku sangat tak suka bila dengar budak2 sekarang cakap "bo...,b..." tu dgn kawan2 dan aku selalu harap seandainya ditakdirkan jadi ibu aku tak nak anak2 aku cakap yg negatif2 dan aku harap aku takkan pernah sekali cakap yg negatif. Pada aku,kata2 positif tu doa yg hebat dan penenang pada insan yg mendengar. Ok.
Zaman universiti tu gunakan sebaiknya untuk improve semua tu. Sesekali dengarlah lagu omputih hehe * itu apa aku buat sambil baca lirik lagu. Masa sesi iv aku anggap macam aku tengah sembang tapi in a formal situation la. Walaupun ade gak aku sangkut nak jawab tapi tak pe,just enjoy and take it as a valuable experience for your next interview or anything.

Dah nak habis tu dia tanya la aku ade ape2 lagi nak tanya. Aku pun tanyalah beberapa soalan. Yang ni aku nak share before g iv aku ada buat research, korang tanya la, ape pandangan interviewers pada kite wktu iv session. Jadi kita boleh improve utk akan datang :) Anything take it positively. Aku still ingat respon interviewers tu bila aku tanya soalan tu, " good question that candidates rarely ask,you are really positive person......"Lepas tu dia komen la aku,aku ni senang je apepon aku maintain senyum je kot haha Sampai puan tu cakap "awak suka senyum". Itulah yang aku mampu buat.Lepas habis iv aku pun balik,siap singgah jalan tar cuci mata,padahal bukannya dpt kerja lagi.

As a conclusion, aku tak tahu kenapa aku happy sebab aku dapat pengalaman yg sangat berharga. Pengalaman tu sangat berguna utk iv aku yg kedua dua minggu lepas. Good start sbb dpt iv dimulai dgn syarikat besar. Walaupun tak dapat position tu aku rasa,aku ok je hehe. Sebab rezeki tu kan kat tangan Allah. Kita cuba yg terbaik tapi yg terbaik utk kita hanya Allah yang tahu:)

Wallahua'lam.

0 ulasan:

Bismillahirrahmanirrahim Alhamdullilah baru2 ni dapat g akad nikah dan resepsi seorang adik yg dah lama aku kenal. Family dia da trea...

Selamat pengantin baru.

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdullilah baru2 ni dapat g akad nikah dan resepsi seorang adik yg dah lama aku kenal.
Family dia da treat aku ni mcm keluarga angkat diaorang gitu.
Asalnya dulu ayah aku kan ngajar kat sekolah Lebak.
Satu habit ayah,dia sangat suka bawak balik anak2 murid dia balik rumah,terutama masa pertandingan sebab dia akan train diaorang untuk tilawah,hafazan n etc.
haha teringat pulak yg aku pun pernah kena train,ayah memang strict time tengah train,masa tu aku masuk hafazan dan bercerita haha

Kadang tu yang tak masuk pertandingan pun dia bawak balik,bagi aku ada kawan2,sebab tu sampai sekarang aku sangat rapat dengan member2 sekolah rendah dan masih keep in touch dgn students ayah. Kadang tu boleh throwback zaman naik basikal sama2 ngan aku kat area rumah aku. Hai la ayah ni sweet sebenarnya,dia tau aku keseorangan,dia bawak balik kawan utk aku. Students ayah aku semua ingat la kalau cakap pasal ustaz Ramli,i'm proud of you, Betullah orang kata "father will always be a hero to his daughter" . Aku memang admit part tu.
Berbalik pada wedding adik ni,nama dia Iejah. Aku dulu rapat ngan kakak dia,Kak Dhiah sebab ayah pernah bawak balik rumah tidur kat rumah kami masa akak ni darjah 3,masa tu aku prasekolah kot. Sampai sekarang kitaorang still contact walaupun daj 8tahun ayah tak de.

Iejah ni siap pesan masa aku raya rumah dia tahun lepas supaya aku datang majlis dia. Alhamdullilah aku diberi kesempatan untuk hadir majlis akad nikah dia. Sekali lafaz Iejah sah bergelar isteri kpd Azlan,orang Terengganu. Aku sangat happy:)Sampai aku ngan mak duk sana sampai si pengantin dah tukar baju tidur haha. Pukul 12 lebih baru kitaorang balik duk sembang panjang.
Esoknya aku ngan mak g majlis resepsi. Aku suka la g kg area Lebak,meriah dan sangat mengimbau kenangan aku suka merayap zaman sekolah g rumah kawan2. Yela zaman dulu mana ade kes culik,hehe aku pon "travel" la.Lepas tu aku suka sebab dpt jumpa kenalan yg lama dah tak jumpa. Wedding baru ni aku jumpa mak cik kantin sekolah lebak,aku pun dgn selambanya cuit mak teh,"mak cik kenal saya x" haha of kos la mak cik tercengang,dah berbelas tahun kot,bila kata halimah anak ustaz Ramli dia pun buat throwback zaman aku sekolah suka sangat belanja orang bermangkuk2 makanan haha Seronokla sebab aku dapat rasa betapa indahnya perkenalan yg da lama dan ikhlas tu. Terima kasih sgt sebab buat aku rasa mcm aku ada kampung ketiga gituh. Aku akan sentiasa ingat warga sk lebak ni hehe:)

gambar dengan akak pengantin ,Kak Mardhiah :)

Nah ni gambar pengantin minggu ni.Aku macam biasa kalau pengantin aku kenal haruslah aku mendapatkan gambar bersama pengantin walaupun di luar rumah tanpa pelamin hehe Terima kasih adik sekeluarga:) Nanti kalo muin ngan adik sorang lg nak kawin, nak dtg lagi hehe
ok Selamat pengantin baru Liejah&suami.
Semoga sentiasa dirahmatiNya^_^

ni versi DSLR family pengantin  


ni dari  lenovo aku haha blur gituh


0 ulasan:

Bismillahirrahmanirrahim Tajuk entri kali ni seperti menjawab pertanyaan mereka2 tentang aku.  alhamdullilah tamat belajar pada bulan Janu...

Ya,saya belum bekerja tetap.

Bismillahirrahmanirrahim
Tajuk entri kali ni seperti menjawab pertanyaan mereka2 tentang aku.
 alhamdullilah tamat belajar pada bulan Januari lepas,masuk sekarang hampir 4 bulan lebih mengganggur.
Bukan tak cari,belum rezeki Allah nak bagi ntang tu :) Interviews pun dah pergi. Oh yer lain kali nak cerita pasal pengalaman first pergi interview sebab aku rasa yg tu pengalaman berharga kot.

Tapi bila cakap pasal rezeki, aku dapat rasakan yg Allah bagi rezeki untuk aku skrg ni melalui jalan-jalan yg lain,betul sangat apa ustazah Halima,seorang lecturer aku pernah ingatkan, " Rezeki comes with different portions for each one of you and for sure that kind of portion is the best for you".

Contohnya, mcm sekarang,ya aku bukan kerja tetap lagi tapi sungguh rezeki tu dtg jugak,first of all kite jgn tafsir rezeki tu duit je:) Aku dpt spend masa dgn mak,yg aku nak sangat buat dulu,macam masa ayah ada jugak. Keadaan kesihatan mak yg memerlukan utk sentiasa check up,tipulah aku kata kalau aku tak sedih tgk mak kene g sendiri zaman aku belajar dulu,tipulah kalau aku kata aku tak sedih sbb x dpt temankan ayah kat hospital hingga saat terakhir ayah menghembuskan nafas terakhirnya di hospital. Tapi alhamdullilah semua tu aku dpt buat skrg utk hantar mak g check up. The moment bila mak aku kata," mak punya darah mesti stabil kalau akak yg hantar" wallahi aku tak dapat nak explain & aku sangat bersyukur Allah bg aku kesempatan yg aku ada ketika mengganggur ni utk berbakti pada mak. Pada aku itu rezeki bahagia ada seorang ibu yg sangat awesome.
Beberapa bulan lepas, aku dapat peluang tolong mak cik pak cik aku disebabkan keadaan kesihatan mereka dan selepas dilanda banjir. Pada aku,itupun dah rezeki,,

Alhamdullilah juga sbb aku ada org2 yg selalu support aku utk business online walaupun hanya start sbg dropshipper. Dulu aku pernah business mcm ni,jd aku gunakan sedikit pengalaman yg ada sambil baca kisah2 org yg dah berjaya. Sekarang ni aku sambung balik tapi fokus pada tudung/shawl,boleh follow ig amniheejab,fb pun ade. Alhamdullilah setiap customer yg dtg tu bawak rezeki,walaupun hanya bertanya still diaorang adalah potential customer. Sebab aku pun customer,aku faham kalau mereka tamya mcm2, to be honest aku antara yg suke online shopping. Jdinya kadang tu member2 sedara mara tanya aku kat mana jual jubah,shawl,etc online yg bagus. Aku pun lelaju je rekemen kan hehe Doakan aku berjaya dan tak mudah give up ye^_^

Plus sekarang aku ada banyak masa,jadi aku ambil je kerja cek translate abstract utk assignment dan taipkan assignment yg dah siap. Mungkin ni rezeki nak k..... hehe Alhamdullilah,betullah ape Allah janji sebab kdg tu aku x expect pun sumber tu dtg dr mcm2.

Dulu mula2 serius aku mcm stress gak pasal ni tapi lelame aku dah malas ambil port apa yg orang  kata in a negative way. Just take it positively,itu yg aku tengah buat sampai sekarang. Biasalah sesetengah akan kata yang negatif spt downkan kite tapi just try fikir org tu ingatkan kita,risaukan kita hehe Tak kurang jugak yg sangat memahami lah pada aku dan keep bagi semangat mcm keluarga aku dan org yg rapat2 ngan aku. Terima kasih sangat2,aku sangat appreciate dan inshaAllah aku tetap akan usaha dan aku percaya rezeki Allah nak bagi mcm2 dan akan bagi pd the most appropriate time. Itu yg aku pegang sampai sekarang.

Kepada yg belum dpt kerja mcm aku ni,jangan risau. InshaAllah ade rezeki ,cuma lambat atau cepat. Tapi usaha doa jangan tinggal. Keep thinking positively semua,jom kite reramai fikir camtu:) Doakan aku dpt yg terbaik utk aku dan boleh bahagiakan semua org.

Wassalam.
NHAR 1608

0 ulasan:

Bismillahirrahmanirrahim Lamenye dah tak tulis pape kat sini. Busy nau mengganggur kot. hehe Kali ni nak share pengalaman DIY pelam...

Mini Pelamin DIY

Bismillahirrahmanirrahim
Lamenye dah tak tulis pape kat sini.
Busy nau mengganggur kot. hehe
Kali ni nak share pengalaman DIY pelamin mini.
Entah sejak bile aku minat pada benda2 camni,tapi memang buat benda camni buat aku happy:)
Mungkin ni antara yg aku enjoy buat selain tangkap gambo kot.

Pelamin mini DIY ni memang membantu menjimatkan kos dan boleh buat ikut idea kite sesuka hati.

First, ni la pelamin pertama yg aku DIY dgn bantuan sahabat2 untuk bff aku,ni tahun 2013.
Masa tu trend kipas ni tengah up naik. So aku pun lukis lakaran aku dan tunjuk kat mmber tu,dia ni senang je setuju. Maka bergembiralah aku pelan lulus gituh:)
Kipas tu mmg aku DIY ,memang agak memakan masa tapi seronok dan puas hati.
Aku guna kertas warna je senang. Lepas tu tabir tu kawan aku memang dah sediakan. Yang bentuk love tu buat daripada creepe paper je. Senang je:) Pastu tambah kerusi dan pasu. Tadaaaa....




Second yg ni aku buat utk kali keduanya. Sayangnya aku lupa nak tangkap full. Ni pon ihsan drpd Rafi Photography. Hehe. Tema kali ni dah ditetapkan pengantin krim dan hijau. Belah atas tu ade pomander ball yg DIY je,beli gabus bulat pastu buat bunga guna creepe papers dan cucuk je kat gabus tu. Tapi serius agak sgt memakan masa utk penuhkan bulatan gabus itu ya, apapun sebab aku suka, aku tak kisah:) Tabir tu aku cari yang krim atas permintaan pengantin. Pastu sewa kerusi. Bawah tu ada bunga yang DIY gak tapi tak masuk pulak dalam gambar. Alahai..






Yang ni paling latest aku buat bulan Januari lepas. Yg ni aku guna bunga DIY creepe papers,bunga plastik,pomander ball n etc. Tema pink kuning pastu ade la peach. Ni untuk majlis tunang. Simple je hehe Letak bantal nikah satu je la sebab tunang je nak duduknya haha Yg lelaki tak yah dulu. hehe



Amacam korang rasa?
Rasa nak DIY boleh cuba,janji ade kemahuan:)

Ok sekian perkongsian,selamat mencuba^_^




1 ulasan:

Bismillahirrahmanirrahim Topik aku kali ni beza sikit. Rambut? Aku bukanlah pakar rambut haha Rambut ni mahkota perempuan so kene la jaga...

rambut dan perempuan

Bismillahirrahmanirrahim

Topik aku kali ni beza sikit. Rambut? Aku bukanlah pakar rambut haha
Rambut ni mahkota perempuan so kene la jaga,betul tak?
Bila dah kata mahkota as a muslimah rambut is one of the parts yg kita wajib cover dalam bab aurat.

Aku selalu je dengar org kata kalau pakai tudung rambut mesti tak kisah kan.. No no no! Salah sama sekali. Pakai tudung/hijab lagilah kena jaga hehe :)

Personally, aku pernah baca pasal kebaikan pakai tudung pada rambut kita as perempuan. Ade satu ni yg aku ingat dari segi sains, merujuk artikel "The Science Behind the Veil" mengatakan 'Ujian-ujian menunjukkan 40-60 peratus kepanasan badan seseorang hilang melalui kepala justeru menutupnya terutama dimusim sejuk dapat mengawal suhu badan seseorang berbanding mereka yang lain'. Percaya sesuatu suruhaNya atau laranganNya pasti utk kebaikan kita :)

Berbalik kpd rambut, itu antara part yg perlukan penjagaan terbaik selain muka. Macam -macam masalah boleh timbul. Antaranya,rambut kering,gugur(aku rasa ni biasa atau normal kalo x banyak n bila rmbut panjang),bercabang(bila rambut tak sempat kering,dah tutup),berbuah dan macam -macam lagi.

Dari kecik mak aku dah biasakan aku ngan shampoo hehe tapi masa kecik dulu duk guna johnson baby,takpon carriejunior. Biase la budak2. Heaven nau bile syampu rambut,main2 buih kan.

Bila dah besar ni aku cari tau pasal syampu gak, Setakat yg aku tau,tak elok syampu rambut sokmo atau tiap kali  mandi. Better jarakkan. Jadinya aku dah tak macam masa kecik nak syampu je setiap kali mandi. Hehe secara tak langsung jimat duit poket syampu lambat habis haha. Tapi jangan ingat busuk lak,kalau jaga betul2 bau wangi syampu tu ade je(tu kate mak aku la) hehe. Mak aku lak ikut je ape aku pakai dia pun join sekali. Kadang tu aku beli yg black colour pny cecair,terkejut mak aku bila tuang kat tangan haha :-p

Setakat ni aku pernah try jenama Sunsilk,Dherbs yang terlajak laris tu pastu laboost yg kaler biru,boleh beli online sbb kat supermarket tak pernah pulak aku jumpa laboost ni. Kalau nak beli boleh cek kat IG nns_store sbb situ hrga mmg murah dr tmpt lain hehe Tapi dlm banyak2 ni,aku tetap setia ngan sesuai ngan sunsilk gak. Walau apapun semua produk aku pakai tadi tetap the best,boleh la try nanti ye :)

Satu lagi, aku ade habit suka org cucikan rambut aku pastu urut2 kepala tu,rasa fresh dan lega.hehe Aku bukanlah kaki saloon tapi sesekali aku akan g gak kedai rambut cuci rambut. Rate kat tempat aku still affordable. Memang seronok rasa cam ringan je kepala lepas cuci :) Feeling cuci dek orang tu lain sikit.

Selain tu, potong hujung rambut tu dalam dua bula sekali. Aku suka buat ni. Ini tips nak cepatkan rambut panjang dan alhamdullilah dengan aku memang jadi. Rasa cam cepat je rambut memanjang. Sambil tu boleh buang rambut bercabang.

Pasal rambut gugur aku pernah baca pasal ni,normal rambut gugur 50-100 helai seharian. Tapi kalau gugur banyak semacam tu pelik pulak, kena cari jalan penyelesaian.

Tu lah cerita rambut,sayangi rambut anda^_^skrg ni aku minat nak belajar buat braid hair,duk tgk tutorial kat youtube^_^ hehe cam gmbo ni






Sekian dari NHAR,
Salah silap mohon tegur:)

Wassalam





0 ulasan:

Bismilahirrahmanirrahim Tajuk aku kali ni kembali ke zaman nenek moyang kite,nak cakap pasal petua traadisional. Sedar tak sedar ini ...

satu benda yang aku suka search sejak dulu: Petua tradisional

Bismilahirrahmanirrahim

Tajuk aku kali ni kembali ke zaman nenek moyang kite,nak cakap pasal petua traadisional.
Sedar tak sedar ini antara benda aku paling suka search dan baca dalam majalah.
Nak kata rajin nak amalkan,memang tak la.
Hehe tapi ada gak cuba sekali dua petua nak hilangkan jerawat,petua nak rambut lawo la.
Tapi aku ni kekadang malas nak sediakan,alahai.
Padahal aku rasa sgt menjimatkan dari membeli pelbagai produk huhu
Part yg paling aku suka part di mana aku rasa nenek moyang kite dulu sangat appreciate ie menghargai tumbuh-tumbuhan ,tanam-tanaman yang ada. Mereka gunakan setiap inci dan discover pelbagai manfaat yg kite boleh guna sampai sekarang.
Tu juga cara kita merenung setiap kejadian ciptaanNya,semua ada peranan kan?
Indahnya ^_^

Meh nak cakap antara petua yang aku pernah buat,

Petua nak hilangkan jerawat disebabkan muka aku dulu tersangatlah subur jerawatnya,ibarat cendawan tumbuh selepas hujan,rasa nak menangis tengok. Bila aku tengok balik gambar muka dulu, alhamdullilah aku appreciate muka aku skrg :) Walaupun x selicin mana tapi ade perbezaan,mak aku pun kata sebegitu. Berbalik kepada petua yg aku pernah buat di zaman itu, antaranya ambil lidah buaya pastu lendir kat  pokok lidah buaya tu sapu je kat muka. Sebab tu kot banyak gak produk kat pasaran berasal dari lidah buaya sebab if konsisten inshaAllah ade hasilnya perlahan-perlahan. Yang kedua aku pernah tumbuk kulit kayu manis jadi serbuk lepastu sapu kat tempat jerawat tapi upsss cara ni memang agak pedih. Aku sendiri kalau tak tahan aku basuh balik dengan air.Yg ketiga ni mungkin ramai yg guna lagi,pakai bedak sejuk. sedap pakai bedak sejuk ni sebab rasa fresh gituh. Yang saya pernah baca antara fungsinya juga nak surutkan jerawat kat muka:)

Petua kedua ni kire mcm pengganti skrub badan pun boleh kot,senang je pegi dapo bukak peti sejuk ambil limau nipis hehe Masa mandi sesekali gunalah limau nipis ni,baik untuk bau dan nak hilangkan kesan degil daki-daki. Jimat kan? That's why most of buih mandian dibuat daripada limau nipis.

Petua ketiga aku pernah buat nak segarkan mata yg letih ialah dgn gunakan uncang teh sahaja, Mudah je uncang teh yg dah guna tu jgn buang,simpan dulu dalam peti. Macam kite letak timun atas mata tu, bezanya cuma kite letak uncang teh tu,percayalah sejuk je rasa. Lepas bukak terasa segar.. Lalalala.

Petua seterusnya dan terakhir untuk kali ni, yang pernah aku buat dan selalu lupa nak buat padahal ni paling senang kot ialah petua nak licinkan kulit,awet muda gtuh. Caranya basuh muka dengan air basuhan beras tu. Hari-hari basuh beras tu,airnya tu amek buat basuh muka,senang je kan? hehe try la

Ok lah tu je celoteh dan bebelan aku kali ni, selamat malam semua.

Wassalam,

0 ulasan:

Bismillahirrahmanirrahim. Entry kali ni aku tujukan special buat seorang sahabat yang aku mula2 kenal masa masuk CFS UIA Nilai. Terin...

Selamat Pengantin Baru, Salsabiila & Razin Hanif^_^

Bismillahirrahmanirrahim.

Entry kali ni aku tujukan special buat seorang sahabat yang aku mula2 kenal masa masuk CFS UIA Nilai.
Teringat pulak dulu katil double decker,aku kat atas dia kat bawah,
Awkward sgt mula-mula kenal.
Lepas tu lama-lama da biasa,katil pun jadi sebelah2.
Bila pergi UIA Gombak mula-mula bilik sekali lepas tu ktorg travel bilik lain-lain,bukanlah sebab gaduh haha
Teringat pernah kena food poisoning sama-sama time duk sebilik kat Gombak. Makan roti je sesame. Rindunya kat Bella!

Semalam 13.02.2015
Alhamdullilah Bell selamat menukar status kepada Puan Salsabiila,
Agak sedih sebab aku tak dapat g nikah sahabat yg sorang ni.
Tapi tak pe yang penting Bell happy dah dapat hadiah suami ikat reben yg die mintak masa birthday yg lepas heheh.

hehe ni gambar aku cilok kat fb pengantin,suami ikat reben. sweet sangat gambar ni:)


ni birthday bell kat steakhouse


ni pic akhir tahun lepas,waktu hack fon bella dengan bella sekali ade:)


Alhamdullilah, i'm so happy for u ,Bell. Tetibe aku yg dpt live update kt umah nak nangis sbb gembira sangat.
Satu perasaan yang aku suka dan menenangkan bila org yg aku kenal rapat dan sayang bahagia:)
Happynye tu kalo boleh nak melompat bintang hehe
For sure aku sgt suka tgk time org akad nikah,aku suka suasananya,debarannya,sebaknya saat seorang ayah nak lepaskan anak perempuan dia pd seorang suami.
Imah sangat happy dan nak ucap tahniah kat Bell. 
Semoga rumahtangga yg dibina terus dalam mawaddah dan sakinah,InshaAllah,
Bell inshaAllah mampu jadi isteri yang solehah,menantu yang the best,dan bakal ibu yg baik:)

Aku tak dapat bygkan camne berada kat sana. Mesti Bella sgt happy.
InshaAllah majlis resepsi nanti aku nak usahakan jugak datang dan dtg selfie ngan pengantin sekali.
Rindu pulak nak hack fon Bella. Boleh lagi ke ek? :p

Ok save the date 14/3/2015.
Minggu depan sorang lagi sahabat aku nak menukar status. heeh Cik Ira Rozana. InshaAllah nanti Imah datang.
Banyaknya wedding tahun ni,seronoknya.:)
hehe
Aku rasa tiap-tiap bulan aku ada jemputan wedding.
Paling banyak minggu dpn tapi aku tak dapat nak g semua sbb jarak antara kenduri yg agak jauh.
Apepun aku doakan yang terbaik untuk bakal-bakal pengantin sekalian^_^

Ok lah akhir kata,tahniah buat Puan Salsabiila dan suami^_^
Selamat melayari bahtera rumahtangga. Doakan Imah hehe
Wassalam.

2 ulasan:

Bismillahirrahmanirrahim. Lama dah tak blogging. Hari ni 10 .2. Lagi beberapa minit je nak 11.02.2015. Maka genaplah umur mak aku 65 t...

selamat hari lahir,my support system:)

Bismillahirrahmanirrahim.

Lama dah tak blogging. Hari ni 10 .2. Lagi beberapa minit je nak 11.02.2015.
Maka genaplah umur mak aku 65 tahun.

Esok birthday mak ,my support system yg paling awesome^_^
Syukur padaNya meminjamkan aku sampai saat ini seorang insan yg sangat awesome.
Yang selalu ada tak kira macam mana keadaan aku.
Yang tau jatuh bangun aku.
To be honest, aku adalah secret admirer aku. Sebab memang lah. Mak yang jaga aku dari kecik,lahirkan aku,kandungkan aku,jaga aku. Sejak dari umo 16 tahun aku tinggal ngan mak je,lepas ayah pergi selamanya. Ape cite pon,mak aku tetap usaha bagi yg terbaik untuk aku. Im proud to be mak's daughter:) Macam-macam mak dah lalui. Walaupun mak kecik je orangnya tapi hati manyak kuat. Semoga Allah terus lindungi mak.

Antara hadiah terindah daripadaNya ialah mak, Puan Salmiah Ibrahim.
Semoga segalanya yg terbaik untuk mak. 
Mak janganlah risau,semoga kesihatan mak bertambah baik,inshaAllah.
Akak sayang mak:)

Terima kasih mak atas segalanya^_^
Esok ade date ngan mak,okay^_^ huhu

gambar ni masa 2014,kat rumah Mak Cik Bi,seorang mak cik yang aku kenal masa g umrah 2010.sampai sekarang masih contact :)

0 ulasan: