Saturday, November 08, 2014

Tahniah Nad & Akmal

Coretan daripada Nor Halimah Ahmad Ramli at 12:51 PM
Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdullilah sahabat saya ,Cik Nad selamat mendirikan rumahtangga dengan pasangan pilihan hati,Akmal pada 31.10.2014 di Sekinchan.

Pertama kali menghala ke Sekinchan, bukan nak kata apa tapi feeling perjalanan tu macam balik kampung Johor. Ok,rindu pulak kampung sana!Credit to Cik Nad sbb lukiskan peta special utk saya, saya sampai awal sangat dengan mak hehe. Seronok gak tukar baju terus rewang. Lagi tiga kereta konvoi dipenuhi dengan classmates LLBS.

Entah kenapa rasa kenduri ni special sebab kitaorang dapat kumpul satu kelas,plus Nad ni kawan yang rapat dengan saya sejak di CFS IIUM,Nilai. :) Kira jatuh bangun sepanjang 2008-2014 dia ada sekali,so ikatan tu terasa kuat. Dia dah macam kakak saya kesimpulannya.

Alhamdullilah dengan sekali lafaz Cik Nad dah jadi Puan Nad^_^ Cool ! Tetiba semua rasa sebak,mulalah mengalir air mata bagai. We officially let go one of our ahli kelab single:) Opss hari nikah Nad kitaorang pakai serba pink. Nad dan suami pakai kuning,memang naik bila tangkap gambar. Feeling bridesmaids hihi

Petangnya kitaorang g pantai untuk outdoor photoshoot, Saya diamanahkan utk tangkapkan gambar. Seronokkkk sebabbb bonusnya dapat tengok matahari terbenam,subhanallah cantik tak terkata. Memang favourite tengok pemandangan cantik. Thanks pengantin pilih tempat memang da bomb! Tapi paling suka tengok Nad malu-malu lepas tu kitaorang memang kaki nyakat semua hihi Dekat waktu maghrib kitaorang balik homestay.

Kitaorang bermalam kat homestay yg Cik Nad sewakan,comel homestay tu,saya suka! Rasa macam cuti panjang padahal weekend je hihi

Mak pon join sekali dengan kitaorang riuh-riuh. Classmates semua suka sembang dengan mak,alhamdullilah.Ok,saya rekemen semua classmates LLBS sebagai calon menantu hihi

Esoknya 1.11.2014 majlis resepsi Nad sekali dengan majlis sambut menantu abang dia. Kitaorang semua serba purple meraikan hari bahagia Nad. Seronok tengok semua pilih-pilih baju pagi tu,main mekap-mekap,gilir-gilir nak mandi haha Kenangan betul!
Alhamdullilah majlis berjalan dengan lancar. Kitaorang semua gembira sangat tengok Nad bahagia. Aura tu macam pass kat kitaorang hehe. Lepas ni ada yang nak menyusul rasanya.Kita tunggu sebab ramai dah plan kan haha Btw, thanks untuk family Nad melayan kitaorang, baik sangat family Nad:)

Akhir kata,tahniah buat Nad dan Akmal. Selamat berbahagia sampai syurga. :) Doakan kitaorang yek!

Jom layan teaser gambar-gambar! Thanks Nad dan Akmal bagi peluang jd OP for your big day^_^ Jadi gambar2 banyak ekslusif utk pengantin la:p satu lagi sorry sbb suka suruh korang posing ala-ala titanic la,cam ni la cam tu. Haha entah kenapa suka tengok sebab sweet.

Adiosss.... Kamsahamida^_^

The bridesmaids during solemnization


Outdoor photoshoot


Reception

0 comments:

 

Flavor of my life Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea