Friday, August 22, 2014

Resepi Ikan Bakar Simple dan Mudah

Coretan daripada Nor Halimah Ahmad Ramli at 12:31 AM
Bismillahirrahmanirrahim
Cerita semalam,tak tahu nak masak ikan apa.
Saya pun "korek" apa yg ada dalam peti dan kat dapur.
Maka terhasillah resepi yang main buat je ni. Nak share sekali :)

Bahan A( dikisar,tapi saya agak trasional kot, lagi suka tumbuk je guna lesung,baru asli gitu)
1 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
1 inci halia
1-2 batang serai (yg ni pakat tumbuk sikit bagi rasa dia keluar)
Lada kering (yg ni guna yang memang dah ada kisar,memang ada dalam peti sebab saya peminat tegar masakan pedas dan merah berapi hehe)

Bahan B
Ikan,semalam guna ikan kembung je. Terpulang korang nak guna ikan apa sebenarnya hehe :)

Bahan C
Limau nipis

Cara-cara.
Tumis bahan A kesemuanya dalam kuali. Tak perlu terlalu garing,yang penting bau tu naik la jugak hehe Baru semangat nak masak. Lepas dah tumis bahan A, ambil  alumunium foil atau daun pisang lagi best. Tempat saya susah nak dapat daun pisang,alumunium foil penggantinya. Kemudian letak ikan kat atas alumunium foil dan tuang kat ikan,sapulah juga kat ikan,lagi banyak lagi bagus bagi saya. Sebab nanti rasa tu best! Lepas tu perah sikit limau nipis tu. Akhir sekali bungkus kemas-kemas dan masuk dalam oven. Nak bakar camne tu terpulang hehe. Bagi yang guna oven macam saya,bakar pada suhu 200c selama 20-30 minit dan siap! :)

Selamat mencuba! ^_^
oh ye ni gambar sebelum selepas. Maaf gambar tak memuaskan,tapi inshaAllah rasa berbaloi buat walaupun last minute plan hehe



0 comments:

 

Flavor of my life Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea