By NORHALIMAH

Berkongsi rasa,tips dan cerita

LightBlog

Bismillahirrahmanirrahim Apa khabar semua? Harap semua ok. Hari ni dah 1 Zulkaedah kan? Tamatlah sebulan Syawal. Tahniah bagi yang be...

Masakan Kampung- Sayur lemak kulit rambai-

Bismillahirrahmanirrahim

Apa khabar semua? Harap semua ok. Hari ni dah 1 Zulkaedah kan? Tamatlah sebulan Syawal.
Tahniah bagi yang berjaya puasa 6 :)
Hujung minggu baru ni berkesempatan balik kampung mak kat Chenor,Pahang. Kampung dekat saya.
Tujuan nak jenguk pak cik yang sakit dan jumpa kawan baru yg datang jauh dari Terengganu.

Al-maklumlah kat Pahang sekarang musim buah,alhamdullilah.
Seronok rezekiNya,merasa makan buah duku,buah cempedak,pisang,bidara dan RAMBAI!!
hehe highlight Rambai.

Kali ni nak share resepi kampung. Ok harus diakui dah bertahun lamanya saya teringin makan. Last makan masa tu sekolah lagi ok.. Sekarang dah remaja dewasa gituh :p Dulu orang masakkan,sekarang buatlah sendiri haha Tu lah rutin sepanjang cuti kat rumah,



Bahan-bahan

Kulit rambai (isi tu makan sampai habis yek) :p
Ikan bilis* (ikan sungai lagi syok woo)
Cili api*
Bawang merah*
Santan
Serai*
Kunyit hidup*
Garam secubit rasa

Cara-cara

Tumbuk bahan-bahan bertanda*
Celur kulit rambai utk buang masam, agak-agak dah layu sikit.
Buang air yang dicelur dan basuh bersih.
Biarkan kulit rambai dalam periuk tu.
Masukkan santan dan bahan-bahan bertanda *
Masukkan garam secukup rasa.


Selamat mencuba :)

0 ulasan:

Bismillahirrahmanirrahim Cerita semalam,tak tahu nak masak ikan apa. Saya pun "korek" apa yg ada dalam peti dan kat dapur. ...

Resepi Ikan Bakar Simple dan Mudah

Bismillahirrahmanirrahim
Cerita semalam,tak tahu nak masak ikan apa.
Saya pun "korek" apa yg ada dalam peti dan kat dapur.
Maka terhasillah resepi yang main buat je ni. Nak share sekali :)

Bahan A( dikisar,tapi saya agak trasional kot, lagi suka tumbuk je guna lesung,baru asli gitu)
1 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
1 inci halia
1-2 batang serai (yg ni pakat tumbuk sikit bagi rasa dia keluar)
Lada kering (yg ni guna yang memang dah ada kisar,memang ada dalam peti sebab saya peminat tegar masakan pedas dan merah berapi hehe)

Bahan B
Ikan,semalam guna ikan kembung je. Terpulang korang nak guna ikan apa sebenarnya hehe :)

Bahan C
Limau nipis

Cara-cara.
Tumis bahan A kesemuanya dalam kuali. Tak perlu terlalu garing,yang penting bau tu naik la jugak hehe Baru semangat nak masak. Lepas dah tumis bahan A, ambil  alumunium foil atau daun pisang lagi best. Tempat saya susah nak dapat daun pisang,alumunium foil penggantinya. Kemudian letak ikan kat atas alumunium foil dan tuang kat ikan,sapulah juga kat ikan,lagi banyak lagi bagus bagi saya. Sebab nanti rasa tu best! Lepas tu perah sikit limau nipis tu. Akhir sekali bungkus kemas-kemas dan masuk dalam oven. Nak bakar camne tu terpulang hehe. Bagi yang guna oven macam saya,bakar pada suhu 200c selama 20-30 minit dan siap! :)

Selamat mencuba! ^_^
oh ye ni gambar sebelum selepas. Maaf gambar tak memuaskan,tapi inshaAllah rasa berbaloi buat walaupun last minute plan hehe



0 ulasan:

Bismilahirrahmanirrahim Ok tajuk post memang macam tu sebab saya tak stay kat kampung kat Pahang ni. Minggu baru ni  balik kampung ma...

Bunga.

Bismilahirrahmanirrahim

Ok tajuk post memang macam tu sebab saya tak stay kat kampung kat Pahang ni.
Minggu baru ni  balik kampung mak. Mak cu telefon bagitahu masak nasi ulam dan tak de selera nak makan. Maka,saya pun ajak mak pecut balik kampung walaupun dah agak lewat petang. Mujurlah ada kampung yang tak berapa jauh,lebih kurang 40 minit je dari rumah kot. Kalau kampung ayah alamatnya memang kempunan la,sebab jauh. Balik pun setahun sekali bila raya je. 

Berbalik kepada cerita balik kampung mak. Alhamdullilah petang tu merasa nasi ulam. Korang pernah makan tak? Try la makan. Macam saya memang totally selera kampung,tapi jangan risau bab makan ni selagi halal saya on je. Tak memilih pun hehe. Nak dijadikan cerita kalau siapa tak de selera tu, meh tengok saya makan. Apak,iaitu Pak cu saya kata tengok saya makan memang selera jugak nak makan. Ok pecaya kan? hehe. Kalau orang yang memang dah kenal, tahulah macam mana saya makan:p

Keesokan harinya dok sibuk dengan buah-buahan. Dulu memang saya pernah duduk kat kampung tapi sampai umur 5 tahun je. Lepas tu pindah ke kawasan bandar sikit. Kira kampung ni ada banyak kenangan juga, part of my story gituh:p Rumah yang saya tinggal pun ada lagi,macam dulu jugak:) 

Lepas tu, dalam kekalutan sibuk ngan buah sempat lagi pergi lari masuk bilik. Ok kat sana memang kalau balik selalu rumah mak cik-mak cik saya. Lari masuk bilik bukan merajuk tapi pergi ambil "kawan" saya, kamera kesayangan. Lama tak shoot,terus set apa yang patut dan start keliling rumah mak cu. Ok harus diakui saya sangat suka shoot bunga-bunga. Sebab nampak cantik dan fresh gitu. Sejuk mata memandang. Kalaulah dapat sampai kat tempat yang memang penuh dengan bunga,alangkah bahagianya! Berangan dah. Ada jugak google tempat best yang banyak bunga. Antaranya,  Rikugien Garden dan Himeji Castle. Rikugien ni terletak di Tokyo dan yang terkenal dari taman Rikugien ini adalah bunga sakuranya. Oh teringinnya nak tengok depan mata. Bayangkan bunga sakura yang melambai-lambai dengan cuaca yang sejuk. Ok,Berangan lagi! hehe. Lepas tu Butchart Gardens yang letaknya di Kanada. Yang ni memang saya tengok gambar dia macam fantasi gitu. Rasa macam dalam alam fantasi,seronoknya! Ok sekarang ke Perancis,terletak di Provence, Chateau de Versailles (tak reti nak sebut nama taman ni macam mana) sangat terkenal. Dekat Paris pulak ada taman nama  La Roseraie du Val de Marne ,taman ni merupakan pusat tanaman mawar tertua di dunia. Wah menarikk!! Dan sekarang mari ke Dubai,ada satu taman yang diiktiraf terpanjang di dunia, namanya Dubai Miracle Garden. Sesuai dengan namanya, taman ni memang miracle la kot sebab taman ni atas tanah yang gersang. Kuasa Dia jadi taman yang indah seindahnya,macam dalam cerita Alice in Wonderland mungkin? Next, kat Belanda ada taman nama  The Garden of Europe. Kat situ memang penuh bunga tulip yang comel lote tuh!Bunga lain pun ada. Bila masa mekar,orang kata macam pelangi. moga-moga ada rezeki sampai salah satu taman ni,memang suka berangan kan. hehe  Tu lah antara taman-taman bunga yang saya tahu. Dari nak cerita pasal shoot bunga tapi terus "melalut" ke taman bunga. Hehe.

Ok sekarang mari throwback dengan gambar-gambar yang saya shoot! :)











ni pulak antara taman yang saya sebut tadi:


Rikugien Garden,Tokyo


Butchart Gardens, Kanada


La Roseraie du Val de Marne


Dubai Miracle Garden


The garden of Europe


Sekian,wassalam :)



0 ulasan: