By NORHALIMAH

Berkongsi rasa,tips dan cerita

LightBlog

Bismillahirrahmanirrahim Bersambung kembali. Tentang gambar ataupun foto. Penuh cerita walaupun hanya sekeping foto... Kali ini denga...

Gambar oh gambar. Bahagian Kedua. Keindahan ciptaanNya

Bismillahirrahmanirrahim
Bersambung kembali. Tentang gambar ataupun foto.
Penuh cerita walaupun hanya sekeping foto...
Kali ini dengan tema Keindahan CiptaanNya.
Pada saya, setiap ciptaan Allah sangat indah dan istimewa.
Cuma kita sebagai hambaNya,adakah kita seorang yang bersyukur dengan semua itu?

Firman Allah bermaksud : "Maka nikmat tuhan yang manakah yang kamu dustakan?"
                                         Surah Ar-Rahman:36








Wassalam.

0 ulasan:

Bismilahirrahmanirrahim Gambar oh gambar.  Itulah kesukaan saya. Camwhore ke saya? Mungkin tapi saya lebih suka tangkap gambar. ...

gambar oh gambar. Bahagian pertama: Perkahwinan

Bismilahirrahmanirrahim

Gambar oh gambar. 

Itulah kesukaan saya. Camwhore ke saya? Mungkin tapi saya lebih suka tangkap gambar.

Kenapa?
Salah satu sebab pada saya gambar ni membawa seribu erti.
Bukan hanya sekeping gambar atau lampiran yang tiada erti.
Pada saya,tiap gambar mempunyai cerita untuk kita selami daripada perspektif kita sendiri.
Di bawah ni antara gambar-gambar yang ada dalam koleksi peribadi saya. Fokus pada perkahwinan.  Yang selebihnya ada di www.lensafotografinorhalimah.blogspot.com
Untuk pengetahuan semua, boleh katakan 70% daripada isi laptop dan handphone saya memang gambar sahaja :p

Jom tengok. 
Untuk koleksi ini,tak banyak sebab saya tak mahu ganggu fotografer rasmi yang sudah dibayar :)
Apa yang saya boleh katakan, gambar perkahwinan mengandungi maksud yang membahagiakan. Itu paling jelas. Foto perkahwinan ibarat membawa sesuatu yang membahagiakan kepada raja sehari dan juga semua tetamu yang hadir mahupun yang melihat gambar tersebut.
^_^

majlis perkahwinan di Dewan Jubli Perak Kuantan 

Perkahwinan sepupu di Dewan Belia Sukan di Larkin,Johor Bharu 
 Perkahwinan sepupu di Selayang, Selangor


0 ulasan:

Bismillahirrahmanirrahim Honestly,currently I'm thinking about something. I know this is quite important for me to think now. E...

No title.

Bismillahirrahmanirrahim

Honestly,currently I'm thinking about something.
I know this is quite important for me to think now.
Everyone around me keep asking me.
I don't understand and I don't know.
Sometimes I just smile to them because I don't know the exact answer for that kind of question.
I need time to understand and find the right answer.
When the time comes, I'll tell the answer.
Even it is quite hard for me,yeah deep inside in my heart. However, I still believe there must be a reason for this and only He knows the best answer for me.
So,let's wait. I do try to find the answer for that but I don't think this is the time to reveal it because I'm not so sure.
Sorry to everyone out there if I did anything wrong to you.
Okay, please pray the best for me :)
Take care.
Wassalam

0 ulasan:

Bismillahirrahmanirrahim Alhamdullilah selamat menyemak keputusan peperiksaan semester lepas. Terasa masa berlalu bagaikan angin yang b...

Alhamdullilah

Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdullilah selamat menyemak keputusan peperiksaan semester lepas.
Terasa masa berlalu bagaikan angin yang bertiup kencang.
Alhamdullilah di atas kurniaan dan rezekiMu.
Sesungguhnya apa yang Dia berikan buat saya,saya pasti itu yang terbaik.
Kerna tiada siapa pun yang mengenali saya lebih daripada Dia:)

Terima kasih kepada mak saya. Saya tahu dialah insan yang tak henti-henti mendoakan perjalanan saya ini.
Mak adalah insan yang sangat istimewa di hati saya.
Buat ayah, moga tenang di sana. Hanya doa yang mampu saya kirimkan buatmu,ayah.
Akak rindu ayah sampai termimpi-mimpi ayah sepanjang minggu ini. Semoga ayah ditempatkan dikalangan orang beriman. Kasih sayang mak dan ayah takkan pernah padam dalam lipatan kisah hidup saya.
Kerna bagi saya,merekalah yang banyak mengajar dan mencorakkan saya:)
Terima kasih buat semua pensyarah di UIA.
Mendidik dan mencurahkan ilmu buat saya dan sahabat-sahabat.
Berbaki satu semester lagi untuk LLB.InshaAllah.
Pastinya saya mengharapkan semua berjalan lancar. InshaAllah.
Buat semua sahabat yang bersama saya dalam perjuangan ini,moga kejayaan itu milik kita.
Ayuh terus menggapai bintang di langit seiring usaha yang menggunung. Terima kasih juga kerana selalu bersama saya dalam kisah ini sampai ke tahap ini.
Tahniah buat semua yang sudah menamatkan pengajian. Selamat melangkah ke alam baru . Doakan kami ya:)

Akhir kata, percayalah ketentuan-Nya itu yang terbaik.
Terima dan belajarlah daripada setiap kisah hidup kita. Allah itu Maha Mengetahui. Akhirnya, pasti ada hadiah daripadaNya.
 Hadiah itu tidak semestinya perlu dibalut indahnya, ada hadiah yang Dia balutkan dengan ujian dan dugaan, tetapi yakinlah di akhirnya pasti ada pelangi indah yang menanti kita di akhir balutan itu.

Wassalam.

0 ulasan:

Bismillahirrahmanirrahim Alhamdullilah,seperti yang disangka, saya dah mula bakar guna oven baru.  hehe. Buat yang simple je sebab na...

Puding Roti senang je :)

Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdullilah,seperti yang disangka, saya dah mula bakar guna oven baru. 
hehe.
Buat yang simple je sebab nak tengok sama ada oven tu berfungsi atau tidak.
Alhamdullilah. Oh yeay! Hooray!
Saya berjaya. *padahal puding roti je *perasan chef :p
Alang-alang saya nak kongsi resepi puding roti.
Senang dan mudah. Tak lama dan tak perlukan bahan yang komplikated sangat okay:)
Inilah bahan-bahannya,kawan-kawan!



Bahan-bahan

Bahan A
2 cawan susu segar 
8 keping roti putih (yang biasa tuh:) )

Bahan B
4 sudu makan gula halus
2 sudu makan butter
2 biji telur ayam ( nak bagi ok,buang "pusat telur" tu)
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu makan tepung jagung

Bahan C(Sos kastard)
1 tin susu cair
2 sudu makan tepung kastard( bancuh dulu dengan air)
2 sudu makan gula

Bahan D
Kismis hitam(tak nak pun tak pe)

Cara-cara

1-Mula-mula koyakkan je roti tuh. *Ala-ala koyak kertas tu :p
2- Lepas tu rendam dalam susu segar tu dalam 30 minit
3- Lepas tu sementara tunggu 30 minit tu, kacau semua bahan B. Untuk lebih elok, pukul dulu telur tu dan butter tu pukul juga.
4- Lepas tu masuk kismis tu dan tuangkan bahan B yang dah dikacau dalam bekas yang ada roti dah direndam tu.
5- Kemudian bakar pada suhu 180'c selama 30 minit *api atas bawah
6- Sementara nak tunggu bakar, gaulkan semua bahan C atas api sederhana.
7- Dah siap, tuangkan sos kastard atas puding semasa menghidang.
8- Ok,selamat makan:) Sebelum tu selamat mencuba

Sekian daripada saya:)

Wassalam

0 ulasan:

Bismillahirrahmanirrahim Alhamdullilah.  Mak belikan sesuatu yang baru untuk saya petang tadi. Saya kebosanan tak boleh nak bakar...

Dapat hadiah baru daripada mak:)

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdullilah. 

Mak belikan sesuatu yang baru untuk saya petang tadi.
Saya kebosanan tak boleh nak bakar kek atau kuih apa-apa je.

Kenapa?
Sebab oven lama yang selalu jadi "teman" saya masa cuti dah "terkubur"
Sedihnya bila mak bagitahu tak boleh baiki dan dah kena buang:'(
Mak memang faham saya. Jadi petang tadi mak dah gantikan yang baru.
Seronoknya saya :) Maka dengan ini,bermula esok saya akan mula aktiviti "membakar" saya.
Sepatutnya malam ni tapi bahan-bahan tak cukup. Jadi,esok perlu ke kedai cari bahan.
Apa yang saya nak buat? Tunggu esok ya! Saya masih fikir-fikir lagi. 
Ada 2-3 resepi yang " menjengah " minda saya. Mana boleh buat semua sebab nanti siapa yang nak makan.
Budak-budak sinilah mangsanya hehe.

Untuk pengetahuan semua, saya kurang minat pada benda manis, jadi saya makan sikit je kek saya buat.(sampai tahap orang sekeliling saya yang tahu kena tanya saya dah makan manis belum:p)
Saya hanya suka buat je. Sikit-sikit boleh buat, bukan tahap pakar lagi.
Apapun seronok sebab dapat oven baru.
Inilah cik OVEN baru saya. Hadiah daripada emak saya.Terima kasih,mak^^ 

Hai cik Oven! Mari teman saya "membakar" makanan! :)




Wassalam

0 ulasan:

Bismillahirrahmanirrahim Kali ni "triple wishes" punya edisi. Buat sahabat-sahabat tersayang yang lahir pada bulan Jun ni. ...

selamat hari lahir, sayang-sayang saya bulan Jun ni:)


Bismillahirrahmanirrahim
Kali ni "triple wishes" punya edisi. Buat sahabat-sahabat tersayang yang lahir pada bulan Jun ni.
^_^
1 ,13 dan 23.
Itu tarikh lahirnya mereka bertiga ini.
Insan-insan yang cukup istimewa yang hadir dalam lakaran kisah hidup saya.

Pertama sekali, buat insan yang diberi nama Siti Nurul Aisyah binti Idris.
Merangkap kembar tak sama ibu dan bapa dan tak sama umur ni :p
Selamat hari lahir aok!:) Maaf nak tukar cakap loghat Pahang.
Maaf buat aok sedih sebab tak wish on pada waktunya sebab koi tak nak ganggu aok exam.
Apepon koi ingat birthday aok,mana boleh lupe weu.
Dah beso da aok wei. Semoga berjaya dalam semua perkara yang terbaik untuk aok. Jangan lupe tahun depan sile tukar status yer! :p kihkih, Sebab adik aok ni tak sabo nak nyibuk pada hari-hari sebelum aok tuko status te.:p Gurau~~
Apepon, selamat hari lahir yang ke 23. Thanks for being my twin aka my bff. Sayang aok:)




Kedua, buat sahabat saya yang asalnya jauh di seberang laut china selatan:)
Si comel ni namanya Nurafizah binti Alleh. Tak sangka dah hampir 5 tahun kenal awak bha.
Sempena hari lahir awak, semoga awak sentiasa dipermudahkan segala urusan.Balik Sabah elok-elok. WAAA.... rindu nak pergi Sabah lagi. Jaga diri baik-baik. Imah sayang Fyza:)

Ketiga, cek mek kite ni. Asal dari negeri Cik siti wan kembang. Namo yo Siti Kashrah. Saeng kawe hok ni nok 23 doh. Yeay! Kawe nok ngat g klate lagi,mung cepat-cepat la nikoh :p
Guro je. Besday mung dok tibe lagi. Kawe nok wish in advance bak kate omputih. Selamat hari lahir, awok.
Thanks for being my friend. Sonok kenal awok ni.:) Paling ketara, saing kawe hok ni ade minat same ngan kawe,suko makan! :) Rindu nak makan same:( Oh ye jaga diri baik-baik.
Semoga awok berjaya sokmo deh dan bahagia sokmo. Sayang awok:) 


Itulah mereka. Istimewa di hati saya, sentiasa dalam memori saya. Alhamdullilah, syukur kepadaNya kerana memberi saya peluang mengenali mereka ini. Menceriakan kisah hidup saya:)
Semoga panjang umur dan dipermudahkan segala urusan. Semoga sentiasa dalam rahmatNya. Semoga bertambahnya umur kita, bertambah kita mengenaliNya^^
Sayang kalian semua^^



Wassalam.

*malam tadi mimpi Salsabiila dan Parihah:(( rindu mereka.

0 ulasan:

Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdullilah. Saya sedang bercuti di teratak bahagia bersama ibu tercinta. Masa yang ada ini saya harapkan d...

Rumahku syurgaku^^

Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdullilah. Saya sedang bercuti di teratak bahagia bersama ibu tercinta.
Masa yang ada ini saya harapkan dapat dipenuhi dengan sebaiknya bersama mak.
Saya seperti "fulltime housewife" rasanya.
Tak pe,yang penting bahagia dan membahagiakan harapnya :)
Kepada semua sahabat-sahabat UIA,selamat bercuti.
Kepada yang dah tamat semester,selamat melangkah ke alam baru.
Jaga diri semua.
Assalamualaikum.

0 ulasan: