Sunday, August 25, 2013

Salam Aidilfitri

Coretan daripada Nor Halimah Ahmad Ramli at 12:37 AM 0 comments
Bismillahirrahmanirrahim.
Lama sangat tak jenguk blog, oh komitmen pada blog. Apa sudah jadi?
Alhamdullilah masih diberikan ruang kesempatan untuk berkongsi coretan rasa penuh cerita.
Rasanya belum terlewat saya layangkan ucapan salam aidilfitri. Maaf zahir dan batin.
Terlalu banyak kenangan syawal tahun ini.
Raya bersama keluarga belah mak dan ayah.
Alhamdullilah dikurniakanNya nikmat mempunyai keluarga yang sangat istimewa.
Tahun ni juga makin ramai sahabat yang melangkah ke alam perkahwinan.
Alhamdullilah dan mabrook buat semua pengantin baru saya ucapkan.
Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat,dikurniakan keluarga yang kasihnya bertaut mawaddah dan sakinah. Insha Allah.
Buat Fatihah& suami. Ain Nizri dan suami.
Hari ni juga sahabat baik saya, SOLEHAH sah bergelar isteri, Alhamdullilah. Perasaan yang cukup berbeza bila sahabat baik sendiri diijabkabulkan. Akan saya nukilkan dalam entri yang lain kerana ada cerita dan pengalaman berharga ^^ Tahniah sahabatku^^

Antara foto di sebalik syawal :) 





Semoga syawal yang masih berbaki ini kita manfaatkan bersama dan moga kisah yang bertemankan indahnya pelangi terus melakar dalam kembara hidup kita. Sekian. Oh ya jangan lupa ambil kesempatan puasa 6:)

Wassalam,
 

Flavor of my life Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea