By NORHALIMAH

Berkongsi rasa,tips dan cerita

LightBlog

Bismillahirrahmanirrahim Lama sudah saya tinggalkan blog tanpa kata. Mungkin terlalu "enjoy" cuti bersama ibu tersayang. ...

Ramadhan yang best!

Bismillahirrahmanirrahim

Lama sudah saya tinggalkan blog tanpa kata.
Mungkin terlalu "enjoy" cuti bersama ibu tersayang.
Entah kenapa saya sangat gembira cuti ni dengan mak^^
Itulah istimewanya ibu yang Allah pinjamkan pada kita. Tenang dan happy bersamanya.

Ramadhan. Bulan yang kita nantikan sebagai muslim :)
Sangat istimewa. Banyak sangat Allah bagi kita sempena Ramadhan. Contoh: Solat Tarawikh, Nuzul Quran, Lailatul Qadar dll..
 Cuma kita ni selalu tak perasan dan persoalkan je.
Alhamdullilah hari ni dah 16 Ramadhan :)
Allah masih pinjamkan nyawa buat kita untuk lebih dekat padaNya.

Peluang berpuasa bersama mak. Sampai saat ini saya mesti berbuka puasa dengan mak. Ada juga pelawaan berbuka daripada kawan-kawan. Maaf saya tolak dan saya ajak pulak kalian ke rumah saya.hehe
Alhamdullilah rumah saya dah terima tetamu bulan ni:) Tetamu memang buat saya happy dengan mak.Harap sudi datang lagi.:)

Berbalik pada bulan Ramadhan kali ini.
Memang ada sesuatu yang terjadi pada saya dan mak.
Biar itu rahsia setakat ini:)
Moga itu yang terbaik buat kami.
Seronoknya bulan cam ni, adalah peluang nak rapatkan hubungan sesama jiran dan penduduk kat sini. Terawikh dan berbuka puasa di surau. Sembang-sembang dengan mak cik-mak cik:) Melayan anak-anak jiran. hehe. Itu antara hikmah yang kadang-kadang kita tak perasan.  

Akhir kata,
Buat semua:

Mari memanfaatkan bulan mulia ni yang masih lagi berbaki beberapa hari sebaik mungkin.
Tahun depan belum tentu ada Ramadhan buat kita,bukan?
Jadi terus tersenyum dan ayuh nikmati bulan Ramadhan yang mulia ini^^

Wassalam


0 ulasan: