By NORHALIMAH

Berkongsi rasa,tips dan cerita

LightBlog

Bismillahirrahmanirrahim Alhamdullilah,seperti yang disangka, saya dah mula bakar guna oven baru.  hehe. Buat yang simple je sebab na...

Puding Roti senang je :)

Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdullilah,seperti yang disangka, saya dah mula bakar guna oven baru. 
hehe.
Buat yang simple je sebab nak tengok sama ada oven tu berfungsi atau tidak.
Alhamdullilah. Oh yeay! Hooray!
Saya berjaya. *padahal puding roti je *perasan chef :p
Alang-alang saya nak kongsi resepi puding roti.
Senang dan mudah. Tak lama dan tak perlukan bahan yang komplikated sangat okay:)
Inilah bahan-bahannya,kawan-kawan!



Bahan-bahan

Bahan A
2 cawan susu segar 
8 keping roti putih (yang biasa tuh:) )

Bahan B
4 sudu makan gula halus
2 sudu makan butter
2 biji telur ayam ( nak bagi ok,buang "pusat telur" tu)
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu makan tepung jagung

Bahan C(Sos kastard)
1 tin susu cair
2 sudu makan tepung kastard( bancuh dulu dengan air)
2 sudu makan gula

Bahan D
Kismis hitam(tak nak pun tak pe)

Cara-cara

1-Mula-mula koyakkan je roti tuh. *Ala-ala koyak kertas tu :p
2- Lepas tu rendam dalam susu segar tu dalam 30 minit
3- Lepas tu sementara tunggu 30 minit tu, kacau semua bahan B. Untuk lebih elok, pukul dulu telur tu dan butter tu pukul juga.
4- Lepas tu masuk kismis tu dan tuangkan bahan B yang dah dikacau dalam bekas yang ada roti dah direndam tu.
5- Kemudian bakar pada suhu 180'c selama 30 minit *api atas bawah
6- Sementara nak tunggu bakar, gaulkan semua bahan C atas api sederhana.
7- Dah siap, tuangkan sos kastard atas puding semasa menghidang.
8- Ok,selamat makan:) Sebelum tu selamat mencuba

Sekian daripada saya:)

Wassalam

0 ulasan: