Saturday, May 04, 2013

Ikan Patin Masak Tempoyak Orang Temerloh ^^

Coretan daripada Nor Halimah Ahmad Ramli at 12:36 AM
Bismillahirrahmanirrahim.
Nampak kan tajuk di atas? Kali ni nak kongsi resepi yang wajib bagi orang Temerloh macam koi ni:p
Ni antara makanan kesukaan saya.Patin + tempoyak memang menyelerakan!
Resepi ni paling senang nak buat. Tambah pula, bekalan ikan patin memang mudah nak dapat. 
Akses sangat terbaik! Pergi je tepi sungai Pahang mesti ada orang jual. Tak pun pergi pekan sehari hari Ahad kat Temerloh. Memang terbaik!
Berbalik pada resepi tu.

Bahan-bahan


1 ekor ikan patin 
5 biji cili padi - kalau suka pedas,letak banyak^^
1 inci kunyit hidup
3 ke 4 sudu besar tempoyak - nak kuah pekat, boleh ltk tempoyak lebih. Banyak tempoyak lagi best 
Timun air
sedikit daun kesum 
1 keping asam keping jika perlu 
garam secukup rasa

Cara-cara:

1- Mula-mula,kita bersihkan dulu ikan patin tu,potong ikut saiz atau besar mana kita nak.
2-Patin ni ada lendir,kalau nak hilangkan hanyir dan lendir,guna tepung,lumur je. Nak guna air asam jawa boleh jugak :p
3- Tumbuk cili padi dan kunyit.
4- Panaskan air dalam periuk pada api sederhana. Masukkan tempoyak dan bahan tumbuk tadi tu.
5- Masak sampai mendidih,guna api sederhana je. Lepas tu masuk timun air tu:)
6-Bila dah mendidih dan pekat,baru masuk ikan patin tu supaya tak hancur ikan tu. :) 
7- Lepas tu, masukkan daum kesum. Bagi naik bau lagi,yang pastinya bau tempoyak mesti dah ada. hehe
8-Cuba rasa, kalau kurang rasa baru masuk asam keping. Optional ni:)
9-Siap^_^

Selamat Mencuba,kawan-kawan!

*ok,saya terasa lapar pada tengah malam ini,tambah pula hujan yang menyejukkan!:)

wassalam




0 comments:

 

Flavor of my life Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea